Free Game Online Di Mortgage Calculator Didik Anak Celik Kewangan
Ramai ibu bapa beranggapan yang pemahaman tentang ilmu kewangan tak perlu ditekankan kepada kanak-kanak kerana ia merupakan proses pembelajaran seiring masa. Bila anak dah besar, mereka akan mula belajar tentang kepentingan menyimpan dan akan terbuka minda untuk tahu lebih lanjut mengenai ilmu kewangan.
Namun berbeza pula dengan saya. Saya rasakan bahawa usaha abah memperkenalkan kami dengan konsep menabung sejak kecil amat membentuk jati diri saya kini mengenai wang. Selain itu, pengalaman melihat abah menjerit kegembiraan apabila saham yang dibelinya membuat untung, amat membuka mata saya mengenai kepentingan merancang dan berilmu sedari kecil.
Konsep asas pelaburan yang melibatkan proses compounding itu sendiri memberikan keuntungan lebih tinggi jika dimulakan seawal usia. Jadi pemahaman mengenai ilmu kewangan juga seharusnya sudah mula ditekankan kepada kanak-kanak sejak di bangku sekolah rendah lagi supaya minda mereka mampu merancang dengan lebih baik dalam hal yang melibatkan kewangan.
Free Game Online Didik Anak Celik KewanganSukar dilentur dengan buku, kanak-kanak kini lebih mudah tertarik dengan permainan interaktif dan menghiburkan. Jika diberi buku, fokus mereka akan hilang dalam masa tak sampai satu jam, tetapi dengan permainan interaktif seperti video games atau menonton siri kartun kegemaran, mereka mampu habiskan masa sepanjang hari di depan skrin.
Dalam dunia tanpa sempadan sekarang, era siber menjadi sesuatu yang biasa pada masa kini. Tak salah jika kita benarkan anak-anak bermain permainan game online namun haruslah sentiasa dipantau oleh orang tua. Sebagai ibu bapa, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan anak-anak mendapat pendidikan terbaik samada melalui pembacaan atau dengan bantuan teknologi.
Bagi pastikan anak-anak tak rasa terbeban untuk belajar mengenai ilmu kewangan, saya selitkan sekali sesi pembelajaran dalam perkara yang mereka suka lakukan. Auni dan Ameera suka bermain permainan games samada di komputer atau telefon bimbit, jadi saya ambil pendekatan agar mereka boleh belajar sambil bermain melalui aktiviti kegemaran mereka tanpa rasa dipaksa.
Sebab itu saya benarkan mereka bermain permainan games online di Mortgage Calculator.
Mortgage Calculator | Games Online Celik KewanganSyukur kini usaha mendidik anak-anak boleh dilakukan secara mudah tanpa melibatkan sebarang paksaan dan tengkingan. Permainan educational games yang terdapat di Mortgage Calculator bukan sahaja memudahkan saya dalam proses mendidik anak-anak, malah turut membantu menambahkan pemahaman asas kepada mereka dalam cara yang menggembirakan.
Apa yang paling saya suka dengan Mortgage Calculator Games tentulah kerana saya tak perlu buat sebarang langganan, tiada iklan sepanjang permainan, tak perlu muat naik aplikasi, tak perlu mendaftar masuk, boleh bermain pada bila-bila masa, mobile-friendly dan yang yang paling penting adalah ianya percuma. Jadi anak-anak boleh bermain sambil belajar sepanjang hari!
Bukan sahaja mempunyai koleksi permainan berkaitan kewangan semata-mata malah terdapat juga pelbagai educational games lain yang boleh dicuba seperti permainan hartanah, simulasi perniagaan, pembentukan software dan politik di pejabat. Kedengarannya macam susah kan? Tapi sebenarnya kebanyakan games yang terdapat di Mortgage Calculator adalah mencabar dan menyeronokkan.
1. Grocery CashierAnak suka main permainan jual beli? Apa kata beri peluang kepada mereka untuk jadi cashier dalam Grocery Cashier. Walaupun kedengaran mudah namun ia agak mencabar kerana melibatkan operasi matematik iaitu tambah dan tolak dalam topik matawang. Mampu melatih kepantasan anak membuat kiraan dengan menggunakan mesin wang yang telah disediakan, kebijaksanaan anak teruji apabila wang pelanggan perlu dipulangkan dalam masa yang ditetapkan.
Perlu berfikir seperti seorang juruwang, Auni perlu buat kiraan pantas menggunakan mesin wang dengan menambah semua barangan dibeli pelanggan dan memulangkan baki wang setelah menerima bayaran dalam bentuk baucer. Setiap transaksi perlu dilakukan dalam ruang masa terhad, jadi Auni perlu biasakan diri untuk gunakan mesin kira dan pantas berfikir untuk mengira jumlah voucher yang diberi pelanggan. Ha, agak mencabar kan?
2. StocksSaya sendiri adalah salah seorang pembeli saham. Jadi saat anak datang dan bertanya tentang saham yang naik dan turun sewaktu saya sedang menganalisis graf, agak sukar untuk saya terangkan kepada mereka. Namun dengan bantuan game Stocks, anak kini tahu mekanisma asas pembelian saham iaitu beli ketika harga jatuh dan jual semasa harga naik. Mudah!
Ingin kenalkan anak dengan ilmu pelaburan saham? Suruh mereka bermain Stocks. Kepantasan berfikir anak-anak akan diuji apabila mereka perlu memilih samada untuk buat belian atau jualan saham dengan berpandukan graf yang sentiasa bergerak dalam jangka masa 30 hari menggunakan modal awal sebanyak $500. Bolehkah anak menggandakan jumlah wang tersebut atau sebaliknya?
Pada awal permainan, Auni hanya mampu gandakan wang modal sebanyak sekali ganda tetapi setelah bermain berulang kali, Auni makin faham cara bagaimana ia bekerja dan berjaya gandakan wang modal sehingga tiga kali ganda. Auni makin faham asas pelaburan saham dan gembira bila lihat wangnya berganda.
3. Treze CoinsHampir sama dengan Grocery Cashier, cuma bezanya game ini lebih mudah dan sesuai dimainkan oleh kanak-kanak di bawah usia 6 tahun seperti Ameera. Mereka hanya perlu masukkan duit syiling ke dalam slot mesin permainan mengikut jumlah yang diberikan. Sekiranya jumlah yang dimasukkan adalah tepat, sebiji bola berwarna akan keluar melalui mesin tersebut.
Mungkin tak begitu mencabar bagi Auni tapi permainan ini amat sesuai bagi Ameera kerana kebetulan pula saya sekarang sedang kenalkan Ameera dengan operasi tambah. Disebabkan Ameera telah habiskan hampir kesemua soalan dalam buku latihan matematik bagi topik penambahan, jadi kini saya biarkan Ameera bermain Treze Coins pula untuk kukuhkan pemahamannya.
Main Sambil Belajar | Main Game Free Tanpa DownloadSelain beberapa games yang saya senaraikan di atas, ada banyak lagi free games online yang Auni dan Ameera main di Mortgage Calculator. Saya galakkan juga Auni bermain games Ben 10 Omnicode dan Code Panda kerana saya lihat Auni amat berminat untuk tahu lebih lanjut tentang pemprograman dan coding. Meskipun tiada basic dalam ilmu coding namun game Ben 10 Omnicode bantu kenalkan Auni dengan fundamental dalam pemprograman.
Tak perlu download dan tak payah buat bayaran, ibu bapa pun tak perlu risau kerana anak-anak boleh bermain sambil belajar. Jadi siapa kata masa anak-anak akan terbuang begitu sahaja jika bermain free game online?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nurzariniismail.com/2023/01/free-game-online-mortgage-calculator-celik-kewangan.html