Gadis Ala Ala Minah Salleh Tapi Bongkak Tak Habis Habis
Assalamualaikum
Selamat Pagi
Episod 1 Rindu Awak Separuh Nyawa | Memandangkan ramai yang reviews kata novel RASN best, so semalam sempat jugak layan dramanya bersama encik suami
Untuk first episode..
Bermula di kampus universiti, Kasih Maisarah (lakonan Uqasha Senrose) sedang keluar dari kampus. Ketika dia hendak menaiki keretanya... Tiba-Tiba muncul seorang lelaki menyapanya, lalu mengajak Maisarah untuk keluar bersama.
Dengan sombongnya, Maisarah menolak ajakan lelaki tersebut. Kemudian, Muncul pulak Qistina (lakonan Noreen Iman) lalu masuk ke dalam keretanya. Mereka keluar dari kampus dengan had pemanduan yang laju . Qistina takut, namun Maisarah tidak memperdulikannya
Baca Juga : Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa
Sepanjang perjalanan, Maisarah flashback kisahnya bertengkar dengan Dato Raqib (lakonan Khairil Anwar Aman) iaitu ayahnya. Mereka bertengkar tentang pertunangannya dengan Aidil (lakonan Fizo Omar) iaitu anak Dato Halim (lakonan Rahim Jailani). Kenapa Maisarah sanggup memutuskan tali pertunangannya dengan Aidil
Maisarah masih marahkan ayahnya. Dia menganggap kematian ibunya adalah disebabkan oleh kesibukkan ayahnya dengan kerja sehingga mengabaikan ibunya. Dia sengaja untuk memalukan ayahnya dengan memutuskan pertunangannya dengan Aidil
Keretanya masih dipandu laju. Tiba-tiba di selekoh jalan, Maisarah terlanggar seorang lelaki bermotorsikal. Lelaki tersebut adalah Nazril Nazim (Lakonan Syukri Yahaya). Nazril jatuh dan mengalami kecederaan di bahagian lututnya
Qistina gelabah. Dia mintak Maisarah turun dari kereta untuk selesaikan masalah tersebut. Maisarah enggan keluar, konon-kononnya dia takutkan darah. Bila Turun dari kereta, dia marah-marahkan Nazril. Kononnya, Nazril cuba nak paw duit dia. Disebabkan kata-kata Maisarah, Nazril turut menasihati Maisarah tentang adab sebagai orang Melayu. Dek kerana kata-kata Nazril, Maisarah naik angin. Namun, Nazril berlalu pergi
Kerana marahkan Nazril, Maisarah update status di IG. Kawan sebilik Nazril menyedarinya lalu bertanyakan kepada Nazril apa yang dah berlaku sebenarnya. Tapi, Nazril berdiam tanpa sebarang kata
Kemudian...Di bilik Maisarah dan Qistina sedang bercerita. Sarah tak habis-habis mengutuk Qistina. Tiba-tiba, datang pulak roommate Sarah iaitu Nurul Huda (lakonan Marsha Milan). Seorang perempuan yang sangat polos dan ala-ala ustazah. Maisarah tidak menyukai Nurul Huda. Bila bercakap ada sahaja yang tak kena
Di sisi lain pulak..
Ketika tengah baring di atas katil, Tiba-tiba Nazril teringatkan amanah Aidil supaya menolongnya menyampaikan satu surat kepada Kasih Maisarah Dato Raqib. Siapa dia? Lalu Nazril menghantar mesej ke satu nombor yang Aidil berikan. Mereka mengatur temujanji. Maisarah nak Nazril pakai baju purple pink
Bila berjumpa... Masing-masing terkejut dan episod 1 berakhir di situ
Bersambung..
Pendapat Peribadi Tentang #RASN Episod 1Pertama, first episod seperti biasa kita diperlihatkan dengan pengenalan kepada watak dan karektor pelakon
Dah nampak dah watak Kasih Maisarah macam mana. Sangat sombong dan bongkak. Tapi still ada yang nak berkawan dengan dia. Walaupun di maki, di herdik... Watak Qistina masih boleh berkawan dengan Maisarah. Yes! Tak mustahil dalam dunia realiti sebegitu. Kaki mengampu
Tapi, dalam kes Qistina ni kan. Kalau lah dia ikhlas berkawan dengan Maisarah dan bukan sahaja nak menumpang duit Maisarah... Then, tak kisah dengan semua herdikan tu... Memang solute la. Kan? Boleh tahan dengan mulut kawan yang macam tu. Siap 'bodoh' kan engkau lagi. Kalau Fiza, memang taklah nak berkawan dengan orang macam tu... Biarpun miskin, asalkan maruah kita tak dipijak-pijak. Haha... Emolah pulak!
Apa-apa pun, suka sangat dengan kemunculan watak Nurul Huda dan Nazril. Dua watak yang tak habis-habis mengenakan Maisarah dengan hanya tutur kata yang berkias. Ambik kau! Siapa makan cili, dialah yang terasa pedas. Haha..
#MegadramaTerbaru#RinduAwakSeparuhNyawa#RASN
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fizacrochet.com/2021/03/episod1-rindu-awak-separuh-nyawa.html