Full Video Tutorial Makeup Menggunakan Althea Makeup Set
Yeay, finally berjaya juga Fiza siapkan full video tutorial simple makeup menggunakan Althea MakeUp Set yang Fiza dah mula guna sejak awal bulan Februari lagi. Nak keluar memang pakai apa yang ada dalam Althea makeup set tu yang serba lengkap dan pelbagai guna kesemuanya. Masa sampai je Althea Makeup Box ni haritu memang Fiza dah suka dengan koleksi Makeup Althea dari packaging sampailah hasil penggunaanya. Boleh tengok Tutorial full video makeup menggunakan Althea Exclusives Makeup yang serba ringkas dan paling mudah untuk beginner macam Fiza
Walaupun bab makeup ni Fiza kurang pandai sangat tapi dari apa yang ada dalam Althea Exclusives MakeUp ni akan membuatkan kau orang teruja nak belajar makeup dan rajin nak bermakeup walaupun simple makeup looks
ALTHEA EXCLUSIVES MAKEUP 1. Skin Relief Spot Film Gel2. Flawless Cream Concealers - 4 Shades#01 Vanilla (Pink beige #21), #02 Ginger (Warm ivory #21)#03 Honey (Warm peach #23-#25)#04 Mocha (Deeper yellow #30)3. Eye Palette Sunrise & Moonrise ( bcl X Althea) - 8 ShadesShimmery nude pinkMatte light brownMetallic rose goldMetallic goldRich brown golden shimmerDeep winePink shadowCool purple4. Watercolor Cream Tint - 4 shades#01 Plum Cream#02 Strawberry Cream#03 Peach Cream#04 Marron Cream5. Spotlight Eye Glitter - 2 shades
Pink LightGold Light
TUTORIAL SIMPLE MAKEUP
Step 1: Jika ada sebarang jerawat, dark spot atau kesan jerawat kemerah-merahan tu sapu nipis Althea Skin Relief Spot Film Gel untuk merawat dan meredakan jerawat supaya tak nampak ketara bila mengenakan makeup dan hasil makeup nampak lebih cantik bila dapat tutup jerawat tu. Kulit pun lebih licin masa nak makeup. Pastikan sapu nipis sebelum makeup dan biarkan kering sehingga lebih kurang 5 minit. Wajib tunggu kering sebab kaedah dia macam tampal jerawat tu.
Step 2 : Gunakan concealer berwarna terang untuk highlight dan warna gelap untuk contouring. Fungsi highlight dan contouring ni untuk nampak muka lebih slim dan makeup on point lah of course! Cara Fiza pakai macam dalam video bawah ni. Maaf kalau silap, budak baru belajar
Step 3 : Fiza buat 2 looks eyeshadow style mengikut tema eye palette ni iaitu sunrise dan moonrise.
Sunrise : Matte light brown Rich brown golden shimmer Metallic gold
Moonrise :Matte light brown Cool purple Deep wine Metallic rose gold
Step 4: Selepas pakai eyeshadow tu, Fiza gunakan spotlight eye glitter gold light untuk sunrise looks dan pink light untuk moonrise looks sebagai eyeliner (atas kelopak mata) dan juga apply sikit pada sudut mata.
Step 5 : Akhir sekali barulah apply watercolor cream tint untuk perfect makeup. Pilih watercolor cream tint yang sesuai dengan tema eyeshadow tadi. Kalau nak buat Makeup style Korea, kau orang perlu buat ombre lip lah
Dah siap! Mudah dan cepat je makeup style beginner ni. Paling Fiza suka style macam ni lah. Simple! Kalau ada masa lebih, tambahkan winged eyeliner dan juga pakai mascara. Untuk mata sepet ni, pakai eyeliner hujung-hujung je MUA cakap. Jadi, Fiza pakai hujung mata je lah buat winged
Nah, serba ringkas full video tutorial makeup menggunakan Althea MakeUp Set cara Fiza
Full Althea Exclusives Makeup Set ni, kau orang boleh buat pembelian terus melalui website Althea Korea. Package akan diterbangkan nun jauh dari Korea dengan penghantaran percuma (T&C). Suka makeup style ala Korea? Jangan lupa masuk bakul Althea Makeup Set ni
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azhafizah.com/2019/02/full-video-tutorial-makeup-menggunakan-Althea-Makeup.html