Gadis Ini Nekad Bangun Buka Lampu Bilik Selepas Rasa Sesuatu Di Lehernya Apa Yang Dia Nampak Buatnya Menjerit
Tidur lena seorang remaja perempuan terganggu selepas dikejutkan dengan kehadiran seekor ular sawa sepanjang dua meter di atas katilnya dalam kejadian di Tingkat 14 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Padang Hiliran, Kuala Terengganu, hari ini.
Kejadian dipercayai berlaku pada 4.20 pagi ketika mangsa, Nor Alia Aqilla Jamaluddin, 18, yang sedang tidur dikejutkan dengan kehadiran objek lembik di lehernya.
Dia yang bekerja di sebuah kedai makan nekad bangun dan membuka lampu bilik sebelum ternampak seekor ular sawa melingkar di atas katilnya.
“ Saya rasa ada benda lembik di leher dan tidak sangka rupa-rupanya ia seekor ular sawa sebelum menjerit memanggil ibu saudara, Nor Elida Khaibir, 27, yang berada di bilik sebelah,” katanya.
Sementara itu, Nor Elida berkata, dia yang sedang tidur terjaga apabila anak saudaranya menjerit memanggil namanya sambil memaklumkan ada ular di dalam biliknya.
“ Saya pergi ke biliknya dan nampak reptilia itu di atas katil lalu menghubungi bomba untuk bantuan sebelum kami duduk di luar rumah sementara menunggu kedatangan bomba.
“ Saya tidak tahu bagaimana ia boleh masuk ke dalam rumah sedangkan kami duduk di tingkat tinggi.
“ Memang terkejut sangat, namun saya bersyukur tiada kejadian buruk berlaku,” kata ibu kepada dua anak lelaki berusia tiga dan lima tahun itu.
Sementara itu, Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Penolong Kanan Penguasa Bomba Shahrizal Shamsudin berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada 4.58 pagi sebelum empat anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu bergegas ke lokasi kejadian.
“ Pemeriksaan mendapati ular sawa itu menyorok di bawah katil dan kami menangkapnya pada 5.20 pagi.
“ Kami tidak mengambil masa yang lama untuk menangkapnya sebelum membawanya ke balai untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sementara itu, dakwaan kononnya seorang kanak-kanak hampir dibelit ular sawa itu disahkan tidak benar dan bertujuan sengaja disensasikan.
Ketua BBP Kuala Terengganu, Timbalan Penguasa Bomba Rozizah Abni Hajar berkata, berita itu tidak benar kerana ular sawa sepanjang dua meter itu ditangkap dengan mudah.
“ Kami tangkap dan bawa ke balai. Ia akan dilepaskan ke kawasan hutan jauh daripada kawasan penempatan penduduk.
“ Berdasarkan keterangan daripada pemilik rumah berkenaan, kejadian itu tidak berlaku dan saya harap orang ramai berhenti menyebarkan berita tidak tepat,” katanya ketika dihubungi.
Mengulas mengenai kejadian itu, Rozizah berkata, keadaan cuaca panas mungkin menjadi faktor ular itu masuk ke dalam rumah kerana ingin mencari tempat yang sejuk.
“ Ini kali pertama kami dapat kes seperti ini. Biasanya, reptilia ini menyelinap masuk ke dalam rumah kampung yang terletak berhampiran hutan atau paya.
“ Kami hairan memikirkan macam mana ular sawa itu boleh menyelinap masuk ke rumah flat yang berada di tingkat 14.
“ Dalam hal ini, saya menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan memastikan semua pintu serta tingkap tidak terlalu terdedah manakala laluan tikus ditutup bagi mengelak kehadiran reptilia ini,” katanya.
Lihat video di bawah
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber : hmetro & FB Buletin TV3
The post Gadis Ini Nekad Bangun Buka Lampu Bilik Selepas Rasa Sesuatu di Lehernya. Apa Yang Dia Nampak Buatnya Menjerit appeared first on Suara Viral Malaysia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://suaraviral.org/gadis-ini-nekad-bangun-buka-lampu-bilik-selepas-rasa-sesuatu-di-lehernya-apa-yang-dia-nampak-buatnya-menjerit/