Gagal Selesaikan Janji Ptptn Kerajaan Ph Boleh Hilang Kuasa


Oleh : Mohammad Agus Yusoff
 
PTPTN : MUNGKINKAH KERAJAAN SEPENGGAL?

1. PTPTN merupakan isu sensitif. Salah urus isu ini membolehkan kerajaan tumbang dalam PRU-15 nanti. Bayangkan terdapat 3 juta peminjam PTPTN yang tidak berpuas hati kerana merasakan kerajaan PH tidak menunaikan janji pilihan rayanya.
 

 
2. Manifesto PH menjanjikan pembatalan sekatan ke luar negara, dan menangguhkan pembayaran bagi peminjam berpendapatan RM4k ke bawah. Apabila menang PRU, janji ini dilaksanakan, tetapi kelmarin PTPTN membuat cadangan untuk u-turn keputusan yang telah dibuat.

3. Apapun alasan PTPTN, hal ini tidak wajar dipusing semula kerana anak muda bukan mahu melihat polisi ke belakang, tetapi melihatnya ke depan. Apa dasar negara untuk mereka dari segi peluang pekerjaan dan kesejahteraan hidup, bukannya polisi kerajaan untuk menyekat hak peminjam PTPTN ke luar negara, memperbaharui pasport, lesen, dan lainnya.

Bagaimana reaksi rakyat?

4. Apabila PTPTN mengumumkan cadangannya, ramai peminjam kecewa dan marah. Dahulu PH berjanji hendak menghapuskan PTPTN dan memberi pendidikan percuma, di manakah janji-janji tersebut sekarang? Kata mereka, seteruk-teruk UMNO dahulu, tidak banyak dasarnya yang U-turn.

5. Bagi yang bersetuju pula, mereka menyatakan tindakan PTPTN wajar kerana peminjam ini tidak ada tanggungjawab. Jangan harapkan semua percuma dari kerajaan. Hutang wajib dibayar supaya dapat diberikan kepada generasi akan datang.

6. Mereka juga menyatakan PTPTN tidak kejam. Yang kejam adalah peminjam yang ada kerja dan gaji melepasi paras kemiskinan, tetapi tidak mahu membayar hutang. Golongan yang liat ini mampu membayar ansuran kereta, bil Unifi, bil handphone dan lainnya, tetapi tidak mampu membayar PTPTN sebanyak RM50 sebulan. Memang patut disekat perjalanan ke luar negara.

Betulkah peminjam tidak mahu bayar?

7. Sebenarnya peminjam mahu membayar pinjaman mereka, tetapi dasar ‘bayaran balik’ PTPTN menolak mereka daripada membuat pembayaran. Jika peminjam pergi ke PTPTN untuk mula membuat pembayaran kerana baharu stabil kewangannya, PTPTN mahu peminjam membayar balik semua tunggakan terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran.

8. Ramai yang menyatakan dasar PTPTN ini dungu. Sepatutnya kena mudahkan orang membayar balik, bukannya tambah lagi beban orang yang hendak membayar. Jika kena selesaikan tunggakan dahulu, maka inilah yang menyukarkan peminjam membuat pembayaran. Di mana mahu mencari selonggok wang sekali gus?

9. Banyak lagi yang boleh dikupas, tetapi sengaja tidak diulas kerana PTPTN pun sedang membuat Konsultasi Rakyat sehingga Jun ini. Saya cuma menulis ini supaya PTPTN boleh melihat semula dasar bayaran baliknya dan bersikap proaktif dalam menangani masalah peminjam. PTPTN mesti mencari penyelesaian win-win, bukan lose-lose.

10. Gagal berbuat demikian, maka semakin dekatlah kerajaan PH ini menjadi Kerajaan Sepenggal.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/05/gagal-selesaikan-janji-ptptn-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ptptn Pas Bidas Kerajaan Pakatan Harapan Mungkiri Janji

Ptptn Pas Bidas Kerajaan Pakatan Harapan Mungkiri Janji

papar berkaitan - pada 18/5/2019 - jumlah : 466 hits
MARANG Pas membidas kerajaan Pakatan Harapan gagal menunaikan janji menghapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional susulan cadangan untuk memperkenalkan sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam tabung itu Presidennya D...
Wanita Yang Memberi Cadangan Berkenaan Ptptn Patut Diberi Anugerah Kebesaran Oleh Kerajaan Ph

