Sumbat Cili Dalam Mulut Kanak Kanak Sehingga Maut Tercekik Hukuman Penjara Terhadap Pengasuh Ditambah 10 Tahun


Putrajaya, 13 Nov – Baru sahaja selesai menjalani hukuman penjara sejak Jun lepas atas tuduhan menyumbat cili hijau ke dalam mulut seorang kanak-kanak sehingga maut, seorang pengasuh dipenjara semula apabila Mahkamah Rayuan menambah hukuman penjara selama 10 tahun lagi terhadapnya.
Menurut Hakim Datuk Yaacob Md Sam yang mengetuai panel tiga hakim berkata, hukuman penjara 18 bulan sebelum ini ke atas responden Asmarani Ghazali adalah tidak mencukupi.
Hakim Mahkamah Tinggi sebelum ini terkhilaf dalam melakukan keputusan apabila meletakkan kepentingan responden melebihi kepentingan awam, kata Hakim Yaacob dalam membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk menambah hukuman penjara.
Panel hakim yang turut terdiri daripada Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof dan P. Ravinthran itu mengarahkan Asmarani menjalani hukuman penjara mulai tarikh dia ditangkap pada 21 Jun 2018.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Zain Ibrahim meminta mahkamah agar memberi hukuman berat ke atas Asmarani, 40 yang telah dibebaskan pada 21 Jun lalu setelah selesai menjalani hukuman penjara 18 bulan.
“Kanak-kanak hanya mahukan perhatian kerana dia tidak sihat pada pagi itu,” kata Mohd Zain yang menganggap tindakan wanita itu meletakkan cili ke dalam mulut Muhammad Afif Kamarol Azli, 2 tahun setengah hanya kerana mangsa merengek sebagai keterlaluan.
Laporan bedah siasat mendapati punca kematian Afif adalah kerana tercekik. Asmarani yang merupakan ibu kepada tiga anak yang pada awalnya didakwa atas tuduhan membunuh mengaku bersalah menganiaya kanak-kanak apabila ditawarkan pertuduhan alternatif bawah Akta Kanak-kanak 2001.
Dalam kejadian pada 13 Jun lepas (2 hari sebelum Hari Raya Aidilfitri) di sebuah rumah di Taman Tuanku Ja’afar, Seremban, mangsa tidak berhenti merengek walaupun telah dipujuk Asmarani yang kemudian meminta mangsa membuang lampin pakai buangnya ke dalam tong sampah di dapur.
Mangsa telah melempar lampin berkenaan namun terus menangis kerana dia tidak sihat.
Asmarani kemudian mengambil dan mematahkan cili hijau dari peti sejuk menjadi separuh sebelum memasukkannya ke dalam mulut mangsa bagi menghentikan rengekannya.
Apabila mangsa mengalami kesukaran bernafas, Asmarani dan suami serta seorang daripada anaknya terus membawa mangsa ke dua klinik tetapi mereka dinasihatkan untuk menghantar mangsa ke hospital. Sebelum ini, peguam Datuk Hanif Hassan yang mewakili tertuduh berkata, hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Tinggi adalah sesuai di samping menambah bahawa Hakim Mahkamah Tinggi telah mempertimbangkan semua aspek termasuk kenyataan daripada ibu mangsa.
Menurut Bernama, Hanif telah menerima arahan anak guamnya (Asmarani) untuk memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan berikutan keputusan hari ini.
Sumber: BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/11/14/sumbat-cili-dalam-mulut-kanak-kanak-sehingga-maut-tercekik-hukuman-penjara-terhadap-pengasuh-ditambah-10-tahun/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baru Keluar Penjara Jun Lalu Pengasuh Sumbat Cili Hijau Ke Dalam Mulut Budak Sehingga Mati Dipenjara Semula 10 Tahun

Baru Keluar Penjara Jun Lalu Pengasuh Sumbat Cili Hijau Ke Dalam Mulut Budak Sehingga Mati Dipenjara Semula 10 Tahun

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 514 hits
Seorang pengasuh yang baru selesai menjalani hukuman penjara Jun lepas atas kesalahan menyumbat cili hijau ke dalam mulut seorang kanak kanak sehingga mati tercekik dihantar semula ke penjara selepas Mahkamah Rayuan di sini menambah hukuman...
Dia Dah Terkulai Layu Darah Keluar Dari Mulut Anak Nyaris Maut Tercekik Mainan Kecil Yang Tersangkut Di Tekak

Dia Dah Terkulai Layu Darah Keluar Dari Mulut Anak Nyaris Maut Tercekik Mainan Kecil Yang Tersangkut Di Tekak

