Pelakon Atikah Suhaime Akhirnya Buka Mulut Selepas Awi Rafael Dan Keluarga Batal Pernikahan


Pelakon Atikah Suhaime mengakui, sebagai wanita dia berasa kecewa apabila majlis perkahwinannya dengan penyanyi Awi Rafael dibatalkan, hanya beberapa hari sebelum ia sepatutnya berlangsung Ahad ini.
Bagaimanapun Atikah atau Nur Atikah Mohd Suhaime berkata, dia akur dengan keputusan itu atas permintaan keluarga.

” Sebagai seorang perempuan biarlah pihak lelaki yang memberi jawapan dahulu. Saya hanya boleh katakan kami tiada jodoh untuk bersama.
” Saya akur dengan keputusan keluarga dan saya amat menghormati Awi dan keluarganya,” ujarnya aktres berusia 28 tahun itu kepada mStar Online.
Awi atau Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael dan Atikah mengikat tali pertunangan pada 17 Mac tahun lalu di Singapura.
Pada pagi Khamis, Awi menerusi Instagramnya mengumumkan telah menarik diri daripada majlis perkahwinan mereka atas sebab tertentu.
Atikah minta diberikan ruang Dalam pada itu Atikah berkata, dia meminta ruang dan akan menjelaskan perkara yang berlaku bila sudah bersedia.
” Saya minta maaf. Saya akan keluarkan kenyataan bila saya sudah bersedia. Saya berharap semua peminat dan rakan media serta rakan industri memahami situasi saya sekarang.
” Saya juga berharap diberi sedikit ruang dan waktu untuk saya ketika ini. Doakan yang terbaik buat saya,” ujarnya.
Sementara itu, menerusi kenyataan pihak Warner Music Malaysia mewakili Awi memohon maaf kepada semua pihak termasuk media dan meminta supaya memberi ruang serta masa kepada penyanyi berkenaan yang kini berada di Singapura bersama keluarganya.

Majlis pernikahan penyanyi Awi Rafael dan pelakon Atikah Suhaime yang sepatutnya berlangsung pada Ahad ini di Singapura dibatalkan secara tiba-tiba.
Awi, 33, menerusi laman Instagram pada Khamis memberitahu dia sudah mencuba yang terbaik terhadap bekas tunangnya serta keluarga untuk persediaan majlis tersebut.
Niat bawa Atikah ke jalan Allah Menurut Awi, dia membuat keputusan untuk bertunang tahun lalu kerana berniat membawa pelakon itu ke jalan Allah.
Bagaimanapun, Awi menganggap dugaan baru itu terlalu berat buatnya memandangkan dia masih mempunyai ibu serta perlu menjaga maruah keluarga.
” Awi harap semua teman akan faham. Awi sudah cuba buat yang terbaik untuk dia dan Awi sekeluarga sudah pun bersedia untuk Ahad ni.
” Niat dihati adalah untuk membina masjid, menutup aib dia yang dulu dan membawa dia ke jalan tuhan bersama ke arah hidup baru. Kerana itu Awi tawakal dan terus tunang sejak tahun lalu.
“Namun Awi juga mempunyai ibu dan maruah keluarga. Terlalu berat dugaan baru kali ini. Awi harap kawan-kawan semua akan faham. Dahla, Awi pun tak ingin buka aib sesiapa,” katanya.
Awi atau Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael dan Atikah mengikat tali pertunangan pada 17 Mac tahun lalu di Singapura.
Buat keputusan lepas solat istiqarah Dalam pada itu, Awi beranggapan apa yang terjadi merupakan jawapan saat akhir untuk solat istikarah yang dilakukannya.
Menurut Awi, dia akan membayar semula tiket penerbangan ke Singapura dan sebagainya yang telah ditempah ahli keluarga terdekat.
Malah, Awi turut akan menghubungi pihak penaja perkahwinannya untuk didermakan kepada rumah kebajikan kanak-kanak.
” Jodoh di tangan Tuhan dan mungkin solat istikarah Awi pun telah dijawab di saat-saat akhir ini. Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang sentiasa sokong dan sayang.
” Jangan risau saya akan bayar balik semua yang sudah membeli tiket penerbangan dan sebagainya. Terima kasih untuk hubungi saya.
” Kepada penaja untuk kad perkahwinan, kek dan makanan serta sebagainya, jangan risau saya akan hubungi anda juga. Kita boleh berikan kepada rumah kebajikan kanak-kanak,” ujarnya.
Lihat video di bawah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber : mstar
The post Pelakon Atikah Suhaime Akhirnya ‘Buka Mulut’ Selepas Awi Rafael Dan Keluarga Batal Pernikahan. appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suaraviral.org/atikah-suhaime-akhirnya-buka-mulut-selepas-awi-rafael-dan-keluarga-batal-pernikahan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Tidak Jadi Kahwin Ini Nasihat Deep Sharnaaz Ahmad Buat Atikah Suhaime Dan Awi Rafael

Hiburan Tidak Jadi Kahwin Ini Nasihat Deep Sharnaaz Ahmad Buat Atikah Suhaime Dan Awi Rafael

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 392 hits
Agak jarang sebenarnya pelakon Sharnaaz Ahmad memberikan komen tentang isu percintaan mahupun perkahwinan selebriti namun kali ini beliau terbuka hati untuk memberikan nasihat serta kata kata semangat buat Awi Rafael dan Atikah Suhaime yang...
Saya Yang Batalkan Sebenarnya Majlis Perkahwinan Itu Bapa Atikah Suhaime Perbetul Kenyataan Awi Rafael

Saya Yang Batalkan Sebenarnya Majlis Perkahwinan Itu Bapa Atikah Suhaime Perbetul Kenyataan Awi Rafael

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 839 hits
Kecoh apabila pernikahan antara Atikah Suhaime dan Awi Rafael yang sepatutnya berlangsung Ahad ini dibatalkan secara tiba tiba Awi Rafael menerusi kenyataan video di laman Instagram menegaskan bahawa dia terpaksa menarik diri dan membatalka...
Punca Perkahwinan Awi Rafael Dan Atikah Suhaime Dibatalkan

Punca Perkahwinan Awi Rafael Dan Atikah Suhaime Dibatalkan

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 418 hits
Pelakon Atikah Suhaime mengakui sebagai wanita dia berasa kecewa apabila majlis perkahwinannya dengan penyanyi Awi Rafael dibatalkan hanya beberapa hari sebelum ia sepatutnya berlangsung Ahad ini Bagaimanapun Atikah atau Nur Atikah Mohd Suh...
Hiburan Awi Rafael Dan Atikah Suhaime Tidak Jadi Kahwin

Hiburan Awi Rafael Dan Atikah Suhaime Tidak Jadi Kahwin

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 324 hits
Majlis perkahwinan selebriti Atikah Suhaime dan Awi Rafael yang dijadualkan berlangsung pada Ahad ini 17 Mac dibatalkan pada saat akhir Berita itu diumumkan sendiri oleh Atikah menerusi akaun Instagramnya Atikah berkata mereka bekerja keras...
Hiburan Ucapan Terakhir Awi Rafael Buat Atikah Suhaime Sangat Menyentuh Hati

Hiburan Ucapan Terakhir Awi Rafael Buat Atikah Suhaime Sangat Menyentuh Hati

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 572 hits
Walaupun hasrat untuk berkahwin tidak kesampaian serta dihimpit dengan pelbagai isu penyanyi Awi Rafael tetap positif dan mendoakan agar bekas tunangnya Atikah Suhaime dapat meneruskan kehidupan dengan baik Awi menerusi akaun Instagramnya m...
Saya Dan Keluarga Dah Buat Keputusan Untuk Tarik Diri Awi Rafael Umum Tidak Akan Kahwin Dengan Atikah Suhaimi

Saya Dan Keluarga Dah Buat Keputusan Untuk Tarik Diri Awi Rafael Umum Tidak Akan Kahwin Dengan Atikah Suhaimi

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 463 hits
Penyanyi terkenal Awi Rafael menerusi Instagramnya telah mengumumkan bahawa dirinya tidak jadi berkahwin bersama pelakon kecil molek Atikah Suhaimi Majlis perkahwinan mereka yang dijadualkan berlangsung pada Ahad ini 17 Mac terpaksa dibatal...
Selepas Hampir Dua Bulan Sultan Muhammad V Letak Jawatan Rakyat Negeri Kelantan Buka Mulut Dan Luah Sesuatu

Selepas Hampir Dua Bulan Sultan Muhammad V Letak Jawatan Rakyat Negeri Kelantan Buka Mulut Dan Luah Sesuatu

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 658 hits
Imam Pertama Masjid Al Sultan Ismail Petra Kubang Kerian Sabri Abdullah meluahkan rasa rindunya untuk mengimamkan solat Jumaat yang turut dihadiri Sultan Kelantan Sultan Muhammad V Masjid Al Sultan Ismail Petra katanya sering menjadi masjid...
Atikah Suhaimie Mohon Henti Kecam Awi Rafael

Atikah Suhaimie Mohon Henti Kecam Awi Rafael

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 664 hits
Berita mengenai pembatalan perkahwinan Awi Rafael dan Atikah Suhaimie ternyata mengejutkan ramai pihak Mana tidaknya hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi menjelang The post appeared first on
Janganlah Kita Manusia Jadi Tuhan Mahupun Malaikat Batal Kahwin Awi Rafael Kena Tarbiah Pula Dengan Norish Karman

Janganlah Kita Manusia Jadi Tuhan Mahupun Malaikat Batal Kahwin Awi Rafael Kena Tarbiah Pula Dengan Norish Karman

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 404 hits
Pelakon Norish Karman hari ini meluahkan rasa kesal terhadap segelintir kaum lelaki yang sanggup membatalkan perkahwinan gara gara kisah silam wanita yang mahu dinikahinya Luahan ini telah dikongsikan menerusi akaun instagram Norish di IG s...
Rethink Strategy To Increase Organ Donation Rate

Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Corn Seller Goes Viral For Racist Notice Sorry Ini Jagung Tiada Jual Sama Orang Keling

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Membaca Amalan Baik Untuk Mencipta Kejayaan

Mercedes Amg Sl 63 Manufaktur Golden Coast A Limited Edition Masterpiece

Spm 2025 Trial Paper Questions Answers


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Lirik Lagu Selendang Ibunda Iman Troye

Teknologi Instalasi Listrik Modern Yang Mengurangi Konsumsi Daya

Kdnk Positif Pakar Saran Kerajaan Perkukuh Langkah Strategik Demi Kesejahteraan Rakyat

Menatap Indahnya Gunung Fuji Dari Tepian Tasik Kawaguchi

Lawatan Penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia Ke Center Of Technology Politeknik Ungku Omar Ipoh

Singgah Lunch Di Kafe Olla Janda Baik