Gaji Isteri Lebih Besar Suami Rasa Rendah Diri Boleh Jadi Punca Pergaduhan


Kebanyakan wanita zaman sekarang cenderung memilih untuk bekerja dan mempunyai kerjaya sendiri. Ia adalah perkara yang bagus dalam usaha memperkasakan wanita dan mengukuhkan lagi kesamarataan gender. Namun, ia mungkin mendatangkan stres buat individu yang bergelar suami. Ingin tahu lebih lanjut? Jom baca artikel ini!

Kajian terbaharu di Amerika
Menurut kajian baru-baru ini yang dijalankan terhadap 6,000 pasangan suami isteri di Amerika oleh University of Bath, UK, suami didapati akan mengalami stres apabila gaji isteri besar dan mampu menampung perbelanjaan keperluan rumah sebanyak 40%.
Kajian yang dijalankan selama lebih 15 tahun ini menunjukkan pola yang menarik. Suami akan stres jika isteri tidak bekerja dan hanya menjadi suri rumah. Jika isteri bekerja dan gaji mereka hampir mencecah 40% perbelanjaan isi rumah pula, stres suami akan berkurangan.
Namun, stres suami akan kembali meningkat jika gaji isteri mula melebihi 40% perbelanjaan isi rumah. Menurut Dr Joanna Syrda yang merupakan seorang pakar ekonomi, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tekanan yang dialami oleh suami berkaitan gaji isteri yang besar adalah berbahaya kepada kesihatan mereka!
Impak kesihatan yang mungkin dialami oleh kaum Adam akibat daripada situasi ini adalah masalah kesihatan pada aspek fizikal, mental dan sosial mereka. Dr Syrda menegaskan bahawa isu gaji isteri yang besar mungkin akan membuat lelaki berasa rendah diri, sekali gus mencipta jurang yang agak luas dalam perhubungan mereka.
Dalam erti kata yang lain, suami akan berasa seperti diri tidak berguna dan stres kerana terpaksa bergantung kepada isteri untuk menanggung perbelanjaan isi rumah yang semakin mahal zaman sekarang.
Trend kini yang tidak sama seperti dulu
Zaman sekarang, kebanyakan wanita bekerja dan mempunyai kerjaya sendiri untuk membantu suami menjana pendapatan. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Pew Research Centre pada tahun 1980 di Amerika, 13% daripada isteri yang bekerja mempunyai gaji yang lebih besar dari suami. Menjelang tahun 2017 pula, statistik tadi semakin meningkat dan dijangka akan terus menaik menuju tahun-tahun yang berikutnya.
Dr Sydra menyatakan bahawa dia dan rakan-rakan pengkajinya amat berminat untuk melihat bagaimana trend ini memberi kesan kepada perhubungan suami isteri.
 
