Gagal Tunai Janji Punca Ph Dilabel Kaki Kencing



Wakil rakyat pembangkang memuji Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng atas keberaniannya menegur kerajaan Pakatan Harapan gagal menunaikan janji sebagai punca gabungan parti pemerintah itu digelar penipu dan kalah dalam Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai.

Wakil rakyat DAP itu berkata, antara janji dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 yang gagal ditunaikan PH ialah menutup kilang Lynas di Kuantan, Pahang.

“Kita kalah teruk di Tanjung Piai mengapa? Sebab kerajaan ini tidak memenuhi janji manifesto, salah satu yang relevan di kementerian ini berhubung isu Lynas. Sebelum PRU, PH janji nak batalkan Lynas dan hantar balik sisa ke negara asal, jadi apa telah dibuat?

“Menteri jangan main perkataan di dalam manifesto tidak sebut isu Lynas, jangan main-mainkan pengundi. PH sebelum PRU kata kita menang, esok batalkan Lynas.

“Sekarang (hampir) 2 tahun, kilang Lynas masih ada. Menteri-menteri tandatangan perjanjian (baru) lagi, apa sudah terjadi?” soalnya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2020 peringkat jawatankuasa membabitkan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

Lim berkata, kegagalan PH menunaikan manifesto PRU14 turut menyebabkan gabungan itu dilabel “kaki kencing dan pengecut”.

“Pengundi, rakyat di luar sana, pembangkang panggil kita kencing, pengecut. Kita tidak mahu kerajaan songsang, kita tidak mahu jadi kerajaan ‘U-turn’,” katanya sambil mendesak Putrajaya mencari jalan menutup kilang Lynas di Gebeng.

Lim turut mempersoalkan fungsi sebenar Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim kerana isu membabitkan alam sekitar seperti sampah sarap, hutan dan sumber air terletak di bawah bidang kuasa kementerian lain.

“Isu kebersihan, sampah berada di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), isu alam sekitar membabitkan hutan, (sumber) air berada di bawah Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli.

“Saya nak tanya, di bawah kementerian ini, apa isu alam sekitar yang telah dibuat (ditangani), apa program, projek yang dibuat melibatkan alam sekitar? Sering kali rakyat buat aduan sampah, alam sekitar kepada kementerian ini, mereka tolak kepada KPKT dan jabatan lain.

“Kita tidak mahu kerajaan PH jadi kerajaan ‘tai chi master’, jangan tolak (masalah kepada kementerian lain),” katanya yang menggesa kerajaan melakukan penstrukturan semula ke atas Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim supaya semua isu alam sekitar diletakkan di bawah bidang kuasa kementerian itu.

“You’re the man,” kata Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan).

“MP world class,” kata Ahmad Marzuk Shaary (PAS-Pengkalan Chepa) lapor FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/11/gagal-tunai-janji-punca-ph-dilabel-kaki.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Perlu Post Mortem Jika Tunai Janji Pru14

Tidak Perlu Post Mortem Jika Tunai Janji Pru14

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 382 hits
Pakatan Harapan akan adakan post mortem tentang kekalahan parti itu kepada Barisan Nasional di PRK Tanjung Piai Johor yang berakhir semalam Salahuddin Ayub yang juga Timbalan Presiden Parti Amanah Negara dan beliau juga orang kuat Majlis Pr...
Gagal Laksana Manifesto Pergolakan Dalaman Punca Rakyat Tolak Ph

Gagal Laksana Manifesto Pergolakan Dalaman Punca Rakyat Tolak Ph

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 300 hits
Oleh Fazleen Safina Dianggap sama macam BN gagal dengar denyut nadi rakyatBANGI Kekalahan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai merupakan satu amaran supaya menilai segera beberapa perkara yang dilihat sebagai kriti...
Gagal Baca Sentimen Rakyat Punca Ph Hilang Sokongan

Gagal Baca Sentimen Rakyat Punca Ph Hilang Sokongan

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 365 hits
1 Pilihan Raya Kecil Tg Piai telah melaburkan tirai dengan kemenangan besar berpihak pada calon MCA dan calon PPBM pula gagal mempertahankan kerusi 2 Selepas PRU14 setakat ini sudah ada 9 kali PRK peringkat DUN dan Parlimen 7 daripadanya me...
Guan Eng Sanggup Letak Jawatan Jika Tak Tunai Janji Kepada Taruc

Guan Eng Sanggup Letak Jawatan Jika Tak Tunai Janji Kepada Taruc

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 278 hits
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng foto HAZROL ZAINAL KUALA LUMPUR Menteri Kewangan Lim Guan Eng sanggup menggadaikan kedudukannya sebagai Menteri Kewangan sekiranya janji untuk memberikan peruntukan sekurang kurangnya RM30 juta kepada Kolej...
Tak Tunai Janji Ph Lebih Teruk Awang Hashim

Tak Tunai Janji Ph Lebih Teruk Awang Hashim

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 229 hits
Ahli Parlimen Pendang Awang Hashim mahu kerajaan menunaikan janji janji kepada rakyat Layari link untuk Sinar Live punuh https bit ly 36WU3f0
Prktgpiai Kenapa Ph Perlu Tunggu Kemenangan Tanjung Piai Untuk Tunai Janji Ismail Sabri

Prktgpiai Kenapa Ph Perlu Tunggu Kemenangan Tanjung Piai Untuk Tunai Janji Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 276 hits
Kenapa Tun nak tunggu kemenangan calon Pakatan Harapan di Tanjung Piai untuk tunai janji Semua janji manifesto dibuat sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 maknanya lepas menang PRU 14 janji kena tunai bukan tunggu PRK Tanjung Piai bidas Ketua Pe...
Rasa Kebas Di Kaki Dan Tangan Antara Tanda Kencing Manis

Rasa Kebas Di Kaki Dan Tangan Antara Tanda Kencing Manis

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 559 hits
Setiap manusia menginginkan tubuh badan yang sihat Oleh itu penjagaan kesihatan amatlah penting bagi memastikan diri sentiasa sihat dan cergas Penyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tama...
Gagal Tabrak Polisi Saat Tepergok Dua Pencuri Motor Ditembak Di Kaki

Gagal Tabrak Polisi Saat Tepergok Dua Pencuri Motor Ditembak Di Kaki

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 185 hits
Dua orang pencuri motor nekat menabrak anggota kepolisian yang memergokinya saat beraksi di sebuah rumah Mereka kemudian dilumpuhkan dengan cara ditembak di bagian kaki karena melawan saat hendak ditangkap
Kaki Muka Bengkak Dan Kencing Berbuih Mungkin Anak Anda Hidap Sakit Buah Pinggang Sindrom Nefrotik

Kaki Muka Bengkak Dan Kencing Berbuih Mungkin Anak Anda Hidap Sakit Buah Pinggang Sindrom Nefrotik

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 501 hits
Kebiasannya kita lihat penyakit yang melibatkan buah pinggang hanya melibatkan orang dewasa atau remaja akibat tidak menjaga pemakanan atau pun memang dilahirkan dengan masalah sakit buat pinggang Namun kanak kanak kini terdedah dengan sind...
Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api

Apa Ada Kat Air Papan Johor

Khutbah Jumat Kemajuan Teknologi Dan Harga Yang Harus Dibayar

Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Firearms Possession And Regulations In Malaysia Public Safety Must Remain A Priority

Responsible Gaming At Its Best Dive Into The World Of Gacor Slots

Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Bukan Masanya Untuk Mengajar Mereka Berenang


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Hari Ke 29 Rezeki Datang

Fast Paced Roulette Action Spin Win At 389sports Login

See The Chances Of Winning In Every Gacor123 Online Slot Bet

Bahan Kimia Pengganggu Endokrin Dan Kesuburan Anda

Pn Belum Habis Mengigau

Don Did Chinese Emperor Reveal Pas Hypocrisy Or Newfound Tolerance