Senarai Aktiviti Yang Merangsang Perkembangan Minda Anak Anak Anda
Assalamualaikum & Hi Semua
Senarai Aktiviti Yang Merangsang Minda Anak-anak
Senarai Aktiviti Yang Merangsang Minda Anak-anak | Macam-macam cara sebenarnya boleh dibuat untuk merangsang perkembangan minda kanak-kanak. Tidaklah hanya belajar secara teori dan membuat kerja di atas kertas sahaja kan? Dan tidak perlu juga menggunakan telefon pintar untuk membuatkan anak-anak pandai. Sudah nyata kesan dan akibat buruk penggunaan telefon pintar pada kanak-kanak dikemudian hari.
Nadhie yakin pasti ramai ibu bapa buntu bagaimana caranya untuk merangsang perkembangan minda kanak-kanak dengan cara yang betul dan menghiburkan? Ya, anda boleh rujuk perkongsian di bawah ini sebagai panduan.
Senarai Aktiviti Yang Merangsang Perkembangan Minda Anak Anda
1) Buatkan gambar awan seperti di bawah dan mintak mereka cipta hujan menggunakan tali
2) Masukkan bola ke dalam lubang
3) Cipta kreativiti menggunakan putik kapas
4) Mewarna dengan putik kapas
5) Warnakan kuku dia
6) Belajar pelbagai bentuk menggunakan popsicle
7) Buat bentuk ikan lawa-lawa, dan bagi mereka sulam
8) Padankan dengan bentuk yang sama
9) Padankan bentuk mengikut acuan di atas
10) Buat bentuk tapak kaki dan tangan suruh mereka pijak mengikut bentuk tersebut
11) Belajar mengenal huruf
12) Putihkan gigi yang kuning! Secara tak langsung mengajar mereka tentang kepentingan menggosok gigi
13) Ajar tentang disiplin dan jadual harian
14) Mengajar mengenal huruf menggunakan penutup botol terpakai dan kotak
15) Isikan tempat kosong dengan mengeja nama sendiri
16) Belajar mengenal nombor
17) koyak dan tampal. Ajar kreativiti
18) Kuku kena potong, harus pendek dan bersih
19) Rambut budak lelaki kenalah pendek dan kemas
20) Belajar menyulam dan mengenali warna
21) Aktiviti ni buat mereka lebih fokus. Takdalah nak melasak berlari sana sini
22) Aktiviti yang merangsang daya tumpuan dan fokus
23) Gabungkan image! Senang je kan parent nak cipta ni guna cupboard dan kertas aje
24) Mewarnakan huruf dengan putik kapas
25) Padankan dengan yang sesuai
26) Guna Popsicle dan kertas je kan. Easy
27) Ni pun seronok! Buat kat rumah je
Dah tengok dah kesemua aktiviti-aktiviti di atas? Kebanyakannya menyeronokkan bukan? Tak payah susah-susah nak bawak pergi jauh-jauh, nak beli alat mainan itu ini dan sebagainya. Dan yang penting tak perlu telefon pintar untuk belajar bukan
Apapun banyak tenaga dan masa yang diperlukan selain kesabaran. Sabarlah dan bergembiralah. Tak lama mana nak tunggu mereka membesar. Selawat banyak-banyak saat kerenah anak-anak seakan menguji kesabaran dan bertenang okay! Nadhie doakan semoga anda semua mendapat anak-anak yang soleh solehah, bijak pandai dan berguna dunia akhirat! Amin
Okay sekian sahaja dari Nadhie.Bubye
Credit : K4Craft
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://nadhiewueen.blogspot.com/2019/12/senarai-aktiviti-yang-merangsang-minda.html