“Gaji isteri yang lebih besar dari suami akan menyebabkan satu trend yang dikenali sebagai ‘gender role reversals’. Trend ini sebenarnya agak berbahaya kepada kaum lelaki kerana ia mungkin menjejaskan kesihatan mereka dari aspek fizikal, mental, sosial dan lebih menakutkan, mengakibatkan penceraian”, kata beliau lagi.
stres
Jadi, apa perlu buat untuk elak suami stres?
Tujuan artikel ini ditulis bukan untuk merendahkan para suami sebagai ketua keluarga. Namun situasi ini adalah realiti dunia yang berlaku pada hari ini. Jika isteri anda mempunyai gaji yang besar dan mampu menanggung separuh atau lebih daripada perbelanjaan isi rumah anda, jangan stres. Ini apa yang perlu dilakukan oleh kedua pasangan.
#1. Jangan terlalu merendah atau meninggi diri
Perkara ini adalah norma yang agak normal pada zaman sekarang. Sebagai suami, jangan terlalu merendah diri. Jika gaji anda lebih kecil dan tidak mampu menanggung sepenuhnya keperluan isi rumah, jangan sesekali anda berasa stres. Sebaliknya, tolong hargai usaha dan pengorbanan isteri dalam membantu menjana pendapatan isi rumah anda.
Meskipun situasi seperti ini dianggap sebagai satu kebiasaan kini, adat dan agama masih perlu dititikberatkan. Sebagai isteri, jangan sesekali meninggi diri jika gaji anda lebih besar dari suami kerana mereka tetap ketua dalam keluarga yang perlu dipatuhi dan dihormati. Kerjasama memang diperlukan dalam rumah tangga, bukan?
Pun begitu, jangan pula suami berasa terlalu selesa, ya? Tanggung jawab memimpin dan menanggung keperluan keluarga ada berada di bahu anda!
#2. Elak pertelingkahan berkenaan kewangan di hadapan individu lain
Ini adalah perkara yang sangat perlu pasangan suami isteri elakkan terutamanya di hadapan anak-anak dan juga individu luar!
Ya, memang perselisihan faham biasa terjadi dalam rumah tangga. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri. Namun, ia perlu dielakkan di hadapan individu lain lebih-lebih lagi jika ia melibatkan hal kewangan.
Ini kerana semasa bertengkar, kita mungkin tidak dapat mengawal perkataan kita ekoran perasan marah yang sedang membuak-buak. Jadi, kemungkinan untuk pasangan mengungkit tentang gaji masing-masing juga ada.
Oleh itu, cuba kawal perasaan marah anda dan jangan sesekali bertengkar berkenaan kewangan di hadapan orang lain, ya?
#3. Wujudkan simpanan kewangan bersama
Apa maksudnya? Anda dan pasangan sebenarnya boleh membuat simpanan bersama-sama di dalam satu tabung. Anda mungkin boleh mewujudkan satu akaun bank khas untuk simpanan masa hadapan. Kemudian, setiap bulan suami dan isteri perlu menyimpan sejumlah wang yang sama amaunnya di dalam akaun tersebut. Bekukan, kemudian gunakan pada hari senja kelak.
Dengan usaha ini, mungkin tiada lagi istilah mengungkit atau bergaduh sesama pasangan mengenai gaji masing-masing lagi.
#4. Tetapkan peruntukan yang berbeza
Sebagai contoh, suami mungkin boleh membelanjakan gajinya untuk hal keperluan rumah seperti membayar bil, ansuran kereta dan rumah serta perbelanjaan dapur. Manakala gaji isteri mungkin boleh digunakan untuk kegunaan kecemasan serta shopping! Sudah lumrah wanita gemar membeli-belah, bukan?
Cuma sebagai suami, anda perlu ingat duit anda adalah duit isteri juga manakala duit isteri adalah duit isteri sahaja. Jadi, jangan terlalu bergantung pada isteri. ya?
#5. Saling membantu antara satu sama lain
Pernah dengar lagu tema Wonderpets? Apa yang penting, kerjasama! Ya, begitulah juga dalam kehidupan suami isteri. Jika suami di dalam kesulitan dari segi kewangan, isteri boleh membantu dan begitulah sebaliknya. Jangan pula anda berasa s dan usah pula anda berasa pasangan anda itu menyusahkan.
Kehidupan suami isteri perlulah erat dan jitu. Sebagaimana aur dan tebing, kedua-duanya saling memerlukan dan melengkapi satu sama lain.
Konklusi
Kesimpulannya, gaji isteri yang besar tidak sepatutnya mendatangkan stres kepada suami. Apatah lagi membuat suami stres. Ia sepatutnya menjadi satu motivasi buat para suami untuk bekerja dan berjaya lebih lagi dalam kerjaya mereka.
Sebenarnya, ia juga adalah satu kelebihan untuk suami. Sekiranya anda berada dalam kesulitan, maka sentiasa ingat yang isteri anda selalu ada untuk membantu anda. Namun, jangan sesekali bergantung sepenuhnya kepada mereka pula ya!
Suami adalah nakhoda kapal layar yang sedang menuju ke pulau kebahagiaan. Pastikan anda sebagai suami mengawal navigasi kapal itu supaya tetap kekal di landasannya. Sebagai isteri pula, sentiasa sokong suami anda dari belakang. Dengan ini, nescaya perhubungan anda berdua boleh kekal sehingga ke jannah.
Kredit: Hello Doktor

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Gaji Isteri Lebih Besar, Suami Rasa Rendah Diri. Boleh Jadi Punca Pergaduhan! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/gaji-isteri-lebih-besar-suami-rasa-rendah-diri-boleh-jadi-punca-pergaduhan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belanja Isteri Dapat Pahala Ada Lebih Suami Bagilah Lebih Besar Rahmatnya

Belanja Isteri Dapat Pahala Ada Lebih Suami Bagilah Lebih Besar Rahmatnya

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 533 hits
Ingat ya wahai suami perkahwinan itu satu penyatuan hati Andai kata anda tak pernah berkira dengan isteri apa yang anda buat semuanya rasa mudah Kehidupan kita tak sama seperti orang lain Ada yang biasa biasa je ada yang boleh bermewah teta...
Lebih Selesa Tinggal Seorang Diri Dalam Tempoh Pkpb Alasan Hantar Anak Isteri Balik Ke Kampung

Lebih Selesa Tinggal Seorang Diri Dalam Tempoh Pkpb Alasan Hantar Anak Isteri Balik Ke Kampung

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 378 hits
Kelmarin kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar di Selangor Kuala Lumpur dan Putrajaya dari 14 hingga 27 Oktober 2020 Arahan itu dikeluarkan bagi mengekang penularan wabak Covid 19 yang saban hari menunjukkan ...
Isteri Bekerja Gaji Milik Suami Ustaz Azhar Idrus

Isteri Bekerja Gaji Milik Suami Ustaz Azhar Idrus

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 1571 hits
Isteri Bekerja Gaji Milik Suami Ustaz Azhar Idrus Like Follow Follow Subscribe
Isteri Terlalu Penat Boleh Risikokan Bayi Beri Dia Waktu Rehat Uruskan Diri Sendiri

Isteri Terlalu Penat Boleh Risikokan Bayi Beri Dia Waktu Rehat Uruskan Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 392 hits
Kes kes bayi yang terjatuh di lantai sememangnya benar dan pernah berlaku dikalangan kita Semuanya ini berpunca daripada rasa keletihan yang melampau Tidak cukup tidur kerana menyusukan bayi antara punca ibu mengalami keletihan yang melampa...
Isteri Dan Anak Kena Kuarantin Covid 19 Di Rumah Shuk Sahar Luah Rasa Sedih Dan Rindu Di Instagram

Isteri Dan Anak Kena Kuarantin Covid 19 Di Rumah Shuk Sahar Luah Rasa Sedih Dan Rindu Di Instagram

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 478 hits
Selebriti pelawak dan penyampai radio Shuk Sahar baru baru ini ada berkongsikan sebuah video di mana dia sedang melawat anak anak dan isterinya yang terpaksa menjalani kuarantin di rumah setelah pulang dari negeri Sabah Dalam membendung pen...
Istri Dicuekin Suami Jalani Operasi Melahirkan Seorang Diri Dan Diceraikan

Istri Dicuekin Suami Jalani Operasi Melahirkan Seorang Diri Dan Diceraikan

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 441 hits
Seorang istri membagikan kisah rindunya kepada suaminya yang sudah beberapa bulan ini cuek kepadanya Bahkan dia harus menjalani proses melahirkan seorang diri tanpa didampingi suaminya Kreator TikTok momymuda1624 membagikan beberapa video s...
Bekas Suami Tak Tolong Langsung Lelaki Pakistan Ceraikan Isteri Tinggalkan 3 Beranak Itu Dalam Kesusahan

Bekas Suami Tak Tolong Langsung Lelaki Pakistan Ceraikan Isteri Tinggalkan 3 Beranak Itu Dalam Kesusahan

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 441 hits
Seorang wanita terpaksa berputih mata apabila dia diceraikan suaminya warga Pakistan yang telah pulang ke negara asalnya Menurut ibu tunggal berkenaan Hanum Ramli 40 lelaki itu baru menceraikannya dua bulan lalu dan kini dia tinggal di bili...
Perkara Wajib Para Isteri Tahu Tentang Harta Peninggalan Arwah Suami

Perkara Wajib Para Isteri Tahu Tentang Harta Peninggalan Arwah Suami

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 337 hits
Assalamualaikum w b t Harta Peninggalan Suami Apa Yang Perlu Isteri Tahu Pelbagai isu timbul apabila suami yang meninggal dunia tidak membuat apa apa perancangan terhadap harta yang ditinggalkan Di sini dikongsikan perkara perkara PENTING y...
Suami Ada Masalah Isteri Orang Pertama Patut Tahu Janganlah Berahsia

Suami Ada Masalah Isteri Orang Pertama Patut Tahu Janganlah Berahsia

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 445 hits
Jika ada masalah isteri patut jadi orang pertama yang tahu Bukan cerita dekat orang lain Lebih lebih lagi bukan pada kawan atau ahli keluarga Malah dengan mak sendiri pun tak boleh Jika masa bujang dulu hidup bawah ketiak mak sekalipun lepa...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization