Bersatu Pahang Hilang Arah



WFAUZDIN NS
Saya masih ingat sewaktu Bersatu di Pahang mula-mula ingin berkembang, mereka menjual nama Tun M ke hulu ke hilir untuk menarik sokongan orang-orang Melayu khususnya untuk menyertai Bersatu atas alasan Umno adalah parti kleptokrat yang wajib ditentang.
Kebanyakan yang berjaya ditarik untuk menyertai Bersatu itu adalah bekas ahli-ahli Umno termasuk dari kalangan anak-anak muda. Mereka sanggup tinggalkan Umno kerana yakin Bersatu adalah parti yang boleh menggantikan Umno sebagai parti melayu yang lebih bermaruah.
Malangnya, apabila Muhyidin selaku Presiden Bersatu yang begitu kemaruk untuk menjadi PM segera, beliau sanggup menjual maruah Bersatu bahkan maruah dirinya sendiri apabila tergamak meninggalkan PH yang selama ini begitu banyak berkorban kepada parti yang beliau asaskan bersama Tun M itu untuk bekerjasama dengan Umno bagi membolehkan dirinya menjadi PM tanpa mandat rakyat.
Terdengar suara-suara kesal ahli-ahli Bersatu kerana terasa diri mereka dihina dan maruah mereka dipermainkan. Apa gunanya mereka keluar dari Umno dulu kalau sekarang Bersatu mendakap Umno kembali tanpa rasa malu dan bersalah? Kalau diketahui begini keadaannya, lebih baik mereka kekal dengan Umno dulu, kata mereka.
Bagi saya, ada hikmahnya. PH tidak perlu membersihkan parti gabungan ini dari kumpulan yang hanya fikirkan perut mereka. Akhirnya mereka sendiri keluar tanpa dihalau. Baru kita tahu selama ini mereka berjuang untuk apa. Mereka ini tidak pernah merasa susah, maka lojiklah mereka akan kembali melutut kepada Umno.
Kita simpati dengan nasib Bersatu. Umno terang-terangan tidak mengiktiraf PN sekarang, umno cuma mahu tumpang sekaki hasil dari pengkhianatan kumpulan Muhyidin dan Azmin. Umno lebih mencintai Pas. Ini jelas dilihat dari tindak tanduk Umno sekarang terhadap Muhyidin dan Bersatu.
Mukhriz selaku Timbalan Presiden Bersatu amat faham perangai Umno. Mukhriz sedar akhirnya nanti Bersatu akan berkubur dan disepak oleh Umno sebagaimana Umno pernah menyepak Pas dulu apabila parti mereka telah kuat nanti.
Di Pahang, saya akui tidak semua ahli dan penyokong Bersatu redha dengan pengkhianatan oleh Muhyidin ini. Sebab itulah hanya separuh sahaja wakil Armada dari semua Bahagian di Pahang yang secara terbuka menyatakan sokongan kepada Muhyidin. Akar umbi masih keliru tentang status Bersatu kerana Tun M selaku Pengerusi Bersatu masih kekal untuk menyokong PH, Manakala Presidennya Muhyidin ingin bersama Umno yang telah mencampakkannya dulu.
Saya harap bukan sahaja Armada, tetapi adalah wajar kesemua Ketua Bahagian Bersatu di Pahang berani untuk menyatakan secara terbuka bahawa mereka juga akan menyokong Muhyidin untuk bekerjasama dengan Umno. Mereka mesti berani mengakui bahawa Bersatu di Bahagian masing-masing menolak Tun M yang mahu kekal bersama PH.
Sikap terus terang ini penting agar membolehkan ahli-ahli Bersatu di bawah membuat keputusan samada ingin bersama Muhyidin untuk bergabung semula dengan parti Najib dan Zahid Hamidi itu atau menyokong PH untuk terus melawan rasuah dan mengembalikan semula mandat rakyat yang telah dirompak itu.
Buat masa ini, saya lebih suka agar PH di Pahang hanya melibatkan tiga parti asal iaitu Keadilan, Amanah dan Dap. Ini lebih memudahkan kerja kita terutamanya di dalam pengagihan Kerusi pada PRU15 nanti. Kita akan melihat nanti bagaimana Bersatu akan melutut dan merayu kepada umno dan Pas untuk mendapatkan sebiji Kerusi sahaja di Pahang.
Orang tamak selalu rugi. Pengkhianat pasti akan dikhianati.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/27535

