Gagal Rayuan Hukuman Penjara 6 Bulan Denda Rm30k Atas Adam Rosly Kekal


Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang, Datuk Adam Rosly Abdullah gagal dalam rayuannya untuk mengetepikan hukuman penjara enam bulan dan denda RM30,000 terhadapnya kerana memberi kenyataan palsu dan mengemukakan dokumen palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2017.
 

 
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh menolak rayuan Adam Rosly terhadap keputusan Mahkamah Sesyen pada 26 April 2018.

"Saya berpendapat tiada sebab untuk mencampuri keputusan Hakim Mahkamah Sesyen, oleh itu saya menolak rayuan ini dan mengesahkan sabitan dan hukuman," katanya.

Adam Rosly, diwakili peguam Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir manakala Timbalan Pendakwa Raya Nik Haslinie Hashim mewakili pendakwaan.

Adam Rosly, 31, merayu terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang menjatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM30,000 selepas mendapatinya bersalah atas enam pertuduhan memberi kenyataan palsu dan mengemukakan dokumen palsu kepada SPRM semasa siasatan pada 2017 berhubung dakwaan berkaitan kekayaannya yang luar biasa.

Bagi dua pertuduhan pertama, Adam Rosly didakwa memberi kenyataan palsu ketika percakapannya dirakamkan dua pegawai penyiasat SPRM, mengikut Seksyen 32(8)(c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Kenyataan itu berhubung kerjayanya sebagai ahli perniagaan, pendapatan, kenderaan mewah, banglo bernilai RM1.2 juta di Kampung Melayu, Ampang, yang dibeli secara tunai, pinjaman RM200,000 daripada ibu mentua dan neneknya serta pinjaman wang daripada 'Ah Long' sebanyak RM500,000.

Bagi empat pertuduhan lagi, dia didakwa menggunakan dokumen perjanjian palsu daripada dua individu dan dua baucar tunai daripada syarikatnya, Gegas Mentari Holding Sdn Bhd dengan niat untuk memperdaya pegawai penyiasat SPRM, mengikut Seksyen 89 akta sama.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya, antara jam 9 pagi hingga 12.15 tengah hari pada 10 Feb 2017, dan antara jam 9 pagi hingga 2 petang, pada 22 Feb tahun sama.

Pertuduhan itu membawa denda maksimum RM3 juta atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya, bagi setiap sabitan kesalahan.

Sementara itu, Nizam Bashir memberitahu pemberita beliau akan memfailkan usul bagi penangguhan pelaksanaan hukuman selain notis rayuan kepada Mahkamah Rayuan hari ini. (Bernama) - 25 November 2019.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/11/gagal-rayuan-hukuman-penjara-6-bulan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Benarkan Adam Rosly Tangguh Hukuman Penjara 6 Bulan

Mahkamah Benarkan Adam Rosly Tangguh Hukuman Penjara 6 Bulan

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 505 hits
Mahkamah membenarkan Adam Rosly diikat jamin RM300 000 dengan 2 penjamin warga tempatan tetapi perlu menyerahkan pasport antarabangsanya dan melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap 2 minggu KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini har...
Mahkamah Kekal Hukuman Penjara Denda Bekas Ketua Pemuda Pkr Ampang

Mahkamah Kekal Hukuman Penjara Denda Bekas Ketua Pemuda Pkr Ampang

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 314 hits
Adam Rosly hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 6 bulan ke atas bekas ketua Pemuda PKR Ampang Adam Rosly atas 6 pertuduhan memberi pernyataan palsu kepada S...
Rayuan Ditolak Farid Kamil Kembali Meringkuk Dalam Penjara Selama 9 Bulan

Rayuan Ditolak Farid Kamil Kembali Meringkuk Dalam Penjara Selama 9 Bulan

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 477 hits
Artis kontroversi Datuk Farid Kamil terpaksa merengkok dalam penjara sejak Khamis lalu selepas rayuannya untuk mengetepikan hukuman penjara selama sembilan bulan ditolak Mahkamah Tinggi Shah AlamPortal Berita Harian melaporkan Farid yang ju...
Korupsi Rp662 Juta Eks Ketua Koni Tangerang Dihukum 5 Tahun 10 Bulan Penjara

Korupsi Rp662 Juta Eks Ketua Koni Tangerang Dihukum 5 Tahun 10 Bulan Penjara

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 259 hits
Mantan Ketua KONI Kota Tangerang Dasep divonis 5 tahun 10 bulan penjara dalam kasus dana pengembangan olahraga yang merugikan negara sebesar Rp662 juta Terdakwa menggunakan dana tersebut untuk kepentingan pribadi
Sumbat Cili Dalam Mulut Kanak Kanak Sehingga Maut Tercekik Hukuman Penjara Terhadap Pengasuh Ditambah 10 Tahun

Sumbat Cili Dalam Mulut Kanak Kanak Sehingga Maut Tercekik Hukuman Penjara Terhadap Pengasuh Ditambah 10 Tahun

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 390 hits
Putrajaya 13 Nov Baru sahaja selesai menjalani hukuman penjara sejak Jun lepas atas tuduhan menyumbat cili hijau ke dalam mulut seorang kanak kanak sehingga maut seorang pengasuh dipenjara semula apabila Mahkamah Rayuan menambah hukuman pen...
Tepat Di Hari Guru 3 Eks Kepala Sekolah Dituntut 14 Bulan Penjara

Tepat Di Hari Guru 3 Eks Kepala Sekolah Dituntut 14 Bulan Penjara

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 321 hits
JPU Hendrik menilai para terdakwa telah melakukan perbuatan diatur dan diancam dengan Pasal 11 Undang Undang Nomor 31 Tahun 1999 tentang Pemberantasan Tindak Pidana Korupsi jo Undang Undang Nomor 20 Tahun 2001 jo Pasal 55 ayat ke 1e KUHPida...
Tiada Saman 6 Bulan Pertama Jika Gagal Gunakan Kerusi Kanak Kanak

Tiada Saman 6 Bulan Pertama Jika Gagal Gunakan Kerusi Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 592 hits
Umum mengetahui bermula 1 Januari 200 penggunaan kerusi keselamatan kanak kanak diwajibkan di dalam kenderaan bagi menyelamatkan mereka daripada mengalami kecederaan serius atau kematian sekiranya berlaku kemalangan Perkara itu mendapat pel...
Kini Giliran Rafizi Dibebaskan Daripada Sabitan Penjara 30 Bulan

Kini Giliran Rafizi Dibebaskan Daripada Sabitan Penjara 30 Bulan

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 316 hits
Hakim Mohd Yazid memutuskan bahawa beliau membenarkan permohonan Rafizi kerana pendakwaan gagal mengemukakan dokumen asal sebagai keterangan dalam perbicaraan yang merupakan syarat di bawah Seksyen 61 Akta Keterangan SHAH ALAM Seperti dijan...
Ma Kabulkan Kasasi Idrus Marham Hukuman Menjadi Dua Tahun Penjara

Ma Kabulkan Kasasi Idrus Marham Hukuman Menjadi Dua Tahun Penjara

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 199 hits
Mahkamah Agung mengabulkan kasasi terdakwa kasus suap PLTU Riau Idrus Marham Pengajuan kasasi dilakukan Idrus usai putusan Pengadilan Tinggi DKI Jakarta memberikan hukuman 5 tahun penjara denda Rp 200 juta subsider 3 bulan kurungan Vonis in...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Didie Alias Datang Lawat Amyza Aznan Beri Semangat Rai Hari Jadi Ke 19 Andre Di Wad

Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya