Gagal Capai Jangkaan Penonton Banding King The Land Dengan Business Proposal
Baru sahaja bersiaran namun sudah ramai yang memberikan pandangan tersendiri mengenai plot drama “King The Land”.
ARTIKEL BERKAITAN
Meski Latar Belakang Seakan Sama, 'King The Land' Lebih Popular Dari 'See You In My 19th Life'?
Terbaru, satu outlet media Korea telah menulis bagaimana penonton membandingkan drama tersebut dengan naskhah yang pernah popular satu ketika dahulu iaitu “Business Proposal”. Walaupun diterajui oleh Yoon-ah dan Jun-ho namun katanya drama itu tidak mancapai jangkaan yang diletakkan penonton. Ada yang menunding jari pada perincian yang mengecewakan seperti kandungan tak natural, arahan klise dan dialog yang ‘ketinggalan zaman’.
Dari awal Goo Won (Jun-ho) muncul sebagai pelatih praktikal, dia kelihatan menonjol berbanding yang lain. Dengan babak di mana dia hadir ke tempat kerja menggunakan payung terjun, ianya sama dengan babak yang pernah ditonjolkan dalam drama “Gaus Electronics” pada tahun lalu. Kenapa babak itu diambil semula?
Babak di mana Goo Won mendedahkan kepada semua bahawa dia adalah anak pengerusi juga sangat klise meskipun mungkin dianggap sebagai ‘cool’ oleh pihak produksi. Bahkan babak di mana staf lain terperanjat apabila mengetahui identiti sebenarnya selain mengambil seorang lagi pelatih praktikal yang teraniaya sebagai pembantunya juga agak ‘lama’ dan sudah basi.
Bukan itu sahaja, watak yang dipaparkan di dalam “King The Land” juga agak kurang matang terutamanya watak pengurus di hotel yang sering merendah-rendahkan Cheon Sa-rang (Yoon-ah).
Awak ini tak berapa cantik pun.
Sepertinya drama ini menguatkan dakwaan bahawa wanita lain akan sentiasa mencari pasal dengan wanita lain yang lebih cantik. Babak di mana pengurus itu turut melayan baik pembantu Goo Won kerana menyangka bahawa dia ialah anak pengerusi sebenar juga dikatakan menimbulkan rasa kurang senang penonton.
Sebaliknya, lain pula situasi dengan “Business Proposal”. Walaupun latar belakangnya tipikal, tapi ianya memecahkan tembok ‘klise’ dengan arahan unik dan dialog yang menghiburkan. Walaupun hubungan antara watak seakan sama, tapi dialog sofistikated fan keserasian antara pelakon adalah baru dan segar. Oleh sebab itu, penonton tidak bosan sepanjang perkembangan plot.
Efek visual yang digunakan juga sangat menyeronokkan buat pengalaman penonton. Dari babak di mana Kang Tae-moo (Ahn Hyo-seop) berubah dari gambar kepada watak dunia sebenar. Efek di mana pakaian berubah apabila Shin Ha-ri (Kim Se-jeong) menukar baju lain selain dialog yang disunting dengan pelbagai visual sekaligus memaparkan karakteristik unik drama yang diadaptasi dari webtoon.
Bahkan “Business Proposal” turut memaparkan isu kesamaan gender dengan baik apabila menyelar watak lelaki yang mengatakan staf wanita pastinya akan menggunakan info status mengenai Kang Tae-moo untuk kepentingan mereka. Balas staf wanita lain,
Mereka juga pekerja, bukan pekerja wanita. Jangan tujukan ayat berbaur seksis. Daripada bercakap mengenai menaikkan status, apa kata fokus dahulu untuk mengesahkan dokumen.
Konklusinya, “Business Proposal” mengambil langkah bijak di mana mereka menggunakan babak klise untuk mendekati penonton dengan lebih mudah. Ianya memenuhi keseluruhan aspek cerita dengan kisah baru yang segar.
Pun begitu, “King The Land” menerima kritikan kerana berterusan menggunakan plot klise berulang. Ini membuktikan bahawa tak semestinya premis yang sama akan menjanjikan kejayaan buah sesebuah drama.
Namun, masih terlalu awal untuk menghukum “King The Land”. Setakat ini, ianya berjaya meraih rating lebih 9% dan tak mustahil mengalahkan rekod rekod terbaik “Business Proposal” iaitu 11.6%.
Apa kata korang?
*pendapat ini diambil dari media Korea dan tidak selari dengan pandangan KimchiDaily
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/gagal-capai-jangkaan-penonton-banding-king-the-land-dengan-business-proposal/