Buat Simpanan Pendidikan Anak Dari Awal Ini Institusi Kewangan Terbaik Pilihan Anda


Tanggungjawab ibu bapa hari ini sangat besar. Bukan setakat mendidik anak-anak mempunyai akhlak yang baik tetapi kita juga turut menyimpan impian untuk melihat anak-anak berjaya ke menara gading dan mampu menjadi insan berguna.
Namun semua ini memerlukan perancangan rapi sejak anak-anak kecil lagi. Tambah lagi dengan kos sara hidup yang semakin meningkat dari sehari ke sehari. Cabaran anak kita sekarang tak sama seperti zaman kita dulu-dulu. Malah harga sebuah pendidikan bukan sesuatu yang murah jika kita tidak membuat simpanan dari awal.
Berdasarkan analisis Pakar Kewangan Pengguna, Prof Madya Dr Mohamad Fazli Sabri sebelum ini menunjukkan kos pendidikan tinggi dijangka meningkat dalam masa 10 tahun akan datang dan ini sudah pastinya memberikan bebanan kepada keluarga terutama mereka yang tidak membuat perancangan awal dan sistematik.
Jadi bagi mengelakkan anak-anak terhimpit dengan hutang belajar, ibu bapa boleh mula merancang untuk membuat simpanan dari sekarang. Jika dilihat pada hari ini, rata-rata anak muda terbeban dengan hutang belajar setelah tamat pengajian. Jadi jika ibu bapa dah ada perancangan awal untuk menyediakan dana bagi menampung kos pengajian, sudah pasti boleh meringankan beban dan memudahkan anak-anak memulakan kehidupan dengan lebih baik.
PTPTN Institusi Kewangan Pendidikan & Simpanan Terbaik
Jadi bagi ibu bapa yang ingin memulakan simpanan untuk anak-anak, institusi kewangan pendidikan dan simpanan terbaik pilihan semestinya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Seperti yang anda sedia maklum, sudah bertahun-tahun PTPTN telah membantu masyarakat dari sudut pinjaman pendidikan bagi memberikan peluang kepada mereka untuk mencipta masa depan yang lebih baik.
Masa depan yang lebih baik juga adalah masa depan yang tidak hanya bergantung dengan pinjaman. Sejajar dengan itu, PTPTN memperkenalkan produk simpanan Simpan SSPN pada tahun 2004 sebagai alternatif serta galakan kepada masyarakat Malaysia khususnya ibu bapa untuk memulakan penabungan awal bagi tujuan pendidikan tinggi anak.
Simpan SSPN bantu ‘bebas’ hutang belajar
PTPTN telah membantu masyarakat Malaysia membuat perancangan kewangan bagi tujuan pendidikan seawal usia anak-anak sekali gus dapat melahirkan graduan tanpa hutang melalui Simpan SSPN. Dengan instrumen simpanan yang diwujudkan oleh PTPTN ini telah membantu ibu bapa di Malaysia untuk memulakan perancangan kewangan serta memahami kepentingan literasi kewangan terutama bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak.
Malah, melalui Simpan SSPN bukan sahaja mengurangkan kebergantungan pelajar kepada pinjaman tetapi juga menjadi ‘talian hayat’ kepada anak-anak sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada ibu bapa. Ini kerana, Simpan SSPN menyediakan manfaat perlindungan takaful sebagai jaminan masa depan anak-anak.
Ini adalah bukti keprihatinan PTPTN kepada pendeposit dan penerima manfaat agar peluang untuk anak-anak melanjutkan pengajian ke IPT tidak akan terhenti begitu sahaja sekiranya ibu bapa meninggal dunia. Sebagai ibu bapa juga, kita tidak boleh memberi jaminan selama mana kita akan berada bersama anak-anak, selama mana kita mampu untuk bekerja menyara dan mengumpul duit buat mereka. Tetapi sebagai ibu bapa, kita perlu bijak dan sentiasa mencari peluang menjadi yang terbaik buat anak-anak dengan memastikan masa depan mereka terus terjamin.
Simpan SSPN penyelamat anak lanjut pengajian
Ambil contoh Simpan SSPN Plus, kalau simpan pakej Delima RM50 sebulan dan terus menyimpan, sekiranya berlaku kematian ibu bapa, takaful akan memberikan manfaat sehingga RM60,000. Maknanya anak tersebut mempunyai RM60,000 untuk melanjutkan pengajian. Sekiranya ibu bapa meninggal dunia, anak yang ditinggalkan itu tidak terkapai-kapai untuk mencari jalan bagaimana untuk menampung kewangan untuk belajar.
Keduanya adalah insentif Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak. Geran Sepadan merupakan insentif kewangan yang disediakan oleh Kerajaan bagi tujuan pendidikan anak-anak. Oleh itu, pendeposit Simpan SSPN Prime yang berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000 layak dipertimbangkan untuk pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000 bagi penerima manfaat (anak) yang berjaya melanjutkan pengajian ke menara gading.
Ini juga merupakan salah satu insiatif PTPTN dalam memastikan hak anak-anak dari keluarga B40 tidak dinafikan. Katakan, ketika anak berjaya melanjutkan pengajian ke IPT, jumlah simpanan si ayah dalam akaun Simpan SSPN Prime adalah RM3,000, jumlah tersebut akan digandakan melalui Geran Sepadan. Secara tidak langsung, si anak telah mempunyai wang yang cukup sebagai persediaan awal ke IPT.
PTPTN ubah mindset ‘Daripada Terus Meminjam Kepada Terus Menyimpan
Selain itu, PTPTN juga berusaha mentransformasikan mindset masyarakat Malaysia daripada terus meminjam kepada terus menyimpan. Melalui usaha yang dibuat ini kita dapat melihat perubahan trend tersebut dapat mendidik masyarakat Malaysia untuk merancang kewangan.
Ibu bapa perlu melaksanakan perancangan kewangan ataupun ‘financial planning’ yang baik. Dengan membuat perancangan penabungan simpanan lebih awal sudah tentu dapat menjamin masa hadapan. Jadi kita hendak orang membuka minda mereka daripada dibelenggu pinjaman kepada kembangkan duit melalui simpanan. Kalau naik gaji RM100 sepatutnya ambil konsep simpan dulu, simpanlah dalam Simpan SSPN.

