Lagu Ni Yang Kita Kata Pas Bijak Hapus Cukai Gst Dan Sst Nohhhhh




Ahmad Mursi


Baru sedar sistem PAS yang terbaik.. mansuh GST dan SST.. tapi boleh dapat hasil terbanyak... Allah.. kita perlukan genius macam ni sebenarnya... patutlah masa 33bulan negara belanja surplus





 SOAL JAWAB TAWARAN PERTAMA MANIFESTO PAS (siri 1)
❄❄❄❄❄❄❄
MENGHAPUSKAN GST DAN MENGGANTIKAN DENGAN CUKAI YANG LEBIH ADIL


❓1. Kenapa PAS nak hapus GST?


✅Banyak sebab. Antara yang paling besar adalah kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam. Konsep cukai dalam Islam adalah sama seperti zakat, iaitu mengenakan kepada golongan berada sahaja. Sedangkan GST dikenakan kepada semua rakyat yang bertindak sebagai pengguna akhir tidak kira kaya ataupun miskin.


Sepatutnya dengan alasan ini sahaja, orang muslim tidak patut mempertikaikannya lagi. Walaupun ia memberi manfaat kepada negara, tetapi hukum tetap hukum. Menolak GST sama seperti menolak judi, menolak perbankan riba dan perniagaan arak meskipun ia menguntungkan.


Selain isu hukum, GST juga telah menbebankan rakyat. Terdapat industri kecil yang gulung tikar seawal sistem GST diperkenalkan lagi kerana tidak mampu menanggung kos pemasangan. GST telah menaikkan harga barang dan menyebabkan inflasi. Kos sara hidup semakin membebankan dalam keadaan pendapatan rakyat tidak bertambah. Justeru ia adalah cukai yang zalim.


❓2. Bagaimana nak tampung kehilangan perolehan negara daripada GST?


✅PAS mencadangkan dua bentuk cukai sebagamaina yang diperincikan di dalam Dokumen Hijau siri 1 iaitu Cukai Simpanan Korporat dan Cukai Pegangan Saham.


Cukai Simpanan Korporat dikenakan kepada simpanan badan korporat di mana-mana institusi kewangan negara dalam bentuk yang pelbagai. Mengikut maklumat yang diperolehi, nilai semasa simpanan korporat di Malaysia adalah kira-kira RM500-600 billion. Cadangan supaya cukai ini dikutip pada kadar 2.5% selari dengan kadar zakat simpanan.


Cukai Pegangan Saham pula dikenakan atas saham yang berada di Bursa Saham Nasional. Ia terbahagi kepada dua; samada dicukaikan atas nilai saham jika pegangan melebihi satu haul (tahun), ataupun dikenakan terus ke atas keuntungan transaksi saham jika pegangan kurang daripada satu haul. Sebagai maklumat, nilaian saham di bursa hari ini mencecah kira-kira RM1-2trilion.


Jika dikenakan 2.5% daripada kedua-dua saham ini, negara bakal menjana pendapatan baharu sebanyak RM50-60billion! Sedangkan GST hanya menyumbang RM43billion sahaja kepada negara. Dengan bentuk percukaian baharu ini, negara berjaya menambah lebih 10 billion dari pendapatan sedia ada.


Itu belum termasuk beberapa bentuk cukai baharu yang sedang dalam kajian. Contohnya cukai ke atas barangan mewah. Mengikut maklumat daripada kastam, item atau barang yang dikategorikan sebagai barangan mewah diniagakan di dalam Malaysia pada tahun lepas berjumlah lebih kurang RM400billion. Sekiranya dikenakan 5% sahaja daripada jumlah tersebut, negara akan menambah pendapatan baharu sebanyak 20billion lagi.


Selain itu, dasar penjimatan dan penskrukturan semula kontrak dan tender-tender kerajaan boleh membantu menambah pendapatan negara lagi. berdasarkan laporan audit negara selama 10 tahun lepas berturut-turut, negara mengalami kadar ketirisan yang amat besar. Kita menganggarkan seikiranya ketirisan berjaya diatasi, jumlah pendapatan negara boleh ditambah dalam anggaran 10 ke 20 billion ringgit lagi.


❓3. Ada kemungkinan pasaran saham dan kemasukan pelabur ke Malaysia akan berkurangan sekiranya cukai dikenakan kepada para kapitalis dan golongan korporat. Mereka akan memindahkan wang mereka ke bursa negara lain yang lebih mesra kapitalis. Bagaimana PAS melihat perkara ini?


✅Ia sekadar andaian semata-mata. Banyak negara yang telah mengenakan cukai ke atas saham, seperti cukai CGT (Capital Gain Tax) di New Zealand dan Share Capital Gain Tax di UK, namun tidak berlaku market crash sebagainya yang digembar-gemburkan. Kadar 2.5 peratus adalah kadar yang boleh diterima. Ada negara yang mengenakan dengan lebih tinggi tetapi pasaran saham masih lagi stabil.


Selain dari kadar cukai, banyak lagi faktor ekosistem lain yang boleh mengikat pelabur kepada pasaran Malaysia. Contohnya iklim pelaburan dan pertumbuhan yang rancak, keselamatan, jenayah, political risk, kemudahan berurusniaga, ketelusan, pool of talents dan chain of supplies and vendors. Maka 2.5% semata-mata tidak terlalu membawa kepada market crash. Kalau adapun mungkin market shock sahaja, dan kebiasaannya akan pulih dalam tempoh yang singkat.


❓4. Antara pemegang saham terbesar di bursa adalah GLC dan syarikat yang berkait dengan kepentingan awam seperti KWSP, PNB dan Tabung Haji. Cukai yang dikenakan bakal memberi kesan kepada kadar dividen dari caruman orang ramai. Bagaimana keadaan ini boleh diatasi?


✅PAS melihat dan mengambilkira sudut ini. Antara cadangan yang dipertimbangkan adalah dengan mengecualikan cukai kepada syarikat-syarikat yang berkaitan. Walaubagaimanapun, boleh dikenakan cukai terus kepada pencarum yang memiliki simpanan dalam amaun yang besar mencecah ratusan ribu ringgit.


Sudah tentu dapatan hasil negara akan berkurangan dari yang diunjurkan di atas. Walaubagaimanapun, ia tetap akan dapat menampung perbelanjaan negara dengan beberapa lagi cadangan sumber pendapatan tambahan negara sebagaimana yang dinyatakan juga di atas.


❓5. Berkenaan Cukai Simpanan Korporat, bagaimana kalau cukai-cukai syarikat ini tidak diletakkan di dalam simpanan akaun FD sebaliknya dialihkan kepada instrumen seperti bond/sukuk ataupun money market. Bagaimana cara untuk atasi masalah ini?


✅Perkara tersebut mudah diatasi dengan menetapkan definisi ‘simpanan’ itu termasuk juga dalam bentuk akaun money market, sukuk/bond, atau apa-apa instrumen pelaburan yang dikenalpasti. Bahkan mengikut asas perakaunan, pelaburan dalam money market boleh juga diperakaunkan sebagai FD. Bond/Sukuk pula biasanya diperakaunkan sebagai “available for sale invesment”, “investment held to maturity” dan sebagainya yang masih boleh dikategorikan sebagai simpanan. Apa yang penting adalah pendefinisian simpanan.


✳Penerangan ini berdasarkan maklum balas yang diterima daripada orang ramai. Soalan terkumpul dibincangkan bersama kumpulan teknokrat PAS di bidang ekonomi, kewangan dan bisnes. Sebarang soalan susulan boleh diajukan dan akan dijawab menerusi siri seterusnya.


3 Syaaban 1439
19 April 2018


_(Alang Ibn Shukrimun)_


📱Telegram:
telegram.me/AlangIbnShukrimun
📱Facebook:
fb.com/AlangShukrimun
📱Twitter:
twitter.com/alangshukrimun


#AiSSiasah
#AiSDakwah






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/03/lagj-nk-yang-kita-kata-pas-bijak-hapus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fuziah Peniaga Tak Terlibat Cukai Sst Jangan Ambil Kesempatan

Fuziah Peniaga Tak Terlibat Cukai Sst Jangan Ambil Kesempatan

papar berkaitan - pada 4/3/2024 - jumlah : 117 hits
malaysiakini comDiterbitkan Mar 3 2024 9 57 PMPeniaga yang tidak terlibat dengan kenaikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan diingatkan tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan bagi mengaut lebih keuntungan Timbalan Menteri Perdaganga...
Tawaran Pas Hidup Semula Mn Tak Ikhlas Kata Zahid

Tawaran Pas Hidup Semula Mn Tak Ikhlas Kata Zahid

papar berkaitan - pada 26/2/2024 - jumlah : 118 hits
freemalaysiatoday com 25 Feb 2024 7 05pmPresiden Umno mengingatkan bahawa PAS yang keluar dan menikam belakang Zahid Hamidi berkata PAS menikam kami dari belakang ketika ditanya mengenai tawaran menghidupkan semula Muafakat Nasional CYBERJA...
Guan Eng Minta K Jaan Semak Semula Cukai Baru Termasuk 8 Sst

Guan Eng Minta K Jaan Semak Semula Cukai Baru Termasuk 8 Sst

papar berkaitan - pada 5/3/2024 - jumlah : 139 hits
malaysiakini comPARLIMEN Kerajaan diminta mempertimbangkan semula cukai cukai baru termasuk kadar baru Cukai Jualan dan Perkhidmatan yang didakwa akan membeban kepada peniaga dan rakyat Lim Guan Eng sebaliknya berkata cukai cukai baru ini b...
Dewan Kecoh Mp Pas Bangkit Isu Pm Bukan Melayu

Dewan Kecoh Mp Pas Bangkit Isu Pm Bukan Melayu

papar berkaitan - pada 7/3/2024 - jumlah : 99 hits
Dewan Rakyat kecoh hari ini apabila seorang wakil pembangkang membangkitkan isu orang bukan Melayu boleh menjadi perdana menteri ketika membahaskan usul junjung kasih kepada titah Diraja Ucapan Takiyuddin Hasan terganggu beberapa kali apabi...
Selangor Assembly Erupts In Dap Communist Shouts After Pas Called Out Over Selangor Sultan S Rebuke Letter

Selangor Assembly Erupts In Dap Communist Shouts After Pas Called Out Over Selangor Sultan S Rebuke Letter

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 123 hits
A commotion erupted in the Selangor State Legislative Assembly after the PAS assemblymen were asked to comment on the Selangor Sultan s rebuke against the Islamist party s president Bernama file picSHAH ALAM Feb 29 A commotion erupted in th...
Kerja Malam Raya Mp Pas Bachok

Kerja Malam Raya Mp Pas Bachok

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 103 hits
Mengeluh MP Bachok prihatin sebab Orang cina perlu bekerja even malam tahun baru cina Selalunya tahun baru cina diraikan dengan makan besar Realiti bukan setakat duit tetapi individu itu sendiri Manusia ni ada yang suka berparti berjumpa ra...
Hiburan Gagal Bayar Tunggakan Rm4 96 Juta Untuk Pesanan Pelitup Muka Jovian Apparel Disaman Pembekal

Buasir Otak Tv Hadiah Hari Guru Ikut Kerja Bapa Be Like

T18c24 Bayi Aina Muntah Susu Beku Macam Keju

Nepal Haram Produk Rempah Dari India Selepas Hong Kong Singapura

Gulai Udang Nenas

Govt To Continue Using E Jamin Bail System

Harris Alif Dari Idola Kecil Ke Selebriti Serba Boleh

Road And Track A Lithe Bmw R80 Restomod By 46works



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Lirik Luqman Faiz Bahagiamu Tujuanku

Lirik Lagu Sufian Suhaimi Semua Tentangmu

Semua Berfkir Tentang Rafah

Spring Harbor House By Johnsen Schmaling Architects In Madison Wisconsin

Pengukus Lubang Tepi

Bayaran Balik Ptptn Tarikh Pengecualian Penangguhan