Galakkan Anak Kecil Anda Bermain Sticker Untuk Ransangan Otak Dan Ini 5 Kelebihannya



Meskipun sticker dianggap benda biasa buat orang dewasa namun begitu ia sebenarnya bagus untuk pergerakan badan serta perkembangan minda anak-anak kecil.
Bila ada anak kecil ini, waktu masuk kedai mainan pasti akan buat ibu atau bapa sampai jadi rambang mata sebab tidak tahu permainan apa untuk dibeli.
Boleh jadi semua permainan pun nak beli kerana semuanya nampak menyeronokkan.

Bukan itu sahaja, ibu dan bapa pasti ingin membeli sesuatu permainan yang boleh merangsang perkembangan minda anak-anak kecil yang sedang membesar namun kadangkala boleh jadi mahal harganya.

Walau bagaimanapun tahukah anda terdapat satu benda yang jauh lebih jimat harganya tetapi masih mampu memberikan impak positif kepada anak-anak kecil ini?
Benda yang dimaksudkan itu adalah sticker!

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook, seorang lelaki bernama Najmi Nawawi telah menjelaskan kebaikan memberi anak kecil bermain dengan kertas pelekat atau sticker.
Menurutnya, meskipun sticker dianggap benda biasa buat orang dewasa namun begitu ia sebenarnya bagus untuk pergerakan badan serta perkembangan minda anak-anak kecil.
Bahkan, bermain dengan sticker sahaja mempunyai 5 kelebihan utama.
Baca perkongsian penuh Najmi Nawawi di bawah:
Anak suka main STICKER? Ianya satu benda yang tersangat bagus. Lagipun sticker bukanlah mahal. Aku biasa beli dekat DIY memang harganya tersangat murah, seringgit pun ada dan boleh dapat banyak terus.
Aku masih ingat kata salah seorang Occupational Therapist kami, katanya sticker boleh jadi alat yang sangat membantu, bahkan dianggap sebagai senjata rahsia yang boleh digunakan oleh mereka para OT untuk bentuk perkembangan anak-anak.
1. Bagus untuk motor halus

Bukan senang untuk mencabut sticker yang melekat dekat plastik itu. Hujung jari yang halus itu diperlukan untuk memastikan sticker berjaya dicabut dengan sempurna. Bahkan untuk sesetengah anak, ianya sangat sukar walaupun nak pegang hujung kertas yang nipis. Itu belum lagi kita bercerita tentang size-size sticker yang kadang-kadang itu tersangat kecil, sampaikan orang dewasa pun belum tentu boleh cabut.
2. Koordinasi tangan

Semestinya, sebab anak akan gunakan kedua-dua tangan mereka untuk membuka sticker. Satu tangan untuk pegang buku sticker dan satu lagi untuk mencabut sticker. Ini ialah satu latihan yang sangat baik untuk koordinasi tangan kiri dan kanan. Tangan dominan dan tangan kedua mereka agar dapat berkoordinasi dengan sempurna.
3. Kemahiran visual dipertingkat

Bukan semua sticker yang dibeli akan diminati anak kita. Katakan kita beli buku sticker yang ada dekat DIY tadi, pastinya anak akan scan satu per satu terlebih dahulu sebelum membuat pilihan sticker mana yang mahu dimain. Kalau ada sticker, jenis yang kena padankan seperti pilihan warna dan bentuk pastinya lebih membantu mempertingkatkan daya visual anak-anak.
4. Eksplorasi daya sensori

Sticker datang dengan kepelbagaian jenis dan tekstur. Ada yang jenis kembung dan licin, anda yang jenis rata dan kasar, ada juga yang jenis manik-manik dan macam-macam lagi. Setiap daripada semua jenis ini dapat membantu anak-anak belajar mengenal semua tekstur yang ada dan seterusnya membantu perkembangan daya sensori dengan baik.
5. Kiri dan kanan

Anak-anak biasanya perlu ambil masa untuk belajar kenal yang mana kiri dan yang mana kanan. Itu yang sampai kasut pun boleh tertukar kasut kiri dan kasut kanan. Dengan sticker, kita dapat bantu mereka kenal dan bezakan kiri dan kanan. Contoh, tampal satu sticker di pipi kiri, dan satu lagi di pipi kanan. Tampal juga satu sticker di tangan kiri dan lagi satu sticker di tangan kanan. Begitulah mereka akan belajar mengenal kiri dan kanan.
Selain daripada lima yang aku huraikan ini, sebenarnya ada banyak sangat lagi kelebihan kalau bagi anak main sticker
Seperti dapat membantu anak dengan kemahiran membaca, menyusun, berbahasa, kreatif, inovatif, keyakinan diri, sosial, dan macam-macam lagi.
p/s : Jangan pandang rendah terhadap kelebihan bermain sticker! Ala kita yang dewasa ini pun suka main sticker dekat fb komen tu apa.

#ibubapa #anak #mainan #toy #bayi #perkongsian #facebook #viral
Sumber : Says

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://johanharith.blogspot.com/2019/11/galakkan-anak-kecil-anda-bermain.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Air Putih Bisa Jadi Minuman Yang Paling Bermanfaat Bagi Perkembangan Otak Anak

Air Putih Bisa Jadi Minuman Yang Paling Bermanfaat Bagi Perkembangan Otak Anak

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 366 hits
Banyak orangtua yang mencoba meningkatkan kemampuan kognitif mereka dengan berbagai macam cara Namun sesungguhnya terdapat sebuah minuman ajaib yang bisa berdampak terhadap kemampuan kognitif anak
Habis Dinding Anak Tampal Dengan Pelekat Rupanya Main Sticker Bagus Untuk Perkembangan

Habis Dinding Anak Tampal Dengan Pelekat Rupanya Main Sticker Bagus Untuk Perkembangan

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 485 hits
Selalu kalau pergi ke kedai alat tulis si kecil ada yang cenderung memilih pelekat atau sticker yang comel comel Kadang kala kita tak bagi beli maklumlah takut habis bersepah dan entah mana mana ditampalnya pelekat tu Sampaikan beg tangan m...
Gaban Menceriakan Zaman Kecil Anak Anak 80an 90an

Gaban Menceriakan Zaman Kecil Anak Anak 80an 90an

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 631 hits
GABAN Menceriakan Zaman Kecil Anak Anak 80an 90an Baru baru ni En Hubby bukak facebook pastu dia suruh KakYa diam dan dengar jap muzik mula ni pastu teka lagu gape Hadoi la mula mula dengar KakYa dah boleh tahu la tu lagu Gaban Pastu En Hub...
Walaupun Hanya Straw Je Ibu Beri Peringatan Jangan Leka Ketika Anak Anak Bermain

Walaupun Hanya Straw Je Ibu Beri Peringatan Jangan Leka Ketika Anak Anak Bermain

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 410 hits
Setiap ibu bapa pasti menginginkan yang terbaik untuk anak anak dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mereka Ibu bapa juga pasti tidak sanggup melihat dan membiarkan anak anaknya terluka dan sakit namun kadang kadang ada perkara yang tidak...
Tak Perlu Layan Anak Macam Budak Kecil Setiap Masa Ada Masa Ajak Mereka Lakukan Kerja Rumah Bersama

Tak Perlu Layan Anak Macam Budak Kecil Setiap Masa Ada Masa Ajak Mereka Lakukan Kerja Rumah Bersama

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 320 hits
Konsep kekeluargaan merupakan satu intitusi kecil dalam masyarakat yang terdiri daripada ibu bapa dan anak Menurut kamus dewan keluarga ialah saudara dan kaum kerabat Dalam pembentukan kekeluargaan ibu bapa merupakan salah satu yang perlu m...
Bapa Cuai Tak Tutup Pagar Anak Kecil Keluar Main Basikal Dirempuh Kereta

Bapa Cuai Tak Tutup Pagar Anak Kecil Keluar Main Basikal Dirempuh Kereta

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 780 hits
Viral di media sosial video rakaman kamera litar tertutup yang menunjukkan seorang kanak kanak dilanggar kereta sebaik saja keluar dari rumahnya Berdasarkan tarikh yang tertera pada video itu kejadian berlaku pada jam 6 27 petang Ahad lalu ...
Tamparan Hebat Buat Saya Anak Kecil Tanpa Car Seat Cedera 2 Anak Dalam Car Seat Selamat Dalam Kemalangan

Tamparan Hebat Buat Saya Anak Kecil Tanpa Car Seat Cedera 2 Anak Dalam Car Seat Selamat Dalam Kemalangan

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 417 hits
Kemalangan memang boleh berlaku sekelip mata tanpa diduga walaupun kita sudah sehabis baik berhemah dan berhati hati di atas jalan raya Sebab itulah kita perlu utamakan keselamatan setiap ahli keluarga ketika menaiki kenderaan Sekurang kura...
Kalau Tak Pisah Tempat Tidur Anak Dari Awal Sampai Besarlah Si Kecil Asyik Selinap Masuk Bilik Mak Ayah

Kalau Tak Pisah Tempat Tidur Anak Dari Awal Sampai Besarlah Si Kecil Asyik Selinap Masuk Bilik Mak Ayah

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 487 hits
Anak anak yang masih kecil memang selalunya akan tidur dalam bilik yang sama Bersama ibu dan ayah Persoalannya bilakah waktu yang sesuai untuk mula asingkan tempat tidur anak anak supaya mereka tak manja sangat dan boleh tidur sendiri tanpa...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation