
 Hanis Syamimi ditemui dalam keadaan lemah dan tidak bermaya selepas hilang seminggu. Gambar kanan, motosikal yang dinaiki Hanis tersadai di dalam selut di bukit Felcra Kruak kira-kira 55 kilometer dari rumahnya. - Foto ihsan keluarga Sepupunya, Mohd Hafiz Zahari, 35, berkata, selepas tular kisah kehilangan Hanis ada individu yang memberi maklumat terlihat motosikal yang dinaiki gadis itu tersadai di dalam selut di bukit Felcra Kruak kira-kira 55 kilometer dari rumahnya.Katanya, hasil laporan itu dia dan ahli keluarga serta penduduk Felcra bersama anggota polis bekerjasama mencari Hanis di kawasan motosikal dia ditemui."Hanis ditemui di tengah sungai, berpaut di akar pokok dalam keadaan lemah dan tidak bermaya," katanya ketika ditemui di Kampung Guntong, di sini, malam ini.Hafiz berkata, Hanis memaklumkan sepanjang seminggu hilang, dia hanya makan nasi goreng diberikan penduduk, namun enggan keluar dari sungai meskipun dipujuk penduduk kampung.Katanya, polis juga mengambil masa untuk memujuk Hanis keluar dan menyeberang sungai."Dia beritahu keluarga, ada orang memanggil namanya untuk ke sungai itu walhal dia tidak pernah sampai ke sana dan keluarga juga percaya dia berada di situ selepas motosikalnya tersangkut di dalam selut," katanya.Hafiz berkata, sepupunya itu mengalami kemurungan dan beberapa hari sebelum hilang dia dilihat sering bercakap seorang diri.Katanya, Hanis adalah anak tunggal kepada Nasarah dan sedang belajar semester dua dalam pengajian Seni Digital di Politeknik Arau, Perlis.Hanis pulang ke kampung pada 30 April lalu dan dipercayai mengalami tekanan perasaan.Menurutnya, Hanis yang tinggal berdua bersama ibunya selepas kehilangan bapa sejak 2008 dan hanya mengharapkan wang pencen arwah bapa bagi menampung kehidupan mereka berdua.Sementara itu, Nasarah berkata, anaknya mengalami masalah emosi sejak Tingkatan Lima dan kurang bersosial kerana sering berasa rendah diri."Saya syukur kerana dia selamat dan tidak cedera walaupun ditemui dalam bukit yang jauh dari rumah, dia anak yang baik cuma alami tekanan perasaan, kami juga orang susah, mungkin banyak sebab dia rasa tertekan," katanya.
 Hanis Syamimi ditemui dalam keadaan lemah dan tidak bermaya selepas hilang seminggu. Gambar kanan, motosikal yang dinaiki Hanis tersadai di dalam selut di bukit Felcra Kruak kira-kira 55 kilometer dari rumahnya. - Foto ihsan keluarga Sepupunya, Mohd Hafiz Zahari, 35, berkata, selepas tular kisah kehilangan Hanis ada individu yang memberi maklumat terlihat motosikal yang dinaiki gadis itu tersadai di dalam selut di bukit Felcra Kruak kira-kira 55 kilometer dari rumahnya.Katanya, hasil laporan itu dia dan ahli keluarga serta penduduk Felcra bersama anggota polis bekerjasama mencari Hanis di kawasan motosikal dia ditemui."Hanis ditemui di tengah sungai, berpaut di akar pokok dalam keadaan lemah dan tidak bermaya," katanya ketika ditemui di Kampung Guntong, di sini, malam ini.Hafiz berkata, Hanis memaklumkan sepanjang seminggu hilang, dia hanya makan nasi goreng diberikan penduduk, namun enggan keluar dari sungai meskipun dipujuk penduduk kampung.Katanya, polis juga mengambil masa untuk memujuk Hanis keluar dan menyeberang sungai."Dia beritahu keluarga, ada orang memanggil namanya untuk ke sungai itu walhal dia tidak pernah sampai ke sana dan keluarga juga percaya dia berada di situ selepas motosikalnya tersangkut di dalam selut," katanya.Hafiz berkata, sepupunya itu mengalami kemurungan dan beberapa hari sebelum hilang dia dilihat sering bercakap seorang diri.Katanya, Hanis adalah anak tunggal kepada Nasarah dan sedang belajar semester dua dalam pengajian Seni Digital di Politeknik Arau, Perlis.Hanis pulang ke kampung pada 30 April lalu dan dipercayai mengalami tekanan perasaan.Menurutnya, Hanis yang tinggal berdua bersama ibunya selepas kehilangan bapa sejak 2008 dan hanya mengharapkan wang pencen arwah bapa bagi menampung kehidupan mereka berdua.Sementara itu, Nasarah berkata, anaknya mengalami masalah emosi sejak Tingkatan Lima dan kurang bersosial kerana sering berasa rendah diri."Saya syukur kerana dia selamat dan tidak cedera walaupun ditemui dalam bukit yang jauh dari rumah, dia anak yang baik cuma alami tekanan perasaan, kami juga orang susah, mungkin banyak sebab dia rasa tertekan," katanya.| Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini | 
 
				 
				 
				 
				 
				 
				 
				 
				 
				 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		