Gadis Buktikan Jantina Bukan Penghalang Bekerja Di Bidang Didominasi Lelaki


Azzman Abdul Jamal Syazwani buktikan golongan hawa juga mempunyai kekuatan untuk melakukan kerja berat.

Seorang wanita muda di Jelebu, Negeri Sembilan bekerja di sebuah ladang sawit milik datuknya di Felda Pasoh Empat, membuktikan wanita juga boleh melakukan pekerjaan yang sering dikaitkan sebagai satu pekerjaan sukar dan hanya sesuai dilakukan golongan lelaki kerana memerlukan kekuatan fizikal.
Nor Syazwani Norazaman yang berusia 20 tahun hanya tersenyum ketika ditemu bual MalaysiaNow, walaupun mempunyai saiz badan yang kecil, gadis itu tidak menjadikannya penghalang untuk melakukan kerja berat seperti mengangkat buah sawit yang dianggarkan seberat separuh berat badannya sendiri.
Syazwani berkata, dia mula bekerja di kebun ladang sawit milik datuknya sejak berusia 15 tahun selepas berhenti sekolah dan berpindah ke Felda Pasoh Empat di Jelebu, Negeri Sembilan kira-kira enam tahun lalu.
“Buat kerja di ladang sawit tidaklah begitu sukar apabila sudah tahu cara untuk melakukannya dengan betul. Bagi saya ini bukanlah sekadar kerja tetapi lebih kepada meluangkan masa bersama keluarga sambil menjana pendapatan,” katanya ketika ditemui MalaysiaNow.
“Saya bersama atuk serta beberapa sepupu dan bapa saudara akan datang ke kebun ladang sawit atuk untuk menuai hasil dua kali dalam sebulan.”
Separuh daripada tenaganya digunakan untuk memetik dan memungut buah kelapa sawit yang dikait, berat buah yang mampu diangkat oleh Syazwani sekitar 40kg dengan menggunakan cop besi di Felda Pasoh Empat, Jelebu.Menurut Syazwani, keluarganya juga sering meluangkan masa di kawasan kebun datuknya yang terletak kira-kira enam kilometer dari rumahnya dan mereka mempunyai pondok besar yang dibina dua tahun lalu untuk tidur dan hanya keluar dari kawasan ladang sekiranya ingin membasuh baju atau membeli barangan keperluan.
Selain bekerja di kebun datuknya yang dianggarkan seluas 10 ekar itu, Syazwani bersama bapa saudaranya juga mengutip upah dengan menuai hasil kebun milik penduduk tanah rancangan Felda berkenaan.
Bapa tirinya, Khairul Muhamad Senawi, 43, berkata selain dari menuai hasil kebun sawit, Syazwani juga disifatkan sebagai seorang yang serba boleh apabila mempunyai kemahiran lain yang menakjubkan.
Selepas pulang dari bekerja ladang, wani bersama dua bapa saudaranya, Amiruddin Masran dan Khairul Fahmi Masran duduk berehat di bahagian lori, manakala tangki dibelakang mereka merupakan sumber air bersih yang digunakan di pondok tinggal mereka di Felda Pasoh Empat, Jelebu. “Dia juga sering membantu saya bertukang apabila mendapat kerja membaiki rumah penduduk di kawasan ini. Antara tanggungjawabnya adalah membancuh simen dan dia memang pandai membuat kerja itu.
“Selain itu, dia juga berkemahiran menebar roti canai ketika ibunya memiliki kedai makan. Ia kini ditutup sementara waktu susulan penularan Covid-19,” katanya kepada MalaysiaNow.
Tular di media sosial
Kebolehan Syazawni bekerja di ladang kelapa sawit turut menarik perhatian ramai apabila gambarnya tular di laman media sosial seperti Facebook dan Twitter.
Malah, kemahirannya juga berjaya menarik perhatian Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang baru-baru ini menawarkan pekerjaan kepadanya untuk bekerja di bahagian mekanisasi ladang sawit.
Nor Syazwani Norazman bersama hasil kelapa sawit yang dikutip di Felda Pasoh Empat, Jelebu.Menurut Syazawni yang merupakan generasi ketiga Felda, dia kini dalam proses perbincangan bersama pihak MPOB dan dijangka akan mula bekerja pada Februari tahun depan.
Datuknya, Masran Hassan, 67, yang merupakan peneroka felda generasi pertama, berkata sangat bangga dengan kemahiran cucunya itu dan tidak akan memaksa Syazwani untuk kekal di situ sekiranya mendapat tawaran pekerjaan yang lebih baik di tempat lain.
“Saya tidak nafikan bahawa saya ingin dia terus berada di sini dan warisi kerja saya.
“Bagaimanapun, saya tidak akan kongkong hidup dia. Jika ada tawaran yang lebih baik, maka saya galakkan dia pergi demi kebaikan masa depannya,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/gadis-buktikan-jantina-bukan-penghalang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Phri 75 Persen Pekerja Hotel Di Bogor Kembali Bekerja

Phri 75 Persen Pekerja Hotel Di Bogor Kembali Bekerja

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 210 hits
Sebagian pengelola kini masih menahan jumlah pekerja yang bekerja penuh waktu selama enam hari dalam seminggu karena jumlah kunjungan pada akhir pekan pun baru mencapai 75 83 persen
Dukung Umkm Go Digital Bssn Dorong Csirt Bekerja Maksimal

Dukung Umkm Go Digital Bssn Dorong Csirt Bekerja Maksimal

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 189 hits
Badan Siber dan Sandi Negara terus mendukung percepatan pemulihan ekonomi karena dampak Pandemi Covid 19 Salah satunya melakukan sinergisitas dengan Pemerintah Banyuwangi untuk mendorong para pelaku UMKM Go digital
Akaun Luar Persisir Waktu Bekerja Di Filipina William

Akaun Luar Persisir Waktu Bekerja Di Filipina William

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 248 hits
Akaun luar persisir waktu bekerja di Filipina WilliamOleh October 05 2021Pendedahan Pandora Papers semalam yang melibatkan akaun luar pesisir terkait Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen tidak membawa makna hal berkenaan membabitka...
Hiburan Shahrulezad Bengang Ada Kru Dan Pelakon Palsukan Sijil Vaksinasi Demi Untuk Bekerja

Hiburan Shahrulezad Bengang Ada Kru Dan Pelakon Palsukan Sijil Vaksinasi Demi Untuk Bekerja

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 279 hits
Pengarah terkenal Shahrulezad Mohameddin bengang dengan segelintir pelakon dan kru yang tidak jujur dan sanggup menipu dengan bertindak memalsukan sijil vaksinasi demi untuk bekerja ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMenerusi hantarannya di Ins...
Hiburan Minta Jakim Selidik Pu Syed Dedah Perkahwinan Sesama Jantina Libatkan Wanita Islam

Hiburan Minta Jakim Selidik Pu Syed Dedah Perkahwinan Sesama Jantina Libatkan Wanita Islam

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 216 hits
Pencetus Ummah Syed Bakri baru baru ini ada membuat pendedahan mengejutkan mengenai perkahwinan sesama jantina yang membabitkan wanita Melayu beragama Islam di luar negara ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementPerkara tersebut dibangkitkan PU Syed...
Mohon Maaf Danial Zaini Cabar Iqbal Buktikan Serius Cintakan Vida Tak Perlulah Berlakon Video

Mohon Maaf Danial Zaini Cabar Iqbal Buktikan Serius Cintakan Vida Tak Perlulah Berlakon Video

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 315 hits
Mohon Maaf Danial Zaini Cabar Iqbal Buktikan Serius Cintakan Vida Tak Perlulah Berlakon VIDEO KEKECEWAAN yang diluahkan usahawan Ahmad Iqbal apabila kisah cintanya dijadikan bahan parodi di program MeleTOP tidak membuatkan pelawak Danial Za...
Najib Buktikan Dirinya Benar Benar Keturunan Pahlawan Bugis

Najib Buktikan Dirinya Benar Benar Keturunan Pahlawan Bugis

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 263 hits
Ungkapan Sekali Melangkah Pantang Undur sememangnya bagus tetapi jika sudah menyedari ada kesilapan dalam langkah langkah itu berundurlah Berundurlah demi rakyat hatta berundur dari memikul jawatan penting negara jika ketidakmampuan sudah d...
Seronok Cuti Panjang 8oo Pelajar Diiaporkan Tak Mahu Ke Sekolah Kerana Dah Menikah Dan Bekerja

Seronok Cuti Panjang 8oo Pelajar Diiaporkan Tak Mahu Ke Sekolah Kerana Dah Menikah Dan Bekerja

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 242 hits
Agak mngejutkan apabila ratusan pelajar sekolah Menengah di Sumatera Barat Indonesia dilaporkan tidak mahu masuk semula ke sekolah serta menoIak untuk masuk semula ke sekolah kerana kebanyakan daripada mereka did4kwa sudah bekerja dan berkh...
Mahb Bekerja Keras Persiap Klia Untuk Pelancong

Mahb Bekerja Keras Persiap Klia Untuk Pelancong

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 370 hits
Sistem pengendalian bagasi di KLIA telah dilengkapi dengan empat terowong khas untuk membasmi kuman menggunakan sinar ultraungu PETALING JAYA Dalam pada industri penerbangan dan pelancongan hampir terhenti ketika pandemik banyak yang dilaku...
Kotak Pizza Custom Solusi Ideal Untuk Bisnes Makanan Anda

Bayou Lagoon Park Resort

Senarai Universiti Yang Menawarkan Bidang Sains Komputer Di Malaysia

Kes Hfmd Negara Meningkat Melonjak Ke 266 Peratus Kkm

Adakah Emas Dikenakan Cukai Di Malaysia Ini Jawapannya

Cikbunga Menunaikan Umrah

Your Next Airbnb May Include Room Service And Tamale Making

Asal Boleh Buat Duit Tular Jual Baju Bertemakan Insiden Anak Gajah Mati Netizen Kecam Tindakan Tunggang Isu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Forgotten Innovations Of The Islamic Golden Age

Nathan Keling Menyarung Chord

Tak Perlu Jual Barang Tak Perlu Cari Orang Tak Perlu Berhenti Kerja Pun

Govt Fears Enriching Pn States Sanusi Claims On Rare Earth Sop Delay

Netizen Rues Investment Losses In Epf S Unit Trust Scheme Wants To Sell Deposit Proceeds Back In Epf

Another Construction Site Ordered To Close In Kl