Bila Masuk 2 Tahun Anak Yang Behave Bertukar Sikap Kenali Fasa Terrible Two Yang Terjadi Pada Anak 2 Tahun Ke Atas


Bila anak masuk umur 2 tahun ke atas, sikapnya yang ‘behave’ bertukar menjadi pemarah, cepat sedih dan suka mengamuk jika permintaan tidak dituruti. Itu bukan bermakna mereka mempunyai sikap buruk namun sebenarnya mereka sedang mengalami satu proses perubahan yang besar dalam hidup mereka. 

KENALI FASA ‘TERRIBLE TWO’ YANG SERING TERJADI PADA KANAK-KANAK 2 TAHUN KEATAS
Anak yang berumur 2 tahun ke atas akan mengalami perubahan yang besar dari segi kemahiran motor, tahap intelektual, kemahiran sosial dan emosi. Perbendaharaan kata mereka semakin bertambah dan berkembang dan timbul keinginan untuk melakukan sendiri sesuatu perkara. Dalam masa yang sama, mereka juga akan belajar untuk mengikut peraturan dan syarat.
Jika anak mengamuk, bukan salah ibu bapa anak berkelakuan begitu. Anak sedang dalam fasa meneroka dunia di sekelilingnya. Ibu bapa usah risau, cuma perlu bertenang dan hadapi keadaan yang sementara ini dengan positif.
Terima perubahan anak, pamerkan sayang dan hormat padanya menjadikan dirinya lebih berkeyakinan. Bagaimana mahu hadapi keadaan ini dengan tenang dan terkawal?

Apa Itu Fasa ‘Teribble Two’
1. Faham dan terima hakikat bahawa semua kanak-kanak mengalaminya. Bukan anak kita sahaja. Ia masalah sedunia! Hampir setiap ibu bapa mengalami situasi ini dan ia bukanlah sesuatu yang bersifat peribadi. Perkara ini berlaku bukan disebabkan ibu atau bapa. Jadi berhenti menyalahkan diri atas perkara ini, melainkan anak mengalami situasi ini dengan keterlaluan.
2. Sebenarnya anak sedang menguji kita untuk melihat sejauh mana dia boleh bertindak dalam sesuatu perkara. Apa reaksi dan respon kita terhadap setiap kelakuannya.
Apakah hadnya? Setiap reaksi kita pada perbuatannya adalah penting untuk anak belajar tentang had sesuatu perkara. Sejauh mana dia boleh pergi, setakat mana dia boleh buat.
3. Ya, adakalanya anak memang sengaja membuat provokasi untuk melihat reaksi ibu bapa. Waktu ini ibu bapa amat perlu pamerkan reaksi yang betul dan bersesuaian supaya anak faham tentang had bagi sesuatu perbuatan.
4. Anak sebenarnya tidak tahu perkara yang dilakukannya betul atau tidak, selamat atau bahaya; maka mereka mencari perhatian ibu bapa untuk berikan mereka panduan. Disebabkan itu, ibu bapa perlu beri arahan atau tindakan yang jelas untuk anak faham.
5. Jika anak mengamuk atau buat perangai, usah cepat melatah dan melenting. Ia adalah perkara biasa. Biarkan dia menangis sebentar, pura-pura mengabaikannya.
Lazimnya dua perkara yang menyebabkan anak berkelakuan begitu: terlalu letih atau lapar. Jadi perhatikan apa sebenarnya yang anak mahu. Bantu dia tidur dan berehat, atau berikan makanan dan minuman. Elak memarahi mereka dengan keterlaluan.
6. Anak sedang belajar berdikari, sedang memahami erti berpisah daripada ibu bapa dan belajar untuk bertanggungjawab terhadap diri sendiri.
Anak dalam fasa ini perlukan ketegasan dan ‘unemotional stand’ daripada ibu bapa untuk anak kenal pasti perkara yang boleh atau tidak boleh dia lakukan. Masalah selalunya berlaku kerana ibu bapa kurang memahami anak (masalah komunikasi). Ibu bapa kurang pasti apa yang anak mahu atau perlukan, menyebabkan anak kecewa kerana permintaan atau kehendaknya tidak dipenuhi.
Memang mencabar pada peringkat ini kerana ia melibatkan kemahiran motor dan bercakap sedangkan anak belum lagi menguasai kemahiran ini. Anak sebenarnya mahu meniru dan membuat apa yang ibu bapa buat tetapi belum mampu. Itu yang mendorong anak cepat marah.
Tip Menangani Fasa ‘Terrible Two’
1. Ibu bapa cuba bertenang semasa anak mengamuk. Anak memang mahu lihat kita marah untuk meraih perhatian, sama ada dengan cara positif atau negatif.
Semasa anak meragam, abaikan sekejap dan anak akan belajar tentang had bagi sesuatu perbuatan atau perkara. Jangan beri reaksi seperti ketawa atau membuat ‘eye contact’ dengannya, jangan menjawab dan perhatikan sahaja perangainya sehingga dia berhenti.
2. Tawarkan comfort setelah anak diam. Anak yang mengamuk dan meragam ni risau ibu bapa tak sayangkan mereka bila berkelakuan begitu.
Apabila anak dah bertenang, peluk dan beritahu mereka bahawa kita sayangkan mereka. Kemudian, alihkan perhatian anak kepada perkara lain supaya dia tidak terbawa-bawa dengan perasaannya tadi.
3. Jika anak mengamuk di tempat awam, usah panik. Orang di sekeliling memang akan perhati atau lebih buruk, mengata ibu bapa. Tapi abaikan mereka. Cuba alihkan perhatian anak kepada benda lain contohnya kunci, mainan atau peluk anak. Jangan putus asa!
Kredit
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Jom daftar sekarang, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
The post Bila Masuk 2 Tahun, Anak Yang ‘Behave’ Bertukar Sikap. Kenali Fasa ‘TERRIBLE TWO’ Yang Terjadi Pada Anak 2 Tahun Ke Atas appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bila-masuk-2-tahun-anak-yang-behave-bertukar-sikap-kenali-fasa-terrible-two-yang-terjadi-pada-anak-2-tahun-ke-atas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Di Bawah 12 Tahun Sudah Boleh Masuk Mal Di Tangerang Taman Belum Dibuka

