Gadis Hilang Seminggu Ditemukan Bergayut Pada Akar Pokok
PASIR PUTEH - Seorang gadis hilang sejak Rabu lalu selamat ditemukan  kira-kira 55km dari rumahnya di Kampung Guntong dalam keadaan bergayut  pada akar pokok berhampiran tebing sungai di Felcra Kruak, Jertih,  Terengganu tengah hari semalam.
   Hanis Syamimi Yusuff, 20, ditemui dalam keadaan keadaan lemah,  kelaparan dan kesejukan kerana berada di dalam sungai selepas hampir  seminggu hilang.
 Sepupu mangsa, Mohd Hafiz Zahari, 35, berkata,  ibu Hanis, Nasarah Muhammad, 56, ialah insan paling gembira mendapat  perkhabaran anak tunggalnya selamat ditemukan pada jam 3 petang itu.
   "Saya ada bertanya Hanis macam mana dia boleh sampai sejauh ini  dengan motosikal. Dia beritahu apa yang berlaku itu di luar kawalannya  selepas terdengar satu suara memanggil-manggil namanya.
 "Selepas  tersedar, dia terkejut apabila mendapati dirinya sudah berada di dalam  sungai," katanya ketika di hubungi Sinar Harian di sini hari ini.
  Hanis dalam keadaan kelaparan serta badan lemah dan kesejukan kerana berada di dalam sungai selepas hampir seminggu hilang. 
  Menurutnya, tangki minyak motosikal milik Hanis juga penuh  sedangkan sepupunya itu langsung tidak memiliki wang ketika keluar dari  rumah.
 "Hanis dibawa ke Hospital Jertih untuk pemeriksaan lanjut  sebelum dibawa pulang ke rumah. Saya bersyukur pada ALLAH Hanis  ditemukan dalam keadaan selamat," katanya.
 Terdahulu, Mohd Hafiz  memberitahu, dia bergegas ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh  untuk mendapatkan bantuan selepas membaca entri di laman sosial Facebook  Anak-Anak Jertih berhubung penemuan motosikal ditunggang Hanis.  
 Hanis berjaya dijejaki selepas Mohd Hafiz  membaca entri di laman sosial Facebook Anak-Anak Jertih berhubung  penemuan motosikal yang ditunggang Hanis. 
    "Anggota di IPD Pasir Puteh berhubung dengan Balai Polis Pasir  Akar, Jertih untuk bantuan. Saya kemudian bergerak ke lokasi motosikal  untuk menjejak kedudukan Hanis.
 "Saya dan beberapa pekerja ladang  serta pihak berkuasa terlibat dalam gerakan mencari dan mengesan  kedudukan Hanis terpaksa meredah kawasan berbukit dan ladang kelapa  sawit sebelum jumpa dia.
 "Terima kasih kepada polis dan pekerja  ladang yang sanggup membantu dan turun ke dalam sungai untuk  menyelamatkan Hanis," katanya.
 Sinar Harian 16 Mei lalu  melaporkan, seorang gadis dari Kampung Guntong di sini dikhuatiri hilang  selepas keluar dari rumah dengan menunggang sebuah motosikal secara  berseorangan.
MR :  Keluar dengan mahram sebaik-baik pilihan
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


  ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
   
  


 
 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/05/gadis-hilang-seminggu-ditemukan.html