Serangan Pengganas Christchurch Penyerang Bertindak Sendirian Polis


Serangan pengganas Christchurch: Penyerang bertindak sendirian - Polis
Orang ramai hadir bagi memberi penghormatan kepada mangsa serangan masjid di Christchurch, New Zealand, 15 Mac, 2019. Foto Aiman Amerul MunerWELLINGTON: Lelaki yang didakwa bertanggungjawab dalam kes serangan pengganas ke atas dua masjid di Christchurch pada Jumaat, Brenton Tarrant, dipercayai bertindak berseorangan, kata polis.

Warga Australia berusia 28 tahun itu, yang melabelkan dirinya sendiri sebagai pelampau kulit putih, telah memuat naik video serangan tersebut secara langsung di akaun Facebook miliknya ketika kejadian.

Menurut Pesuruhjaya Polis New Zealand, Mike Bush, tiga lagi suspek yang terdahulu turut ditahan susulan serangan itu dipercayai tidak terlibat secara langsung, namun siasatan masih dijalankan.

"Saya tidak akan berkata apa-apa secara konklusif sehingga kita benar-benar yakin berapa orang yang terlibat menjalankan serangan tersebut," katanya pada satu sidang media pada Ahad.


Jelasnya, pihaknya juga tidak percaya dua suspek yang ditahan susulan kejadian itu terlibat dalam tragedi solat Jumaat itu dan hanya tertuduh yang telah didakwa setakat ini.


Pada Sabtu, Tarrant dihadapkan ke mahkamah dan dilihat tersenyum sinis. Dia didakwa atas kesalahan membunuh dan dijangka akan didakwa atas beberapa kesalahan lain selepas ini.Pada peringkat awal, polis telah menahan tiga lelaki dan seorang wanita susulan kejadian tersebut.

Seorang wanita telah dibebaskan dan seorang lelaki telah didakwa kerana memiliki senjata api.

Seorang lagi lelaki bersenjata, yang dilaporkan telah pergi ke tempat kejadian untuk menghalang penyerang, telah dibebaskan.


Selain itu, seorang lelaki berusia 18 tahun juga ditahan, namun polis percaya dia tidak terlibat kejadian tersebut. Bagaimanapun remaja tersebut akan dihadapkan ke mahkamah pada Isnin.

Tambah Bush lagi, kesemua mereka yang ditahan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Tarrant pula telah direman dan akan dihadapkan semula ke mahkamah pada 5 April.

Hakim mahkamah juga telah mengarahkan pihak media untuk tidak mendedahkan wajah Tarrant bagi memastikan pendakwaan yang adil terhadapnya.



Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, yang menyifatkan insiden itu sebagai serangan pengganasberkata, Tarrant memiliki lesen senjata api dan mempunyai lima pucuk pistol.

Setakat ini, 50 orang terkorban dalam tragedi itu manakala 50 lagi cedera dalam kejadian yang disifatkan sebagai serangan terburuk di negara itu.

Bush berkata, pihak berkuasa kini sedang mengenal pasti semua mangsa serangan Masjid Al Noor dan Masjid Linwood dan akan mengeluarkan senarai penuh secepat mungkin.



Tag: Christchurch, New Zealand, Australia, pengganas, suspek, serangan, siasatan, mangsa, mahkamah, jenayah, Brenton Tarrant, masjid, serangan pengganas,tragedi solat Jumaat, Mike Bush

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.imalaysiakini.com/2019/03/serangan-pengganas-christchurch.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wow Polis Muslim Nz Pangkat Tertinggi Luah Rasa Sebak Terhadap Serangan Pengganas Di Christchurch

Wow Polis Muslim Nz Pangkat Tertinggi Luah Rasa Sebak Terhadap Serangan Pengganas Di Christchurch

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 520 hits
Polis Muslim NZ pangkat tertinggi luah rasa sebak terhadap serangan pengganas di Christchurch Sabtu 16 Mac 2019 9 55 PM Naila menyampaikan ucapannya dalam nada sebak Foto Facebook NZ Police PEGAWAI polis beragama Islam yang berpangkat terti...
Bangga Mengaku Muslim Pegawai Polis New Zealand Ini Kutuk Serangan Pengganas Di Christchurch

Bangga Mengaku Muslim Pegawai Polis New Zealand Ini Kutuk Serangan Pengganas Di Christchurch

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 479 hits
PEGAWAI polis beragama Islam yang berpangkat tertinggi di New Zealand menahan tangisan ketika berkongsi mesej untuk mangsa tragedi tembakan di Christchurch Bercakap di pusat bandar Aotea Square di Auckland Supritendan Naila Hassan memberita...
Informasi Didakwa Di Mahkamah Pengganas Serangan Christchurch Ini Dia

Informasi Didakwa Di Mahkamah Pengganas Serangan Christchurch Ini Dia

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 461 hits
BRENTON TARRANT didakwa atas kesalahan membunuh oleh Mahkamah Daerah Christchurch New Zealand hari ini AFPCHRISTCHURCH 16 Mac Suspek utama insiden tembakan di dua buah masjid di sini semalam didakwa di mahkamah atas kesalahan membunuh Suspe...
Serangan Pengganas Christchurch Dua Mangsa Cedera Dibenarkan Pulang

Serangan Pengganas Christchurch Dua Mangsa Cedera Dibenarkan Pulang

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 333 hits
Agensi Diterjemahkan oleh Umat Islam memerhati keadaan di Masjid Al Noor susulan kejadian tembakan di situ pada Jumaat dari luar garisan polis di Christchurch New Zealand WELLINGTON Dua mangsa serangan pengganas masjid Christchurch yang dir...
Disebalik Serangan Pengganas Di Christchurch

Disebalik Serangan Pengganas Di Christchurch

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 480 hits
BEBERAPA IKTIBAR DARI KEJADIAN SERANGAN TERRORIS DI CHRISTCHURCH Sehingga maklumat ini ditulis 49 kematian telah direkodkan dalam kejadian yang menggemparkan seluruh dunia terutamanya apabila berlaku di negara New Zealand yang terkenal seba...
Tragedi Christchurch Serangan Pengganas

Tragedi Christchurch Serangan Pengganas

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 441 hits
Brenton Tarrant telah didakwa di mahkamah atas kesalahan membunuh dan juga atas beberapa lagi kesalahan lain yang akan disabitkan Beliau yang dihadapkan di mahkamah tiba dalam seragam putih penjara dan berkaki ayam Sempat menunjukkan white ...
Wisma Putra Sahkan Muhammad Haziq Maut Dalam Serangan Pengganas Di Christchurch

Wisma Putra Sahkan Muhammad Haziq Maut Dalam Serangan Pengganas Di Christchurch

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 341 hits
Wisma Putra hari ini mengesahkan rakyat Malaysia Muhammad Haziq Mohd Tarmizi 17 antara 50 mangsa yang maut dalam serangan pengganas di Masjid Al Noor Christchurch New Zealand Jumaat lalu nbsp Dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Wism...
4843 Ppim Kutuk Serangan Pengganas Di Christchurch Utusan Malaysia 16 3 19

4843 Ppim Kutuk Serangan Pengganas Di Christchurch Utusan Malaysia 16 3 19

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 440 hits
KUALA LUMPUR 15 Mac Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengutuk sekeras kerasnya perbuatan tidak berhati perut oleh pengganas yang membunuh umat Islam dalam kejadian tembakan rambang di dua buah masjid di Christchurch New Zealand hari ini Ke...
S 039 Pura Kutuk Keras Serangan Pengganas Christchurch Tiada Laporan Rakyat S 039 Pura Cedera

S 039 Pura Kutuk Keras Serangan Pengganas Christchurch Tiada Laporan Rakyat S 039 Pura Cedera

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 428 hits
KONGSI ARTIKEL SINGAPURA Singapura mengutuk keras serangan pengganas di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood ketika solat Jumaat di Christchurch New Zealand Demikian menurut Kementerian Ehwal Luar dalam satu kenyataan media pada Jumaat
Cycling 9 Februari 2025

Speed Read A Kenny Roberts Inspired Yamaha Xjr1300 And More

Hukum Sahur Ketika Azan Subuh

Buffet Ramadan 2025 New York Hotel Johor Bahru

Wanita Warga Emas Maut Terbakar Disyaki Angkara Anak Lelaki Oku Mental

Mahalini Udah Langsing Dan Bisa Pakai Jeans Abis Lahiran Warganet Kayak Gadis Lagi

Jualan Epik Raya Lazada 3 3 Diskaun Gila Gila Tawaran Eksklusif Menanti Anda

How To Recover Lost Data From Your Smartphone


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Tajuk Resepi Cucur Udang Yang Sedap Dan Gebu Bahan Bahan 1 2kg Tepung Gandum 1 Biji Telur 1 Biji B

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Rasmi Vivo V50 Bakal Masuk Pasaran Malaysia Ancora Red Jadi Taruhan