Fuzi Harun Cerita Pengalaman Jadi Polis Dibaling Fail Ke Muka


Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun. – Foto The Malaysian Insight
Pengalaman dibaling fail kes dan kertas siasatan ke muka ketika di awal penglibatan bersama pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjadi pengajaran berguna buat Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
Pengalaman itu dikongsi orang nombor satu dalam PDRM dalam satu sesi temu bual khas sempena Peringatan Hari Polis Ke-212 Tahun 2019 baru-baru ini.
Menurutnya, peristiwa itu amat berharga dan membuatkan beliau berubah secara drastik dan menjadi seorang pegawai yang lebih berhati-hati dalam menjalankan tugas.
“Saya tidak boleh lupa sekali masa jadi pegawai penyiasat di Taiping, Perak kertas siasatan itu ‘not up to the mark’, kedua ia lambat, sebagai pegawai muda saya dibaling IP (kertas siasatan) oleh ketua. Kemudian pengalaman dibaling case fail (fail kes)…di peringkat awal kita tidak begitu mahir.
“Memang tidak tidur dua tiga hari tetapi tugas perlu dilaksana. Mungkin kalau tidak ditegur ketua, saya akan terbawa-bawa dengan sikap tidak begitu positif…mungkin kerana (teguran) mereka saya dapat jadi IGP (Ketua Polis Negara) ketika ini,” katanya yang menyertai PDRM sebagai kadet ASP pada 1984.
Selepas 35 tahun bersama pasukan polis, Mohamad Fuzi turut berkongsi beliau tidak terlepas daripada terpalit dengan isu salah guna kuasa dan rasuah.
“Kadang-kadang saya pun ditohmah macam-macam, mengutip sana mengutip sini padahal kita tidak pernah terfikir pun berbuat demikian. Kalau ada bukti ‘they have to proof it’ (mereka perlu membuktikannya). Kalau kita bekerja kerana Allah, Allah akan lindungi,” katanya.
Mengulas mengenai dakwaan beliau akan mendirikan rumah tangga seperti yang dilaporkan media, bekas Pengarah Cawangan Khas itu berkata beliau hanya bergurau.
“Tak ada…’actually I am joking’ (sebenarnya saya bergurau), saya ini tiap-tiap hari ada orang hantar surat minang dan sebagainya. Saya suruh pegawai saya baca,” jelasnya.
Dalam temu bual itu juga Mohamad Fuzi turut berkongsi kisah duka apabila kehilangan insan tersayang dalam hidupnya.
“I lost my son, I have one son (saya kehilangan anak lelaki, saya ada seorang anak lelaki). Itu amat menyedihkan tapi kehendak Allah, dua minggu selepas saya dilantik sebagai Ketua Polis Negara isteri (Allahyarham Puan Sri Azizah Hamdi) masuk ICU (Unit Rawatan Rapi) hampir empat bulan sebelum meninggal. Saya rasa sedih, ‘I have been struggling with my wife’ (saya bersama isteri saya) semasa susah dan senang,” katanya.
Ketika ditanya sama ada beliau akan melibatkan diri dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) selepas bersara, Mohamad Fuzi berkata beliau akan mengaktifkan diri dengan sukan.
“Saya suka sukan, I will play golf (saya akan bermain golf). Saya kena jaga kesihatan. After I retire I’ll go to UK (United Kingdom) to watch football (Selepas bersara saya akan ke UK untuk menonton bola sepak). Saya akan melawat beberapa tempat juga,” kata peminat pasukan bola sepak Chelsea itu.
Dalam pada itu, Mohamad Fuzi yang bakal meninggalkan pasukan beruniform itu pada Mei ini turut menasihatkan anggota dan pegawai PDRM supaya sentiasa bersih dan bebas daripada isu integriti dan rasuah.
“Saya punya harapan sejak awal diminta terajui pasukan ingin membersihkan PDRM dengan isu rasuah ini, saya konsisten cakap benda ini dari dahulu.
“Saya rasa rezeki yang ada semua orang lebih pada cukup tapi ‘how you manage the things’ (bagaimana anda menguruskan perkara itu), kalau nafsu menguasai diri memang sukar, banyak mana pendapatan tidak akan cukup. Saya tidak mahu rasuah jadi budaya dalam pasukan,” katanya. — Bernama
KLIK BACA: Penyamun jawab pantun Hadi PAS Taliban kamu Komunis
KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib
The post Fuzi Harun cerita pengalaman jadi polis dibaling fail ke muka appeared first on Malaysian Review.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianreview.com/191288/fuzi-harun-cerita-pengalaman-jadi-polis-dibaling-fail-ke-muka/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adib Dipukul Polis Cadang Panggil Kpn Fuzi Harun Jelaskan

Adib Dipukul Polis Cadang Panggil Kpn Fuzi Harun Jelaskan

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 473 hits
Pegawai penyiasat kanan Lew Keng Joe mencadangkan agar Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun disapina untuk menjelaskan kenyataan yang mengatakan Muhammad Adib Mohd Kassim diserang ketika kejadian rusuhan di Seafield Sri Maha Mariamman Nov ...
Muka Depan Fail Rph

Muka Depan Fail Rph

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 653 hits
Muat Turun Template dibawah dengan menekan Anak panah biru hala kebawah di hujung kanan post ads COVER MUKA DEPAN FILE LAIN
Setiap Pagi Dia Keluar Kutip Sampah Dari Tanah Rata Ke Balai Polis Brinchang Netizen Kagum Dengan Lelaki Jepun Ini

Setiap Pagi Dia Keluar Kutip Sampah Dari Tanah Rata Ke Balai Polis Brinchang Netizen Kagum Dengan Lelaki Jepun Ini

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 289 hits
The ReporterRakyat Jepun sememangnya terkenal dengan sikap yang berdisiplin dan mementingkan kebersihan sama ada di negara sendiri mahupun ketika mereka berada di negara lain Tahun lalu mereka juga menjadi bualan netizen serata dunia beriku...
Serangan Pengganas Christchurch Penyerang Bertindak Sendirian Polis

Serangan Pengganas Christchurch Penyerang Bertindak Sendirian Polis

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 349 hits
Serangan pengganas Christchurch Penyerang bertindak sendirian PolisOrang ramai hadir bagi memberi penghormatan kepada mangsa serangan masjid di Christchurch New Zealand 15 Mac 2019 Foto Aiman Amerul MunerWELLINGTON Lelaki yang didakwa berta...
Polis Geledah Rumah Tarrant Di Australia

Polis Geledah Rumah Tarrant Di Australia

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 256 hits
Polis geledah rumah Tarrant di Australia nbsp Dikemas kini 1 jam yang lalu middot Diterbitkan pada 18 Mar 2019 7 46AM middo
Ph Kampar Lapor Bekas Ketua Pemuda Umno Wp Pada Polis

Ph Kampar Lapor Bekas Ketua Pemuda Umno Wp Pada Polis

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 325 hits
Pada 18 Mac 2019 Syed Saddiq Mohon PDRM siasat Tidak melambangkan seorang pemimpin Umno Perbezaan pendapat itu biasa jangan sampai keterlaluan katanya
Silakan Sahabatku Saya Di Sini Untuk Melindungi Kamu Dari Luar Pemuda Puji Polis Nz Perhati Sampai Habis Solat

Silakan Sahabatku Saya Di Sini Untuk Melindungi Kamu Dari Luar Pemuda Puji Polis Nz Perhati Sampai Habis Solat

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 264 hits
Silakan sahabatku saya di sini untuk melindungi kamu dari luar Pemuda puji polis NZ perhati sampai habis solat Insiden serangan pengganas yang mensasarkan umat Islam di dua masjid di Christchurch merupakan satu peristiwa mengejutkan dalam k...
Posmen Murung Isteri Terus Digoda Anggota Polis

Posmen Murung Isteri Terus Digoda Anggota Polis

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 286 hits
Posmen murung isteri terus digoda anggota polis Kata pengadu dia membuat dua laporan namun tiada perkembangan tetapi polis nafikan kes itu tidak disiasat
Solat Lah Saya Akan Lindungi Anda Warga Malaysia Terharu Dengan Layanan Polis New Zealand

Solat Lah Saya Akan Lindungi Anda Warga Malaysia Terharu Dengan Layanan Polis New Zealand

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 466 hits
Serangan terhadap umat Islam ketika solat Jumaat di dua masjid di Christchurch New Zealand jumaat lalu sangat kejam dan menimbulkan kemarahan dunia Mereka yang tidak berdosa menjadi m ngsa sehingga 50 orang direkodkan terkorb n dan ramai ya...
Meet Mona And Kyra Ai Insurance Assistants That Actually Get You

Huawei Powers Ai Future With New Xinghe Network

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Navigate The World Of Online Business

Tadabbur Al Quran Jalan Menuju Hati Yang Hidup

Express Bus Driver Nabbed After Testing Positive For Morphine Use

Halal Love In Viral Video Man Sneaks Into Female Tent To Give Wife A Rose During Hajj

Hari Lautan Sedunia Ekspedisi Ahli Biologi Marin Umt Ke Hujung Dunia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dah Berapa Lama Tak Cuci Berus Mekap

Your Toasty Little Shortcut To A Low Carb Lifestyle

Manchild By Sabrina Carpenter

Wawa Zainal Sedih Kek Batik Anak Dihina Sanggup Tebalkan Muka Mesej Orang Tu Padam Video

Jangan Cas Telefon Pintar Anda Dengan Port Pengecas Usb Di Lapangan Terbang Tsa

Lelaki Dakwa Penjual Belon Ajak Makan Pisang Tawar Rm50 Tunjuk Ehem