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 586 hits
Ketika sedang menidurkan anak si ibu terkejut apabila terdengar bunyi pelik yang datang kerongkong anaknya Sebaik saja diperiksa alangkah terkejutnya apabila dia mendapati terdapat objek kecil di dalamnya Maddy Grantham berkata dia masih ra...
Rayuan Dibuat Terhadap Kes 8 Remaja Berbasikal Maut Dirempuh

Rayuan Dibuat Terhadap Kes 8 Remaja Berbasikal Maut Dirempuh

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 415 hits
Jurual jual yang berumur 24 tahunRentetan keputusan yang dikeluarkan oleh magistrate yang membebaskan wanita tersebut Pihak pendakwa raya telah menfailkan rayuan terhadap keputusan yang dilakukan tersebut Keputusan itu dicapai setelah pihak...
Terkini Enam Sekeluarga Termasuk Kanak Kanak Maut Dalam Serangan Roket Israel

Terkini Enam Sekeluarga Termasuk Kanak Kanak Maut Dalam Serangan Roket Israel

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 496 hits
Pertempuran tercetus selepas Israel membunuh komander Islamic Jihad pada Selasa lalu Tidak lama selepas itu pihak Palestin bertindak balas mengepung Israel Sebagai tindak balas serangan roket tersebut israel melancarkan beberapa serangan ud...
Taiwan Cadang Hukuman Mati Terhadap Pemandu Mabuk

Taiwan Cadang Hukuman Mati Terhadap Pemandu Mabuk

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 497 hits
Taiwan merancang untuk melaksanakan hukuman mati terhadap pesalah yang menyebabkan kemalangan maut ketika memandu dalam keadaan mabuk bagi kes serius Bagaimanapun inisiatif itu mendapat tentangan hebat daripada kumpulan hak asasi Pihak berk...
Cemburu Dipercayai Punca Pergaduhan Yang Akibatkan Pelajar Tahfiz 7 Tahun Maut

Cemburu Dipercayai Punca Pergaduhan Yang Akibatkan Pelajar Tahfiz 7 Tahun Maut

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 588 hits
KUANTAN Cemburu dipercayai menjadi punca pergaduhan sekumpulan pelajar sebuah pusat tahfiz di Lanchang Temerloh yang berakhir dengan kematian seorang pelajar cilik pusat tahfiz itu yang berusia tujuh tahun Mohammad Aimin Nurul Amin pada Kha...
Program Cerahi Kehidupan Bersama Top Kini Kembali Buat Tahun Ke 5 Untuk Menceriakan Kehidupan Kanak Kanak Orang Asli

Program Cerahi Kehidupan Bersama Top Kini Kembali Buat Tahun Ke 5 Untuk Menceriakan Kehidupan Kanak Kanak Orang Asli

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 581 hits
Program Cerahi Kehidupan Bersama Top Kini Kembali buat tahun ke 5 Untuk Menceriakan Kehidupan Kanak kanak Orang Asli TOP penerima Putra Brand Award 2019 Platinum untuk kategori produk isi rumah telah bekerjasama dengan TESCO menerusi kempen...
Kanak Kanak Lelaki Antara Mangsa Yang Maut Dalam Nahas 7 Kenderaan Di Lebuhraya Plus Semalam

Kanak Kanak Lelaki Antara Mangsa Yang Maut Dalam Nahas 7 Kenderaan Di Lebuhraya Plus Semalam

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 338 hits
Empat termasuk seorang kanak kanak maut dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer 317 Lebuhraya Utara Selatan malam tadi Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Perak berkata pihaknya menerima panggilan mengen...
Lidi Sosej Tertusuk Ke Dalam Mulut Hingga Tembus Ke Otak Budak 2 Tahun Kritikal

Lidi Sosej Tertusuk Ke Dalam Mulut Hingga Tembus Ke Otak Budak 2 Tahun Kritikal

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 474 hits
Kanak kanak lelaki berusia dua tahun tertusuk lidi ke dalam mulut sehingga tembus ke bahagian otak selepas terjatuh ketika makan sosej yang dibeli ibunya Dalam kejadian yang berlaku pada 20 Oktober di Quijing China si ibu terdahulu membeli ...
Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style

Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

Perkasakan Ekonomi Melayu Harus Jdi Keutgamaan Bermula Dengan Langkah Apertama

Develop A Scalable Business Model

Aktiviti Majlis Sambutan Aidilfitri Meriah Raya Span Ppim 21 04 2025

Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Terus Melangkah Uk Setuju Bantu Malaysia Dalam Teknologi Dan Inovasi Baharu Fadillah

9 Tips Mudah Kurangkan Resdung

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

Kashmir Killings Not Just Attack On India But Humanity

Dap And Pkr S Missing Indian Leaders In Ayer Kuning By Election A Cause For Concern

Petua Simpan Santan Segar