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ke Mana Arah Bersatu Pahang

Ke Mana Arah Bersatu Pahang

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 212 hits
Saya masih ingat sewaktu Bersatu di Pahang mula mula ingin berkembang mereka menjual nama Tun M ke hulu ke hilir untuk menarik sokongan orang orang Melayu khususnya untuk menyertai Bersatu atas alasan Umno adalah parti kleptokrat yang wajib...
Umno Pi Mai Pi Mai Tang Tu Bersatu Hilang Modal Dalam Pasar Politik

Umno Pi Mai Pi Mai Tang Tu Bersatu Hilang Modal Dalam Pasar Politik

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 363 hits
Saya teringat kepada satu sitkom yang sangat popular satu ketika dahulu bernama Pi Mai Pi Mai Tang Tu Drama itu berkisar sekitar isu masyarakat di kawasan Flat Sri Wangi tetapi isu yang diutarakan akhirnya tidak ke mana macam orang Penang c...
Why Debate Ge Seats Now As Gov T Focuses On Health Economic Crises Bersatu Man

Why Debate Ge Seats Now As Gov T Focuses On Health Economic Crises Bersatu Man

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 371 hits
Bersatu supreme council member Dr Muhammad Faiz Na aman took aim at fellow Bersatu leader and party deputy president Mukhriz Mahathir for allegedly politicking at a time when the Perikatan Nasional government was focussed on overcoming the ...
Pahang Tidak Pernah Melantik Individu Urus Agihan Bantuan

Pahang Tidak Pernah Melantik Individu Urus Agihan Bantuan

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 288 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang tidak pernah melantik orang perseorangan untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat di negeri ini Exco Kebudayaan Perpaduan Kebajikan Masyarakat Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang Datuk Shahaniza Shamsuddin b...
Zakat Pahang Secara Online Tiada Khidmat Amil Tahun Ini

Zakat Pahang Secara Online Tiada Khidmat Amil Tahun Ini

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 460 hits
KUANTAN Majlis Ugama Islam Adat Resam Melayu Pahang telah menetapkan tiada khidmat Amil akan digunakan untuk kutipan zakat fitrah tahun ini Proses pembayaran zakat fitrah bagi Negeri Pahang Darul Makmur akan menggunakan sistem online sepenu...
Resipi Ikan Patin Masak Tempoyak Temerloh Pahang

Resipi Ikan Patin Masak Tempoyak Temerloh Pahang

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 801 hits
Ikan Patin Masak Tempoyak sebenarnya mempunyai banyak versi Saya sendiri pernah makan versi Temerloh dan versi Perak Tapi antara dua dua resipi ni saya lebih gemar pada resipi asli dari Temerloh Kalau versi Perak diorang gunakan taugeh dala...
Mufti Pahang Dan Pulau Pinang Gesa Henti Polimik Rohingya

Mufti Pahang Dan Pulau Pinang Gesa Henti Polimik Rohingya

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 320 hits
PETALING JAYA Dua orang mufti mengingatkan masyarakat Muslim di Malaysia bahawa Islam menghendaki penganutnya sentiasa bersimpati dan berkasih sayang antara satu sama lain Ini susulan serangan bertali arus yang mengkritik dan mengecam pelar...
Ashari Samsudin Sah Ke Pahang Fc 2017

Ashari Samsudin Sah Ke Pahang Fc 2017

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 222 hits
Pemenang Kasut Emas 2010 Mohammad Ashari Samsudin mengesahkan akan meninggalkan pasukan negeri kelahirannya Terengganu dan menyertai Pahang untuk saingan musim 2017 Digelar The Silent Killer oleh peminat pasukan Terengganu Ashari 31 memulak...
Pkp Pahang Kekal Keputusan Pusat Akan Di Kaji Perhalusi

Pkp Pahang Kekal Keputusan Pusat Akan Di Kaji Perhalusi

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 299 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan Negeri Pahang perlu mengkaji dan memperhalusi keputusan Kerajaan Pusat berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang bermula esok Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata langkah itu perlu di...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba