Frozen Semuanya Diketemui


All is Found adalah lagu daripada filem Frozen 2 yang menghantui diri Tedi. Tak tahulah kenapa melodinya terasa nostalgia?
Lagu ini dinyanyikan oleh Queen Iduna iaitu ibu kepada Elsa dan Anna semasa mendodoikan mereka. Ternyata dalam lagu dodoian ini terdapat panduan kepada Elsa mengenai sebuah sungai ajaib bernama Ahtohallan yang dikatakan mengandungi memori semua hidupan. Lagu ini memandu Elsa bagaimana menghadapi sungai ajaib Ahtohallan ni.
Gambar 3 permaisuri kerajaan Arendelle iaitu Queen Iduna, Queen Elsa, dan Queen Anna. Perhatikan persamaan gaya rambut mereka yang digayakan oleh Elsa (dalam filem Frozen) dan Anna (dalam Frozen 2) pada pertabalan mereka sebagai permaisuri mungkin sebagai mengenang ibu mereka.Lagu ini sebelumnya diwariskan kepada Queen Iduna daripada ibunya, dan kemudian di dalam filem Frozen 2 ini kelihatan lagu ini diketahui oleh semua kaum Northuldra.
Kenapa Tedi katakan lagu All is Found ini panduan buat Elsa, tidak termasuk Anna? Sebab Anna dah terlelap semasa lagu ini dinyanyikan.
Lirik "All is Found" dan terjemahanRangkap 1
Where the north wind meets the sea
Di mana angin utara bertemu lautan
There's a river full of memory
Terdapat satu sungai penuh dengan ingatan
Sleep, my darling, safe and sound
Tidurlah sayangku dengan selamat dan lena
For in this river all is found
Kerana dalam sungai ini semuanya diketemui
Rangkap 2
In her waters, deep and true
Pada airnya, dalam dan benar.
Lie the answers and a path for you
Terhampar jawapan dan jalan bagi dirimu
Dive down deep into her sound
Selami ke dalam bunyinya
But not too far, or you'll be drowned
Tetapi jangan terlalu jauh atau dirimu akan lemas
Rangkap 3
Yes, she will sing to those who hear
Ya, ia akan menyanyi buat yang mendengar
And in her song all magic flows
Dan dalam nyanyiannya semua keajaiban mengalir
But can you brave what you most fear
Tetapi beranikah engkau hadapi apa yang paling kau takuti?
Can you face what the river knows
Bolehkah kau hadapi pengetahuan sungai itu?
Rangkap 4
Where the north wind meets the sea
Di mana angin utara bertemu lautan
There's a mother full of memory
Ada seorang ibu penuh dengan ingatan
Come, my darling, homeward bound
Marilah wahai sayangku, menuju ke rumah
When all is lost, then all is found
Apabila semuanya hilang, semuanya diketemui.
Maksud Rangkap 1Terdapat sebuah sungai di lautan di bahagian utara Arendelle. Sungai ini menyimpan ingatan atau kisah silam semua hidupan.
Maksud Rangkap 2Di dalam sungai Ahtohallan ini ada jawapan tetapi perlu menyelam ke dalamnya untuk mengetahui semua kisah silam. Tetapi ada amaran jangan pergi terlalu jauh atau kita akan lemas. Masalahnya ialah jika Elsa ingin tahu dengan lebih mendalam, dia kena menyelam ke bahagian lubuk Ahtohallan.
Maksud Rangkap 3Sungai Ahtohallan akan menyanyi memanggil siapa yang mendengar (mungkin buat mereka yang ada kuasa ajaib seperti Elsa sahaja). Di dalam nyanyian Ahtohallan ada kuasa ajaib.
Tetapi beranikah Elsa menghadapi ketakutannya? Mungkin ketakutan kepada kuasa ajaibnya, atau mungkin amaran buat Elsa bahawa tidak semua ingatan dalam air Sungai Ahtohallan itu indah belaka, kerana akhirnya Elsa dapat tahu bahawa datuknya adalah pengkhianat yang membunuh ketua kaum Northuldra.
Maksud Rangkap 4Rangkap keempat ni agak memeningkan. Tetapi babak Frozen 2 menunjukkan Elsa dapat berjumpa dengan memori kaum ibu di Ahtohallan. Jadi Ahtohallan tu mungkin rumah buat mereka yang ada kuasa ajaib seperti Elsa.
Elsa hanya akan mengetahui semua rahsia apabila dia kehilangan semuanya, mungkin bermaksud setelah dia mati. Ya, Elsa mati dalam filem Frozen 2 ni, dan selepas itu dia mahir dengan kuasanya dan dirinya sebagai pemilik saka yang menghubungkan 4 saka yang lain.
Elsa kini penghubung di antara dunia saka dan dunia manusia.
Ditaip pada 20200523. Lirik "All is Found" daripada filem Frozen 2. Muzik dan lirik oleh Kristen Anderson-Lopez dan Robert Lopez. Dinyanyikan oleh Evan Rachel Wood sebagai Queen Iduna. Terjemahan sesuka hati oleh Tedi InterpretZZ.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.interpretzz.com/2020/05/frozen-semuanya-diketemui.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tolong Doakan Saya Rajin Bersedekah Waktu Pregnant Waktu Bersalin Semuanya Mudah

Tolong Doakan Saya Rajin Bersedekah Waktu Pregnant Waktu Bersalin Semuanya Mudah

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 319 hits
Setiap ibu hamil pasti akan merasa risau dan gelisah jika membayangkan proses bersalin Sering tertanya tanya bagaimana keadaannya nanti ketika dalam proses melahirkan anak Mudah ke susah ke Hari hari berdoa agar dilancarkan segala urusan Ki...
Hiburan Huawei Y6p Dilancarkan Cuma Rm559 Gaya Skrin Bateri Semuanya Besar

Hiburan Huawei Y6p Dilancarkan Cuma Rm559 Gaya Skrin Bateri Semuanya Besar

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 428 hits
Apabila ingin membeli sebuah smartphone apakah 3 perkara utama yang perlu ditekankan Bateri yang besarSkrin yang besarGaya rekaan yang besar menarikKetiga tiga faktor ini amat penting untuk kita menikmati pengalaman menggunakan telefon pint...
Kuih Frozen

Kuih Frozen

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 930 hits
Assalamualaikum hai readers Selamat berpuasa Allah separuh bulan dah kan kita berpuasa ni Macam sekejap pula rasanya Masih belum puas nikmati suasana Ramadan ni Rindu sayu macam macam perasaan wujud dalam benak perasaan Apatah lagi puasa ta...
Beraya Dalam Norma Baru 20 Gambar Selebriti Sambut Hari Raya Meriah Dengan Anak Anak Sedondon Ceria Semuanya

Beraya Dalam Norma Baru 20 Gambar Selebriti Sambut Hari Raya Meriah Dengan Anak Anak Sedondon Ceria Semuanya

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 554 hits
Syawal kali ini mungkin tidak seperti tahun tahun terdahulu Maklum sahaja negara malah dunia sedang bertarung dengan virus pandemik Covid 19 Namun itu tidak menghalang rakyat untuk menyambut hari kemenangan setelah sebulan berpuasa dengan m...
Semuanya Baik Selamat Malam Ayat Terakhir Kru Mh 370

Semuanya Baik Selamat Malam Ayat Terakhir Kru Mh 370

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 310 hits
Itulah yang dilaporkan oleh pusat kawalan udara Malaysia ketika mereka menyerahkan kawalan udara kepada Pusat Kawalan Udara Ho Chi Minh Tetapi 3 minit kemudian pusat kawalan udara Vietnam itu mendapati MH 370 hilang daripada radar manakala ...
Ketupat Palas Frozen Utara Jadi Pilihan

Ketupat Palas Frozen Utara Jadi Pilihan

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 322 hits
Ketupat Palas Frozen Utara Jadi Pilihan Setiap tahun sudah menjadi salah satu punca rezeki nieyl pada setiap kali bulan ramadhan Tahun 2020 merupakan tahun ke 4 projek raya nieyl beroperasi Syukur Alhamdulillah bermula dengan kuantiti tempa...
Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Pasaran Saham As Dalam Zon Merah Dow Jones 0 4 Nasdaq 0 1 Laporan Korporat Yang Memberangsangkan Tidak Menyelamatkan

The Benefits And Considerations Of Whole Life Insurance

Claims Sarawak Seeks Stake In Ambank Mere Speculation Says Abang Jo

High Court Rules It Has Jurisdiction To Hear Lawsuit Against Raghad

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Precious Metal Recovery Services Malaysia A Great Investment


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Loko Pemuda Chord

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Bull Ring A Taurine Triumph Bonneville Scrambler From Spain

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Syawal Ke 4 Adik Beradik Dan Keluarga Sa

Mmasa Jadi Kerajaan 33 Bulan Tak Mampu Pikir Pun Sibuk Bab Lain