Anak Di Bawah 12 Tahun Sudah Boleh Masuk Mal Di Tangerang Taman Belum Dibuka

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 259 hits
Pemerintah Kota Tangerang memberi kelonggaran aktivitas masyarakat di masa perpanjangan PPKM Level 3 Sarana olahraga sudah diizinkan beroperasi maksimal 50 persen dari kapasitas dan anak usia di bawah 12 tahun dibolehkan masuk mal dengan pe...
Nak Masuk Tahun Satu Anak Masih Tak Lancar Membaca Cikgu Ini Kongsi 7 Tekniknya

Nak Masuk Tahun Satu Anak Masih Tak Lancar Membaca Cikgu Ini Kongsi 7 Tekniknya

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 319 hits
Tentu ibu bapa mula bimbang dengan keadaan anak yang tidak dapat membaca dengan baik tetapi dah nak masuk Tahun Satu Kebanyakan ibu ayah risau kerana silibus tahun satu tak seperti dulu Malah jika anak belum lancar membaca risau akan keting...
Mommy Menangis Teruk Nora Danish Gagal Kawal Perasaan Anak Sulung Dah Masuk Sekolah Berasrama

Mommy Menangis Teruk Nora Danish Gagal Kawal Perasaan Anak Sulung Dah Masuk Sekolah Berasrama

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 389 hits
Pelakon popular Nora Danish menangis dan gagal mengawal perasaan sedih ketika menghantar anak sulungnya Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram yang kini berusia 12 tahun ke sebuah sekolah swasta berasrama penuh Menurutnya walaupun sekolah tersebut...
Nora Danish Men4ngis Tatap Anak Dari Tingkap Seb4k Berpisah Dah Masuk Asrama

Nora Danish Men4ngis Tatap Anak Dari Tingkap Seb4k Berpisah Dah Masuk Asrama

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 344 hits
Tidak dinafikan bahawa jika anak sudah meningkat usia dan jika harus tinggal di asrama atau berjauhan dengan kita ibu adalah insan yang paling sedih dan ibu juga antara individu yang sering membuat drama air mata Terkini selebriti yang nama...
Kenapa Kacau Anak Aku Anak Bongsu Kerap Bercakap Sendiri Sejak Masuk Homestay

Kenapa Kacau Anak Aku Anak Bongsu Kerap Bercakap Sendiri Sejak Masuk Homestay

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 271 hits
The ReporterSetiap orang mempunyai pengalaman paranormal mistik masing masing Ini sekadar perkongsian sahaja Bagi yang lemah semangat anda tidak digalakkan untuk terus membaca KISAH BENAR dari penceritaan kawan aku di sebuah homestay di Mel...
Bagi La Kejap 3 Tahun Tak Jumpa Wanita Rindu Peluk Anak Dihalang Bekas Suami

Bagi La Kejap 3 Tahun Tak Jumpa Wanita Rindu Peluk Anak Dihalang Bekas Suami

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 413 hits
Sehari tidak menatap wajah anak pun sudah mula rasa kehilangan apatah lagi terpaksa menahan rindu selama tiga tahun selepas mengambil keputusan untuk berpisah dengan pasangan
Hiburan Perasaan Bercampur Baur Azmi Saat Excited Dapat Pegang Anak Sendiri Setelah 10 Tahun Menanti

Hiburan Perasaan Bercampur Baur Azmi Saat Excited Dapat Pegang Anak Sendiri Setelah 10 Tahun Menanti

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 317 hits
Penyanyi dan juga vokalis kumpulan Caliph Busker Azmi Saat menarik nafas lega setelah isteri kesayangan Naziah Muhammad dilaporkan telah selamat menimang cahaya mata pertama mereka pada jam 9 09 pagi tadi ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementUjar...
Bkn Anak Pejabat Sekalipun Tidak Bisa Masuk Tanpa Seleksi

Bkn Anak Pejabat Sekalipun Tidak Bisa Masuk Tanpa Seleksi

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 242 hits
Plt Kepala Badan Kepegawaian Negara Bima Haria Wibisana memastikan bahwa tidak ada yang bisa mengendalikan sistem Computer Assisted Test agar seseorang bisa masuk menjadi Aparatur Sipil Negara secara tidak wajar Bahkan anak pejabat pun teta...
Dah Besar Tapi Masih Nak Melekat Anak Nak Berkepit Manja Sampai 6 Tahun Biarkan

Dah Besar Tapi Masih Nak Melekat Anak Nak Berkepit Manja Sampai 6 Tahun Biarkan

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 240 hits
Anak kita nak manja berlebih kita mulalah rasa rimas Jangan rimas dulu ini baik untuk perkembangan anak kita Itu tanda anak percaya pada kita walaupun umurnya sudah menjangkau usia enam tahun Parenting Influencer berkongsi mengenai perihal ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner