Gaban Menceriakan Zaman Kecil Anak Anak 80an 90an
GABAN ! Menceriakan Zaman Kecil Anak Anak 80an 90an | Baru baru ni En Hubby bukak facebook pastu dia suruh KakYa diam dan dengar jap muzik mula ni pastu teka lagu gape? Hadoi la mula mula dengar KakYa dah boleh tahu la tu lagu Gaban. Pastu En Hubby tunjuk video lagu Gaban nyanyian penyanyi otai dari negara Jepun, Akira Kushida. En Hubby cakap ingatkan Umi tak tau lagu apa.
Opkos la bila KakYa dengar lagu tu serta merta teringat kat citer Gaban ni. Lagu yang dinyanyikan memang membangkit nostalgia masa kecik kecik dulu. Petang Khamis kalau tak silap KakYa, duk tunggu depan tv sebab nak tengok citer Gaban ni la. Sanggup tak pegi bermain sebab tunggu citer Gaban.
Citer legend zaman KakYa kanak kanak dulu. Waktu tu ingat KakYa tengok citer Gaban kat tv jenis gemuk besor gedabak tu. Yang kalau korang malas boleh tekan jer pakai ibu jari kaki. Hahahahaha. Hadoi laaa nak gelak rasa bila teringat balik. Kiranya citer Gaban ni memang citer yang ditunggu tunggu anak anak tahun 80an 90an dulu. Citer legend yang takde saingan. Terima kasih Gaban kerana menceriakan zaman kecil kami. Gaban Z potong dua.. Zazzz..!! Alahaii rindu zaman dulu dulu.
Lagu Gaban Nyanyian Akira Kushida
Otoko nan daro? Kuzu guzu suru na yo mune no enjin ni hi o tsukero ore wa kokodaze hitoashi o-saki hikari no hayasa de ashita e dasshu-sa!
waka-sa waka-sa te nan da? Furimukanai koto sa ai te nan da? Tamerawanai koto sa gaban! Abayo na mida gaban! Yoroshiku yuki uchu keiji gaban!
Warui yatsu-ra wa tenshi no kao shite kokoro de tsume o toi de iru mono sa ore mo omae mo namonai hana o fumitsuke rarenai otoko ni naru no sa!
waka-sa waka-sa te nan da? Akiramenai koto sa Ai te nan da? Kuyamanai koto sa gaban! Aba yo kako gaban! Yoroshiku mirai uchu keiji gaban!
waka-sa waka-sa te nan da? Furimukanai koto sa Ai ttena nda? Tamerawanai koto sa gaban! Aba yo na mida gaban! Yoroshiku yuki uchu keiji gaban
Penyanyi lagu ni Akira Kushida tu kan dia bawak lagu ni sebijik sama cam dulu. Walau hakikatnya usia dia sekarang dah mencecah ke angka 73 tahun. Perghh padu oii pakcik jepun ni nyanyi. Kalau ikut kiraan la kan lagu ni dah masuk usia 40 tahun dah. Korang pernah ke tengok citer Gaban ni waktu kecik kecik dulu? ..... Marila kita mengulit kenangan jap.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.akifimtiyaz.com/2019/11/gaban-menceriakan-zaman-kecil-anak-anak.html