Frontliner Kongsi Kesan Kesihatan Mental Disebabkan Covid 19 Khuatir Natijah Lebih Buruk Menunggu


Gambar hiasan/BERNAMAPixGambar hiasan/BERNAMAPix
Gelombang keempat penularan Covid-19 di negara ini yang bermula pada Jun lepas, merupakan yang terburuk setakat ini apabila ribuan nyawa menjadi korban, dan bagi pakar patologi forensik Dr Nur Ayutimasery Abdullah, tekanan yang membebani beliau dan pasukannya begitu hebat.

Gambar fail, kontena mayat. Beliau berkata apa yang benar-benar membezakan gelombang terbaru itu dengan yang terdahulu ialah keadaan pesakit merosot dengan amat pantas, sekali gus menyebabkan petugas berdepan kesukaran untuk mendapatkan bekalan oksigen buat semua pesakit yang memerlukan.

Pada masa yang sama katanya, beliau dan rakan setugas juga terpaksa menangani ketakutan membawa pulang virus maut tersebut dan menjangkiti ahli keluarga serta rakan memandangkan pada waktu itu tidak semua memperoleh vaksin Covid-19.


“Walaupun saya tidak pernah mengendalikan rakan-rakan sejabatan, saya tahu ada antara mereka yang menjadi mangsa (Covid-19). Penyakit ini tidak kenal siapa. Kita ingat kita akan selamat, tapi tahu-tahu kita juga dijangkiti,” katanya.


Beberapa jururawat HTAR yang ditemui Bernama mendedahkan mereka berasa amat tertekan pada Julai dan awal Ogos lepas kerana seringkali berhadapan dengan masalah kekurangan petugas. Rakan sekerja terdedah kepada jangkitan dan terpaksa dikuarantin, sekali gus menambah beban tugas kepada yang lain yang adakala menjaga lebih 20 pesakit setiap seorang.


Seorang daripada mereka memberitahu beliau berasa sangat sedih apabila netizen mengkritik kononnya tidak menerima jagaan yang sewajarnya daripada jururawat.


“Mereka tidak faham cara kami bekerja,” keluhnya.

Dr Nur Ayutimasery berkata walaupun jabatannya mengendalikan mayat setiap hari, ada kes kematian akibat Covid-19 yang benar-benar menyentuh perasaan mereka seperti satu kes pada Julai, melibatkan sepasang suami isteri.

“Kedua-duanya meninggal dunia akibat Covid-19. Satu-satunya individu yang dapat kami hubungi (pada peringkat awal) ialah anak lelaki mereka yang berusia 11 tahun,” katanya dengan nada sebak. Menurutnya, mereka kemudian dapat menghubungi bapa saudara kanak-kanak itu yang datang menuntut jenazah pasangan suami isteri tersebut.


Ditanya mengenai kaunseling, ramai petugas kesihatan terbabit menyatakan mereka tidak ada masa untuk mendapatkan khidmat itu. Berat hati Pihak pengurusan HTAR yang memuji kekuatan mental dan fizikal barisan petugasnya, berkata mereka yang berkhidmat dalam bidang penjagaan kesihatan selalunya tabah. Namun mereka juga mengakui keunikan cabaran yang dibawa oleh Covid-19.

“Petugas penjagaan kesihatan sudah biasa menghadapi bencana. Cuma bencana yang berlaku sekarang ini masih belum berakhir,” kata Pengarah HTAR Dr Zulkarnain Mohd Rawi.

Beliau berkata hospital itu berusaha mengurangkan stres dan kelesuan dalam kalangan tenaga kerjanya dengan menetapkan setiap petugas berehat sehari selepas tiga hari bekerja, selain menggalakkan mereka mendapatkan terapi daripada ahli psikoterapi hospital.

Bagaimanapun sesetengah petugas mungkin keberatan untuk berbuat demikian kerana khuatir akan menerima padah sekiranya mendapatkan bantuan dalaman hospital.


Dr Hariyati berkata setakat ini, lebih 160 petugas barisan hadapan HTAR mendapatkan perkhidmatan psikososial daripada MERCY Malaysia, dan menambah ramai yang bimbang tentang aspek kerahsiaan.

Beliau juga berkata Covid-19 menekankan kepentingan kesihatan mental, justeru tabu atau stigma tidak seharusnya wujud terhadap sesiapa sahaja termasuk petugas barisan hadapan yang mendapatkan sokongan emosi.

Tambah beliau, semua tempat kerja harus menyediakan ruang yang selamat untuk pekerja mereka mendapatkan bantuan selain memberikan jaminan tidak ada akibat buruk yang menanti mereka.

“Kesihatan mental tidak harus dikesampingkan. Perkara ini bukan sesuatu yang hanya kita bincang apabila ada kes bunuh diri,” ujarnya.

“Kesimpulannya, adalah amat penting untuk kita meyakinkan mereka bahawa okey untuk mereka mendapatkan sokongan dan okey bagi mereka berjumpa ahli psikologi.” Tanda-tanda masalah mental Kesedihan, stres dan keresahan melampau yang berpotensi menjadi kecelaruan mental seperti kecelaruan stres pascatrauma (PTSD) boleh dicegah menerusi pelbagai cara.

Perunding psikologi yang juga penasihat MERCY Malaysia Dr Haryati Abdul Majid berkata antara tanda-tanda utama yang perlu diperhatikan ialah perubahan sikap dan corak hidup yang berlaku dalam jangka panjang.

“Perhatikan tanda-tanda seperti perubahan selera - sesuatu yang sangat biasa. Kadang-kadang kita dengar ‘saya tak nak makan, tak ada selera’. Kalau sehari tidak mengapa, namun jika mereka menunjukkan penurunan selera makan yang ketara, mengalami susut berat badan selama lebih dua bulan, ini bermakna ada sesuatu yang lebih serius,” jelasnya.

Begitu juga jika sebaliknya, yang mana peningkatan selera makan secara berterusan turut menandakan kewujudan masalah emosi dan kesihatan mental yang serius.

Dr Hariyati berkata satu lagi tanda ialah gangguan corak tidur seperti mengalami mimpi ngeri serta sukar tidur atau tidur yang berpanjangan hingga berminggu-minggu dan berbulan.

Menurutnya, sesetengah individu juga mungkin menjauhkan diri daripada orang lain, termasuk kawan dan ahli keluarga.

Mereka mungkin perlukan ruang untuk bersendirian buat seketika, namun jika berterusan hingga 2 bulan atau lebih, ini juga menandakan wujud masalah, katanya, menambah pada waktu tersebut, orang yang tersayang perlu mendekati dan menasihati mereka agar mendapatkan kaunseling. -Bernama

SOURCE: The Sun Daily

Kongsikan artikel ini: ***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/09/frontliner-kongsi-kesan-kesihatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Beri Impak Kesihatan Mental Dr Noor Hisham

Covid 19 Beri Impak Kesihatan Mental Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 261 hits
Masyarakat di Malaysia tidak terkecuali daripada menerima impak kesihatan mental akibat situasi pandemik COVID 19 kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Beliau berkata faktor sosial yang menyebabkan stres terlampau an...
Group Whatsapp Keluarga Boleh Pengaruhi Kesihatan Mental Secara Negatif

Group Whatsapp Keluarga Boleh Pengaruhi Kesihatan Mental Secara Negatif

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 192 hits
September 11 2021 Ramai juga di antara remaja yang mengakui kumpulan WhatsApp keluarga mempengaruhi kesihatan mental mereka secara tidak langsung Selain berfungsi menyebarkan informasi berkaitan hal remeh temeh sehingga yang serius kumpulan...
Hiburan Jadi Artis Je Tak Boleh Cakap Salah Kesihatan Mental Diusik Janna Nick Beri Respon

Hiburan Jadi Artis Je Tak Boleh Cakap Salah Kesihatan Mental Diusik Janna Nick Beri Respon

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 330 hits
Janna Nick sememangnya sinonim dengan pelbagai berita sensasi Malah sikapnya yang terbuka dengan kritikan ramai sering menjadi perhatian netizen ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementTerbaharu Janna mengakui terkilan terhadap sebuah komen daripada...
Drama The Hotel Beri Perspektif Lain Tentang Isu Kesihatan Mental

Drama The Hotel Beri Perspektif Lain Tentang Isu Kesihatan Mental

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 314 hits
Drama rantaian The Hotel ialah sebuah naskhah asal yang mengangkat tentang isu kesihatan mental terbitan syarikat produksi Juida Viden Sdn Bhd Penceritaan drama 24 episod yang menyuntik elemen konflik cinta romantik penuh misteri dan manipu...
Vaksin Covid 19 14 Agamawan Tolak Vaksin Atas Faktor Kesihatan

Vaksin Covid 19 14 Agamawan Tolak Vaksin Atas Faktor Kesihatan

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 261 hits
Sebilangan besar golongan agamawan dan azatizah di Pulau Pinang sudah menerima suntikan vaksin COVID 19 Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata setakat ini hanya 14 individu dalam kalangan agamawan di negeri itu tid...
Wanita Ini Kongsi Cara Disiplin Simpan Duit Tanpa Usik Setahun Dapat Lebih Rm4 Ribu

Wanita Ini Kongsi Cara Disiplin Simpan Duit Tanpa Usik Setahun Dapat Lebih Rm4 Ribu

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 305 hits
Di mana ada kemahuan pasti akan berjaya Prinsip ini boleh memotivasikan sesiapa sahaja yang betul betul bertekad nak buat sesuatu Dalam bab menyimpan duit sebenarnya tak perlu nak simpan banyak sekaligus Paling penting buat ikut kemampuan d...
Guna Kod Qr Pada Kit Ujian Kendiri Covid 19 Untuk Kesan Keputusan Negatif Kata Pakar

Guna Kod Qr Pada Kit Ujian Kendiri Covid 19 Untuk Kesan Keputusan Negatif Kata Pakar

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 224 hits
Buat masa ini butiran mereka yang membeli kit ujian kendiri Covid 19 dari farmasi direkod GEORGE TOWN Kod QR ringkas boleh menjadi jawapan kepada masalah keputusan ujian Covid 19 negatif yang tidak dilaporkan Mengulas kenyataan kerajaan bah...
Peranti Kesan Covid 19 Melalui Bau Badan

Peranti Kesan Covid 19 Melalui Bau Badan

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 189 hits
AFPPenyelidik dari Universiti Chulalongkorn menunjukkan peranti yang digunakan untuk mengesan Covid 19 daripada bau badan FOTO AFPPenyelidik dari Universiti Chulalongkorn menunjukkan peranti yang digunakan untuk mengesan Covid 19 daripada b...
Panas Justo Gesa Najib Periksa Kesihatan Mental

Panas Justo Gesa Najib Periksa Kesihatan Mental

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 234 hits
September 9 2021 Pemberi maklumat yang menarik perhatian selepas membocorkan dokumen berkaitan 1MDB mengecam Najib Razak kerana mendakwa beliau dipecat PetroSaudi International Sambil mendakwa penulisan Najib penuh dengan pembohongan Andre ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih