Fuhh Top Teratas Penebang Hutan Dunia Power Lah Malaysia


Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menduduki tempat teratas senarai syarikat pelabur global yang mengancam alam sekitar dengan penebangan hutan

Beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terdiri daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (Kwap) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) juga berada pada kedudukan 10 teratas

Sementara itu, Malayan Banking Berhad (Maybank) pula tersenarai antara 10 institusi kewangan teratas yang memberikan pinjaman kepada syarikat berkait penebangan hutan

Senarai tersebut dibuat oleh Forests and Finance, suatu inisiatif yang bertujuan untuk menyorot dan meminimumkan peranan kewangan dalam menyumbang kepada kegiatan penebangan hutan

Ia kerjasama antara beberapa kumpulan alam sekitar dari seluruh dunia termasuk Sahabat Alam Malaysia, Rainforest Action Network, TuK Indonesia, Profundo dan Amazon Watch (gambar webminar, bawah)

Sistem kedudukan 'ranking' ini berdasarkan pada daftar 300 syarikat di seluruh dunia yang dikenal pasti sebagai "syarikat berisiko terhadap hutan" kerana operasi mereka dalam pengeluaran minyak sawit, soya, getah, kayu, daging lembu dan kertas

Data terkini yang tersedia untuk umum digunakan untuk mengesan pembiayaan yang diterima oleh syarikat-syarikat ini

Diukur berdasarkan kuantum kewangan, Forests and Finance meletakkan PNB sebagai pelabur nombor satu syarikat berisiko terhadap hutan dengan nilai AS$5.710 bilion (RM23.460 bilion) pada April 2021

Kesemua lima penerima teratas pelaburan PNB dalam kategori ini adalah syarikat konglomerat ladang kelapa sawit - Sime Darby, IOI Group, Batu Kawan Group, Genting Group dan United Plantations

Batu Kawan Group ialah syarikat induk Kuala Lumpur Kepong Bhd

Di tempat kedua dalam senarai itu adalah KWSP, dengan pelaburan AS$4.162 bilion (RM17.100 bilion) ke dalam syarikat berisiko terhadap hutan

Lima pelaburan teratas dalam kategori ini hampir serupa dengan PNB kecuali pengilang sarung tangan getah Top Glove

Di tempat keenam dalam senarai "pelabur teratas" adalah Kwap yang melabur AS$1.274 bilion (RM5.220 bilion) ke dalam syarikat berisiko terhadap hutan, lima daripadanya adalah Sime Darby, Top Glove, IOI Group, Genting Group dan IJM Group

Felda menduduki tempat ketujuh dengan pelaburan AS$1.110 bilion (RM4.560 bilion)

Lima pelaburan berisiko terhadap hutan teratas adalah Felda Group, Batu Kawan Group, Boustead Group dan TH Group

Konglomerat swasta Genting melengkapkan senarai 10 teratas dengan AS$913 juta (RM3.750 bilion) dilaburkan ke dalam syarikat berisiko terhadap hutan

Walau bagaimanapun, laman web Forest and Finance tidak memberikan profil mengenai siapa benefisiari paling atas

Sementara itu, Maybank pula berada pada kedudukan ketujuh dalam senarai "pemberi pinjaman teratas" yang memberikan pembiayaan AS$7.504 bilion (RM30.830 bilion) kepada syarikat yang berisiko terhadap hutan

Antara tahun 2016 dan 2020, pelanggan utama bank dalam kategori ini adalah Albukhary Group, Sinar Mas Group, Batu Kawan Group, Sime Darby Plantations dan Triputra Group

Maybank juga membuat pelaburan besar ke dalam syarikat berisiko terhadap hutan

Sehingga April 2021, lima syarikat teratas dalam kategori ini adalah Top Glove, Sarawak Oil Palms, TSH Group, Batu Kawan Group dan Hap Seng Group

Forest and Finance berkata pihaknya telah menghubungi semua syarikat yang dinamakan untuk memberi komen mengenai sistem rankingnya

Senarai 300 syarikat berisiko ancam hutan yang dikaji Forest and Finance dimaksudkan untuk berfungsi sebagai "sampel perwakilan" syarikat yang mempengaruhi hutan hujan dan bukan senarai lengkap

Syarikat-syarikat ini dipilih berdasarkan ukuran firma, keluasan tanah operasi, akses terhadap informasi tentang pembiayaan mereka dan kesan negatif yang diketahui daripada operasi mereka terhadap alam sekitar

Bercakap pada forum dalam talian mengenai Hutan dan Kewangan petang ini, penyelidik kanan Profundo, Ward Warmerdam berharap institusi kewangan akan lebih peka apabila terlibat dalam pengawalseliaan dengan syarikat berisiko terhadap hutan

Profundo adalah sebuah organisasi bukan berorientasikan keuntungan yang berpusat di Amsterdam, Belanda

"Sebagai contoh, sebuah bank memberikan pinjaman kepada sebuah syarikat kelapa sawit dan syarikat itu baru-baru ini melakukan pembukaan tanah dengan pembakaran hutan. Kemudian syarikat itu boleh didenda atau konsesinya mungkin ditamatkan

"Dengan pembatalan konsesi, pengeluaran dipengaruhi dan kemampuannya untuk menjana pendapatan yang mencukupi tentu saja berkurang, yang menjadikannya lebih sukar untuk membayar pinjaman

"Sekiranya syarikat lebih sukar untuk membayar balik pinjamannya, maka ini merupakan risiko kepada bank yang memberikan pinjaman ini [...] jadi kami percaya risiko terhadap alam sekitar, sosial dan urus tadbir ini dapat diterjemahkan kepada risiko kewangan," katanya

Oleh itu, Warmerdam berharap bank dan pelabur dapat membantu mendorong amalan perniagaan yang lebih sensitif terhadap alam sekitar

"Kami percaya institusi kewangan perlu menerapkan dasar yang bukan hanya untuk tujuan mereka sendiri supaya mengurangi risiko kewangan mereka sendiri, tetapi juga mendorong syarikat untuk menambah baik amalan perniagaan mereka

"Yang akan mengurangkan risiko sebenar di lapangan untuk masyarakat setempat dan alam sekitar," katanya

malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2021/06/fuhh-top-teratas-penebang-hutan-dunia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Train Wrecks In Malaysia Bodek Like This Like That Lah

Train Wrecks In Malaysia Bodek Like This Like That Lah

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 261 hits
Man what a week it has been We had a few train wrecks including an actual one Many were injured we wish them swift recovery A train driver was thrown under the wheels by a minister His chairman was also thrown under the wheels by another mi...
Burger Malaysia Kayangan Viral Gebu Sambal Power Bilisnya Ranggup Buat Confirm Jadi

Burger Malaysia Kayangan Viral Gebu Sambal Power Bilisnya Ranggup Buat Confirm Jadi

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 600 hits
Berilah pelbagai resipi yang sedap dan menarik pun kuih tradisional tetap menjadi kesukaan Sesekali nak cuba resipi kuih moden ok je tapi orang kata kuih tradisional auranya lain macam sikit Bagi anda yang gemar makan burger Malaysia kali i...
Malaysia Top Investment Destination For Chinese Companies

Malaysia Top Investment Destination For Chinese Companies

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 275 hits
A recent survey has revealed Malaysia as the top choice for Chinese companies looking for expansion opportunities in Asean with the region expected to see growth over the next 12 months The Borderless Business China Asean Corridor survey co...
5688 Jangan Lengah Polemik Moratorium Ngo Utusan Malaysia 09 06 2021

5688 Jangan Lengah Polemik Moratorium Ngo Utusan Malaysia 09 06 2021

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 189 hits
PETALING JAYA Kerajaan digesa mengambil tindakan proaktif dan tanpa lengah menghentikan polemik moratorium bagi meringankan beban rakyat khususnya golongan B40 dan M40 dalam tempoh pelaksanaan sekatan pergerakan penuh ini Koordinator Gabung...
Yoursay He S The Biggest Baggage Malaysia Has To Endure

Yoursay He S The Biggest Baggage Malaysia Has To Endure

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 275 hits
YOURSAY I think most people in Harapan must be rather relieved not to have to entertain Pejuang PW Cheng Former prime minister Dr Mahathir Mohamad you directly and indirectly brought the country to its knees In good times that might not be ...
Homega Fish Oil Malaysia No 1

Homega Fish Oil Malaysia No 1

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 979 hits
Malaysia s No 1 Fish Oil with Vitamin K2 and D3 REDUCE CHOLESTEROL and CLEAN ARTERIES effectively with just 1 capsule daily Functions of HOMEGA FISH OIL Improve Blood Circulation Improve Numbness Reduce Arterial Stiffness Speed up Metabolis...
Kao Malaysia Defining The New Normal Of Parenting

Kao Malaysia Defining The New Normal Of Parenting

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 204 hits
An unprecedented series of events that have shocked the world and changed the course of time as we know it the recent pandemic has certainly altered the livelihood for all Malaysians A precarious time as we are slowly adjusting to moving pa...
Entertained At Home With 30 Day Lego Challenge By Legoland Malaysia Resort

Entertained At Home With 30 Day Lego Challenge By Legoland Malaysia Resort

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 195 hits
LEGOLAND Malaysia Resort Keeps Families Entertained at Home with 30 Day LEGO ChallengeL EGOLAND Malaysia Resort recently launched its 30 Day LEGO Challenge on social media inviting families to build various LEGO creations based on daily the...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia

Update Youtube 2025 Semua Video Dengan Judul Thumbnail Clickbait Dihapus