Pada awal usia anak 1 hari, ibu bapa boleh membuat perancangan kewangan dengan membuka akaun Simpan SSPN. Simpan SSPN dapat membantu melahirkan graduan tanpa hutang. Banyak keistimewaan dan manfaat yang disediakan dan setiap ringgit yang disimpan diberi jaminan sepenuhnya oleh kerajaan.
PTPTN tidak mahu dilihat sebagai pemberi pinjaman dan pengutip hutang semata-mata tetapi sebaliknya dilihat sebagai TABUNG PENDIDIKAN untuk masyarakat Malaysia. PTPTN sebagai tabung pendidikan tinggi yang bukan sekadar menyedia dan mengutip pinjaman tetapi memberi peluang kejayaan dan impian kepada anak-anak untuk berjaya dalam kehidupan bersesuaian dengan moto PTPTN iaitu “Peluang Kejayaan Anda” yang telah diperkenalkan.

Pa&Ma juga telah memberi anugerah Institusi Kewangan Pendidikan Dan Simpanan Terbaik Pilihan Pa&Ma kepada PTPTN sempena Jenama Pilihan Pa&Ma 2022.
Untuk mendapat maklumat lanjut, boleh layari website www.ptptn.gov.my atau aplikasi mudah alih myPTPTN.
The post Buat Simpanan Pendidikan Anak Dari Awal. Ini Institusi Kewangan Terbaik Pilihan Anda! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/buat-simpanan-pendidikan-anak-dari-awal-ini-institusi-kewangan-terbaik-pilihan-anda/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kami Tak Berhenti Berusaha Asyik Diasak Soalan Tentang Anak Zulin Aziz Mohon Doakan Yang Terbaik

Kami Tak Berhenti Berusaha Asyik Diasak Soalan Tentang Anak Zulin Aziz Mohon Doakan Yang Terbaik

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 116 hits
Setiap pasangan berkahwin semestinya menginginkan kehadiran cahaya mata bagi menyerikan lagi kehidupan sebagai sebuah keluarga Akan tetapi tidak semua pasangan diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata var currentUrlTwo window location ho...
Mohon Bantuan Untuk Pendidikan Anak Anak

Mohon Bantuan Untuk Pendidikan Anak Anak

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 162 hits
Mohon Menteri Pelajaran Bantu Keluarga keluarga yang hidup tertekan di bandar bandar besar dan kos bertambah bila penetapan gaji minima di swasta
Kreator Terbaik Bulan November 2022 Awal Coba Coba Lama Lama Terbiasa

Kreator Terbaik Bulan November 2022 Awal Coba Coba Lama Lama Terbiasa

papar berkaitan - pada 30/12/2022 - jumlah : 146 hits
Awalnya iseng lama lama jadi terbiasa Mungkin banyak orang yang menemukan hobinya dengan cara ini Awalnya hanya coba coba akhirnya keterusan menjadi sebuah kebiasaan dan merasakan kesenangan ketika melakukannya Begitupun dengan menulis Tern...
Ditolak Di Dua Sekolah Inklusi Asri Welas Curhat Sulitnya Cari Pendidikan Untuk Anak

Ditolak Di Dua Sekolah Inklusi Asri Welas Curhat Sulitnya Cari Pendidikan Untuk Anak

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 168 hits
Asri Welas bahkan merasa didiskriminasi saat sang anak ditolak sekolah inklusi karena kondisinya yang mengalami katarak kongenital
Satu Ni Takde Bergegar Dunia Anak Asyik Nak Dukung Awal Ashaari Tak Menang Tangan Layan 2 Anak Waktu Bercuti

Satu Ni Takde Bergegar Dunia Anak Asyik Nak Dukung Awal Ashaari Tak Menang Tangan Layan 2 Anak Waktu Bercuti

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 230 hits
Melancong ke luar negara dengan anak kecil memang mencabar Malah perlukan kesabaran yang tinggi Hal ini turut diakui oleh pengacara hebat Awal Ashaari dan Scha Al Yahya yang turut berdepan hal sama ketika bercuti Pasangan itu yang kini seda...
Carina Bahan Material Tisu Terbaik Jadi Pilihan

Carina Bahan Material Tisu Terbaik Jadi Pilihan

papar berkaitan - pada 9/1/2023 - jumlah : 193 hits
Perkongsian AlongMurni kali ini adalah berkaitan dengan penggunaan harian kita iaitu tisu Tisu sangat penting dalam memastikan tugasan dan aktiviti harian berjalan lancar samada Tisu Basah mahupun Tisu Kering AM menggunakan Tisu jenama Cari...
Free Game Online Di Mortgage Calculator Didik Anak Celik Kewangan

Free Game Online Di Mortgage Calculator Didik Anak Celik Kewangan

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 231 hits
Ramai ibu bapa beranggapan yang pemahaman tentang ilmu kewangan tak perlu ditekankan kepada kanak kanak kerana ia merupakan proses pembelajaran seiring masa Bila anak dah besar mereka akan mula belajar tentang kepentingan menyimpan dan akan...
Tisu Carina Pilihan Terbaik Selamat Untuk Seisi Keluarga

Tisu Carina Pilihan Terbaik Selamat Untuk Seisi Keluarga

papar berkaitan - pada 31/12/2022 - jumlah : 191 hits
Tisu Carina Pilihan Terbaik Selamat Untuk Seisi Keluarga l Assalamualaikum Salah satu item mesti beli dalam monthly list groceries rumah Ana ialah tisu Wajib ada kitchen tissue box tissue dan juga wet tissue Semua tu perlu ada untuk kegunaa...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa