Galaxy A03s Untuk Si Minda Kreatif






Galaxy A03s Untuk Si Minda Kreatif | Assalammualaikum semua! Berita gembira buat anda yang mencari telefon pintar yang sesuai untuk kita semua. Ruby ingin berkongsi tentang telefon pintar Samsung Galaxy A03s. Jom tingkatkan pengalaman anda atau anak anda dengan pemproses baru, sensor cap jari sisi, bateri berkuasa tinggi, tiga kamera dan skrin 6.5" HD+. Wow! hebat kan? 
Galaxy A03s Untuk Si Minda Kreatif
Samsung Malaysia Electronics mengumumkan keluaran terbaharu, Samsung Galaxy A03s, telefon pintar kelas permulaan yang sangat sesuai untuk mereka yang mahukan peranti yang memberikan fungsi utama hebat pada harga mampu milik. Dipadankan dengan sensor cap jadi sisi, skrin 6.5” HD+, kamera utama 13MP dan bateri 5,000mAh yang berkuasa, peranti ini adalah sempurna bagi mereka yang menghargai kesederhaan dan kecekapan untuk urusan seharian mereka

Kamera Yang Menakjubkan Dan Ciri Penyuntingan Yang Hebat Untuk Yang Kreatif
Pada zaman kini, kamera pada telefon pintar bukan lagi merupakan ciri tambahan yang bagus untuk dimiliki, tetapi mesti dimiliki kerana fungsinya. Sama ada untuk tugas sekolah, peggunaan media sosial ataupun sebagai alat untuk berkomunikasi dengan orang yang tersayang, kehadiran kamera yang hebat (atau tiga!), sama pentingnya dengan kehadiran pemproses yang baik. Kamera-kamera versatile Galaxy A03s membolehkan pengguna untuk mencipta kenangan indah yang berkekalan lama. Ambil gambar berkualiti tinggi dengan kamera utama 13MP dengan bukaan F2.2 dan dapatkan kesan bokeh yang cantik di latar belakang! Sementara kamera Makro 2MP F2.4 membolehkan anda mengambil gambar jarak dekat dengan tekstur tambahan yang sangat jelas, kamera Depth memberikan pengalaman yang lebih seronok dengan adanya kesan kabur yang boleh disesuaikan pada latar belakang subjek gambar anda. 
Jika anda lebih gemar untuk berswafoto, kamera depan 5MP yang hebat ini membolehkan anda mengambil gambar yang jelas dan terang! Dengan efek-efek Selfie Focus dan Smart Beauty, anda boleh mengambil gambar dengan penampilan kulit yang lebih halus dan wajah yang lebih menonjol. Galaxy A03s memberikan setiap minda kreatif peluang untuk menambahkan identiti tersendiri pada gambar. Tambahkan sentuhan peribadi dengan menggunakan pelbagai efek seperti sticker, stamp dan filter-filter pengecam wajah 1 untuk menetapkan nada gambar anda! Bimbang ia akan memakan ruang dalam peranti anda terlalu cepat? Jangan risau, RAM 4GB dengan storan dalaman 64GB dapat ditingkatkan dengan bantuan kad MicroSD sehingga 1TB 2


Skrin Terang Untuk Pengalaman Tontonan Yang Mengasyikkan
Selain daripada menggunakan skrin besar untuk tugas harian seperti menatal dokumen dan feed media sosial atau panggilan video bersama rakan-rakan anda, skrin besar 6.5”dengan layar HD+ Galaxy A03s akan memberikan pengalaman menonton yang hebat kepada setiap pengguna. Bagi peminat hiburan, skrin besar sangat sesuai untuk gamers dan mereka yang gemar menonton filem dalam talian. Dengan Dolby ATMOS, detik-detik di layar anda ditingkatkan lagi ketika anda membenamkan diri dalam audio yang mengasyikkan – sama seperti di pawagam

Bateri dan Prestasi yang Tidak Mengecewakan
Bateri 5,000mAh yang mengagumkan ini sangat sesuai untuk sesiapa sahaja yang menjalani kehidupan sibuk 3 . Dengan kuasa bateri yang banyak, ia tidak akan padam dan mengecewakan anda ketika anda sedang menjalankan tugas pada siang hari. Ia juga dilengkapi dengan kemampuan pengecasan 7.75W, sangat sesuai dan penting bagi mereka yang ingin menjimat masa. Sementara One UI Core membenarkan anda untuk ber-multitask dan berulang-alik antara aplikasi yang berbeza dengan lancar, pemproses Octa-Core yang mengagumkan pada peranti ini juga dapat menangani tugas-tugas berat dengan pantas tanpa menjejaskan kelajuan dan kualiti. Sensor jari yang dipasang di sisi juga membolehkan anda membuka kunci telefon dengan mudah dan pantas

Didatangkan dengan warna-warna anggun bersama kemasan mat, Galaxy A03s boleh didapati dalam warna Black, Blue dan White. Peranti ini boleh didapapi dengan harga runcit disyorkan iaitu RM559

Spesifikasi Galaxy A03s
Paparan:6.5″ HD+ (720 x 1600) TFT LCDInfinity-V DisplayKameraBelakangUtama: 13MP, F2.2Macro: 2MP, F2.4Kedalaman: 2MP, F2.4Hadapan Swafoto: 5MP, F2.2Dimension / Weight 164.3 x 76.0 x 9.1mm / 196gPemproses Octa-Core (Quad 2.3GHz + Quad 1.8GHz)MTK6765 (P35)Memori5 4GB RAMStoran Dalaman 64GBSlot MicroSD (sehingga 1TB)Kad SIM 3 Slot (SIM 1 + SIM 2 + MicroSD)Kapasiti Bateri 6 5,000mAh, Pengecasan 7.75WOS/Naik Taraf Android 11.0Sensor Accelerometer, Sensor Cap Jari, Sensor Light, Sensor ProximitySambungan Tanpa WayarBluetooth v5.0, 802.11 b/g/n 2.4GHz, Wi-Fi Direct, GPS, Glonass, Beidou, GalileoVideo RakamanFHD (1920 x 1080) @30fpsPengesahan Biometrik Pengimbas cap jari sisiWarna BlueBlackWhite
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Galaxy A03s, sila layari:
https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a03s-black-64gb-sm-a037fzkgxme/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruby.my/2021/09/galaxy-a03s-untuk-si-minda-kreatif.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Meet The Upgraded Galaxy A03s That S Just As Perfect For Creative Minds

Meet The Upgraded Galaxy A03s That S Just As Perfect For Creative Minds

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 297 hits
Elevate your experience with a new processor side fingerprint sensor powerful battery triple camera and a 6 5 HD displaySamsung Malaysia Electronics today announced the all new Samsung Galaxy A03s an entry level smartphone that caters best ...
Amazingly Affordable Why The Galaxy A03s Is The Best Deal For You

Amazingly Affordable Why The Galaxy A03s Is The Best Deal For You

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 274 hits
Looking for an entry level smartphone that s perfect for your loved ones The Galaxy A03s is perfect for those who are looking for a smartphone that does its job efficiently minus the features that can be deemed as overwhelming for some like...
Gingko Biloba Herba Minda

Gingko Biloba Herba Minda

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 147 hits
Gingko biloba atau ada juga menyebutnya ginkgo biloba adalah sejenis tumbuhan yang didapati daripada pokok gingko Dalam ginkgo dua unsur kimia yang bertindak sebagai ubat iaitu flavonoid dan terpenoid Flavonoid adalah antioksidan berasaskan...
Nak Minda Anak Kekal Cergas Fokus Boleh Buat Aktiviti Ini Di Rumah

Nak Minda Anak Kekal Cergas Fokus Boleh Buat Aktiviti Ini Di Rumah

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 251 hits
Anak yang aktif melakukan aktiviti akan merangsang mindanya menjadi cerdas dan fokus Dengan aktiviti ini ia mendidik anak anak ini berfikir dan menyelesaikan masalah Tidak dinafikan kanak kanak pada usia lima dan enam tahun telah sedia akti...
Aplikasi Mindful Muslim Terapi Untuk Minda Jiwa Dan Rohani

Aplikasi Mindful Muslim Terapi Untuk Minda Jiwa Dan Rohani

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 286 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraAplikasi Mindful Muslim Terapi Untuk Minda Jiwa dan Rohani Sejak awal tahun 2020 sehinggalah Mei 2021 sebanyak 1 099 kes bunuh diri telah direkodkan oleh Polis Diraja Malaysia dan antara faktor pendorong d...
Mercedes Perkenal Kereta Kawalan Minda

Mercedes Perkenal Kereta Kawalan Minda

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 143 hits
Mercedes perkenal kereta kawalan minda STUTTGART Jerman Syarikat pengeluar kereta terkenal dunia Mercedes Benz memperkenalkan prototaip kereta berteknologi tinggi yang mampu dikawal menggunakan minda lapor akhbar The Sun kelmarin Model Merc...
Galaxy Z Fold3 5g Unfold Next Level Productivity And Entertainment Experiences

Galaxy Z Fold3 5g Unfold Next Level Productivity And Entertainment Experiences

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 208 hits
A new chapter has opened in Samsung s innovation journey Building on the groundbreaking features of its predecessors Galaxy Z Fold3 5G is taking the foldable experience to the next level Featuring an immersive 7 6 inch Infinity Flex Display...
Mana Satu Cantik Galaxy Z Fold3 Atau Galaxy Z Flip3

Mana Satu Cantik Galaxy Z Fold3 Atau Galaxy Z Flip3

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 359 hits
Peminat Samsung pasti akan tertanya tanya mana satu lagi cantik Galaxy Z Fold3 atau Galaxy Z Flip3 Penantian akhirnya berakhir kerana Samsung baru baru ini telah melancarkan dua inovasi telefon pintar lipat terbaru di Galaxy Unpacked 2021 b...
Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan

Stay Fashionably Fit With Huawei Fit 3 Now Available From Rm559

Bayaran Balik Ptptn Tarikh Pengecualian Penangguhan

Pekerjaan Firma Prop Dalam Mencari Pedagang Terbaik

Kelahi Selepas Kemalangan Lelaki Bawa Kereta Lawan Arus

Airasia Santan Menu Baru Harga

Koleksi Kad Pokemon Dilelong Rm330 000

Pas Dikecam Balun Polis Bukan Fahaman Ekstremis



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Temui Onew Di Malaysia Dalam Guess Onew Fanmeeting 2024 Pada 27 Julai 2024

168slot 168slot Biz 13 Jun 2024 168slot 168 Top 35 By Christa

Puaka Cuti Semester

Apa Itu Kwsp Akaun 3

Sakit Tekak Yang Amat Sangat

Drama Mihrab Cinta Zulaikha Lakonan Elisya Sandha Azrel Ismail