Gabung Bn Pn Ahmad Zahid Langgar Keputusan Mt Sumber



Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggunakan kuasa vetonya selaku Presiden UMNO untuk menghalang Barisan Nasional (BN) daripada bergabung dengan Perikatan Nasional (PN) walaupun majoriti ahli majlis tertinggi (MT) parti itu memutuskan sebaliknya.
Menurut sumber MT UMNO yang hadir pada mesyuarat di Janda Baik, Pahang pada malam Jumaat lalu, Ahmad Zahid ternyata ‘melanggar’ keputusan majoriti untuk menggunakan formula Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang digunakan mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
“Ahli-ahli MT bersetuju untuk bergabung dengan PN atas nama BN, maknanya kita buat seperti yang dilakukan semasa PRN Sabah.
“BN dan PN dalam suatu gabungan yang sama untuk menghadapi PRU15, jadi tidak ada pertembungan tiga penjuru nanti,” katanya pada Ahad.
Pada PRN Sabah lalu, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibarisi PN dan BN bersama PBS mendapat keseluruhan 38 kerusi dan WARISAN PLUS memenangi 32 kerusi, manakala tiga calon Bebas menguasai DUN Kuamut, Kemabong serta Pitas
Pada Jumaat, mesyuarat MT digambarkan penting dalam mencorak hala tuju parti Melayu itu menjelang PRU15.
Mesyuarat itu turut difahamkan menyentuh mengenai persetujuan melantik Timbalan Perdana Menteri (TPM) daripada UMNO dalam usaha mengukuhkan parti itu.
Bagaimanapun, selepas lebih tiga jam mereka bermesyuarat di Institut Latihan Memperkasakan Ummah (ILMU) di Janda Baik, tiada sebarang kenyataan dibuat oleh mana-mana ahli MT.
Dalam pada itu, sumber berkenaan memaklumkan, Ahmad Zahid turut menggunakan kuasa vetonya semasa membincangkan isu tawaran jawatan TPM dari UMNO dalam PN.
“Beliau (Ahmad Zahid) menggunakan kuasa veto presiden untuk menghalang parti menerima jawatan tersebut meskipun dipersetujui oleh sebahagian ahli MT yang hadir.
“MT juga telah bersetuju untuk menerima jawatan itu tetapi malangnya presiden menolak semua cadangan berkenaan daripada ahli-ahli MT,” jelasnya.
Pada Disember 2018, Ahmad Zahid bersetuju ‘bercuti rehat’ dan menyerahkan tugas Presiden UMNO kepada timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Felo penyelidik dari Institut Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia (UUM MAPAN), Dr Achmad Dzariean Mohd Nadzri sebelum ini menegaskan, kepercayaan ahli UMNO akan pudar kepada Ahmad Zahid seandainya benar Presiden parti itu benar-benar menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri yang baharu.
Katanya, ia sekali gus akan memberi kesan besar dan isyarat tidak baik kepada parti itu sendiri.
Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Tan Sri Abdul Aziz Rahman sebelum ini berkata, UMNO perlu mengutamakan survival politik Melayu Islam.
Ujarnya, UMNO dikhuatiri bakal tumbang malah mungkin tidak mampu lagi untuk bangkit sekiranya berlaku pertembungan tiga penjuru membabitkan rakan sekutu dan pembangkang dalam PRU15 nanti.-Awani

The post Gabung BN-PN: Ahmad Zahid ‘langgar’ keputusan MT – Sumber appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/02/21/gabung-bn-pn-ahmad-zahid-langgar-keputusan-mt-sumber/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=gabung-bn-pn-ahmad-zahid-langgar-keputusan-mt-sumber

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahmad Zahid Jamin Pemilihan Umno Diadakan Tahun Ini

Ahmad Zahid Jamin Pemilihan Umno Diadakan Tahun Ini

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 313 hits
bharian comOleh Februari 21 2021 11 05pmUMNO tidak akan bekerjasama dengan DAP dalam PRU 15 Foto NSTP Osman AdnanKUALA LUMPUR Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan pemilihan parti itu akan tetap diadakan tahun ini B...
Dato Ahmad Zahid Serupa Jason King Komen Pengunjung Fb

Dato Ahmad Zahid Serupa Jason King Komen Pengunjung Fb

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 256 hits
Assalamualaikum salam sejahtera selamat pagi saya mendoakan semoga semua sahabat saya sentiasa berada di dalam keadaan sihat hendaknya Baru baru ini saya berpeluang membelek album album lama di rumah Suka saya berkongsi sekeping gambar ini ...
Pemansuhan Skuad Elit Pdrm Satu Kesilapan Ahmad Zahid Hamidi

Pemansuhan Skuad Elit Pdrm Satu Kesilapan Ahmad Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 342 hits
KUALA LUMPUR Bekas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pembubaran Pasukan Tindakan Khas Judi Maksiat dan Gengsterisme Pasukan Tindakan Khas Jenayah Terancang dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik pada 2019 ...
Kerajaan Selangor Teliti Keputusan Mahkamah Persekutuan

Kerajaan Selangor Teliti Keputusan Mahkamah Persekutuan

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 425 hits
Oleh Istana Kehakiman di Putrajaya Foto NSTP AHMAD IRHAM MOHD NOOR KUALA LUMPUR Kerajaan Selangor akan meneliti secara mendalam keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini bahawa satu seksyen dalam Enakmen Kesalahan Kesalahan Jenayah Selangor s...
Dbkl Pemaju Rujuk Mahkamah Persekutuan Berhubung Keputusan Taman Rimba Kiara

Dbkl Pemaju Rujuk Mahkamah Persekutuan Berhubung Keputusan Taman Rimba Kiara

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 338 hits
KUALA LUMPUR Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan sebuah syarikat pemaju merujuk kepada Mahkamah Persekutuan bagi mencabar keputusan mahkamah lebih rendah yang menggagalkan rancangan mereka untuk membangunkan Taman Rimba Kiara Mahkamah Rayuan p...
Beli Emas Saham Langgar Peraturan I Sinar Prof Dr Barjoyai

Beli Emas Saham Langgar Peraturan I Sinar Prof Dr Barjoyai

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 366 hits
Pengeluaran simpanan i Sinar tidak sepatutnya digunakan untuk pembelian emas dan saham memandangkan kerajaan membenarkan pengeluarannya untuk tujuan kecemasan seperti desakan kewangan hari ini Pakar ekonomi Prof Dr Barjoyai Bardai dari Univ...
Implikasi Keputusan Mahkamah Agung Dalam Kes Liwat

Implikasi Keputusan Mahkamah Agung Dalam Kes Liwat

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 295 hits
DR ZULQARNAIN LUKMANKes Iki Putra bin Mubarrak v Kerajaan Negeri Selangor Anor1 Semalam ramai yang telah beri komen berkaitan kes di atas Keputusan Mahkamah Persekutuan pada hari menyatakan mana mana negeri tidak boleh menggubal undang unda...
Jateng Di Rumah Saja Ada Enam Hajatan Langgar Prokes Dibubarkan Satpol Pp

Jateng Di Rumah Saja Ada Enam Hajatan Langgar Prokes Dibubarkan Satpol Pp

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 320 hits
Sunarno menyebutkan jumlah tamu yang hadir ada ratusan orang bahkan ada yang hingga ribuan orang Oleh karena itu petugas mengambil tindakan dengan pembubaran resepsi
Pelaburan Crypto Malaysia Cara Selamat Jana Income Usdt Secara Automatik Dengan Ai Bot Bitradex

Hantu Penat Dah Lari Ikut Kawan Kawan Dia Kat Taman Bunga

The Profound Benefits Of Reading Books

Mindef Menanti Siasatan Terhadap Kes Rasuah Pegawai Ketenteraan Kanan

Titik Karbon Hijau Revolusi Nanoteknologi Lestari Berpotensi Dalam Rawatan Terapi Kanser

Kerajaan Perlis Pimpinan Shukri Ramli Tumbang

Kekuatan Nilai Dan Kebijaksanaan Dalam Kehidupan Dewasa

Strong Earthquake Hits Papua New Guinea


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Keagungan Seni Kayu Patung Hidup Sumo Oleh Yasumuto Kamehachi

Fahamkan Separuh Masa Memahami Konsep Dan Kepentingannya Dalam Pengurusan Masa

Exchanger Berlesen Malaysia Kenapa Lesen Audit Penting Dalam Pelaburan Crypto

Hampir Makan Diri Pemain Bola Sepak Zambia Nyaris Patah Leher Rai Jaringan

Kelantan Guru Bujang Didakwa 11 Pertuduhan Luar Tabii Sentuh 9 Murid Lelaki

Don T Stop Us From Rejoicing Dap Disciplinary Chief Tells Crook Lovers