Wanita Yang Memberi Cadangan Berkenaan Ptptn Patut Diberi Anugerah Kebesaran Oleh Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 274 hits
JASAMU DIKENANG ALANGKAH SESUAI BELIAU DIANUGERAHKAN GELARAN1 DATO2 DATO SERI3 DARJAH SERI SETIA NEGARA MEMBAWA GELARAN DATO PADUKA4 JASA MELINGKUPKAN PH DARJAH SETIA NEGARA MEMBAWA GELARAN PUAN SERI DATO SERIWanita yang menjadi tular di me...
Ph Tersepit Antara Tunai Janji Yang Tak Munasabah Dengan Realiti Sebenar Ptptn

Ph Tersepit Antara Tunai Janji Yang Tak Munasabah Dengan Realiti Sebenar Ptptn

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 293 hits
Pada hemat saya Kerajaan PH sedang mencari alasan mahu melaksanakan beberapa pendekatan yang mereka tentang sebelum ini setelah menyedari realiti dan kedudukan sebenar bila mengambilalih PTPTN Sekarang mereka baru menyedari banyak pendekata...
Gagal Buktikan Barang Rampasan Dibeli Guna Duit 1mdb Kerajaan Mohon Sita Barangan Bernilai Rm711 Juta

Gagal Buktikan Barang Rampasan Dibeli Guna Duit 1mdb Kerajaan Mohon Sita Barangan Bernilai Rm711 Juta

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 332 hits
Hampir genap setahun dahulu rumah saya diserbu oleh kerajaan PH selepas saya pulang dari solat Terawih Semua barangan yang berharga dirampas dari rumah saya dan dari seluruh keluarga saya termasuk barang barang yang kita telah ada sejak pul...
Ptptn Sudah Lari Janji Manifesto Pru14

Ptptn Sudah Lari Janji Manifesto Pru14

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 288 hits
MARANG PAS menyifatkan kenyataan terkini pengurusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang mahu mengenakan semula sekatan kepada peminjam itu telah terpesong dari janji manifesto pilihan raya lalu Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru...
Kerajaan Perlu Tumpu Suara Rakyat Yang Mengharapkan Janji Ditunaikan Tun Daim

Kerajaan Perlu Tumpu Suara Rakyat Yang Mengharapkan Janji Ditunaikan Tun Daim

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 291 hits
THE MALAYSIAN TIMES MACHANG Selepas setahun Pakatan Harapan memerintah negara sudah sampai masanya bagi kerajaan menumpukan dengan lebih serius mendengar suara rakyat yang kini terus bergelut dengan kos sara hidup tinggi Pengerusi Majlis Pe...
Usahawan Bumiputera Tak Boleh Bergantung Bantuan Kerajaan Untuk Berjaya Daim

Usahawan Bumiputera Tak Boleh Bergantung Bantuan Kerajaan Untuk Berjaya Daim

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 202 hits
Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin berkata usahawan Bumiputera tidak lagi boleh bergantung kepada bantuan kerajaan untuk berjaya dalam perniagaan Beliau yang juga bekas Menteri Kewangan berkata usahawan Melayu perlu berf...
Dr Agus Ptptn Mungkin Menjadikan Ph Kerajaan Sepenggal

Dr Agus Ptptn Mungkin Menjadikan Ph Kerajaan Sepenggal

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 270 hits
PTPTN merupakan isu sensitif Salah urus isu ini membolehkan kerajaan tumbang dalam PRU 15 nanti Bayangkan terdapat 3 juta peminjam PTPTN yang tidak berpuas hati kerana merasakan kerajaan PH tidak menunaikan janji pilihan rayanya Manifesto P...
Cadangan Sekatan Perbaharui Pasport Lesen Dan Cukai Jalan Kenderaan Jika Gagal Bayar Pinjaman Ptptn

Cadangan Sekatan Perbaharui Pasport Lesen Dan Cukai Jalan Kenderaan Jika Gagal Bayar Pinjaman Ptptn

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 480 hits
PTPTN sedang mempertimbangkan langkah lain untuk peminjam membayar hutang mereka berdasarkan maklum balas daripada perbincangan dengan pemegang berkepentingan termasuk melarang peminjam ingkar memperbaharui pasport lesen memandu dan cukai j...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah