Fun With Akim Aktiviti Mewarna Merangsang Kreativiti Anak
AssalamualaikumBismillah
Hari ini aku dan Akim telah membuat aktiviti yang sangat mudah iaitu aktiviti mewarna. Aktiviti mewarna merupakan salah satu aktiviti yang sangat disukai oleh semua kanak-kanak kerana ia dapat memberi ketenangan dan aura yang harmoni untuk kanak-kanak berimaginasi.
Ibu bapa boleh dapatkan beberapa buku lukisan yang dijual di pasaran. Untuk menjimatkan masa dan wang, sekarang ibu bapa boleh dapatkan lukisan di internet. Antara website yang menyediakan lukisan mewarna serta worksheet yang lain adalah seperti :
1. http://www.coloring.ws/coloring.html2. http://activities.raisingourkids.com3. https://www.surfnetkids.com
Antara beberapa manfaat yang diperoleh dengan melakukan aktiviti ini :
Kemahiran Motor HalusAktiviti mewarna dapat membantu kanak-kanak dalam genggaman (finger grip) kerana ia memberi latihan secara tidak langsung supaya kanak-kanak dapat memegang pensel warna atau berus warna dengan betul.
Meningkatkan Fokus AnakAktiviti mewarna juga mampu membuatkan anak kita lebih fokus kerana sewaktu mewarna anak-anak akan berfikir warna apa yang ingin digunakan, padanan warna, cantik ke tidak. Ini akan menggalakan anak-anak untuk berfikir dengan lebih kreatif. Tahap konsentrasi anak berkembang secara berperingkat dengan sentiasa melakukan aktiviti ini
Mengenal Warna Aktivti mewarna dapat membantu dalam proses kanak-kanak mengenal jenis-jenis warna. Penggunaan warna yang pelbagai juga dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk belajar kombinasi warna serta perubahan warna. Sebagai contoh, warna biru dicampur dengan warna kuning akan berubah menjadi warna hijau.
Koordinasi Tangan dan MataPada usia awal kanak-kanak, amat sukar untuk mereka mewarna mengikut garisan. Pasti ada sahaja warna yang terkeluar daripada lukisan. It's okay. Mewarna dapat meningkatkan tahap koordinasi tangan dan mata apabila kanak-kanak berjaya mewarna di bahagian dalam lukisan. Staying inside the lines takes considerable skill and when they master it they gain a sense of pride and achievement.
Kreatif dan ImaginatifMewarna melibatkan aktiviti berfikir secara lebih kreatif dan imaginatif. Ini kerana kanak-kanak akan berfikir apa warna yang sepatutnya digunakan untuk warna pelangi? Adakah warna ini sesuai dengan lukisan tersebut dan sebagainya. Biarkan mereka memilih warna yang disukai. Tidak semestinya pokok kena sentiasa warna hijau kerana pada tahap ini kanak-kanak lebih berfikir secara abstrak bukan logik.
Apapun semoga aktiviti ini memberi bermanfaat dan mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa dan anak anda. Mungkin korang boleh kongsikan aktiviti yang sering dilakukan bersama anak di ruangan komen. Aku pun berminat nak tahu juga :D
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.siinurul.com/2019/07/fun-with-akim-aktiviti-mewarna.html