Foto Terkini Arni Nazira Bekas Isteri Awie Yang Semakin Jelita


Sudah lama kita tidak mendengar khabar penyanyi Arni Nazira yang pernah meletup dengan lagu Cinta Antara Benua suatu ketika dahulu.

Penyanyi pop wanita yang juga bekas isteri vokalis Wings, Awie ini pernah menyinari dunia hiburan sekitar tahun 1996 hingga 1999.

Mendapat pencalonan Anugerah Industri Muzik ke-5 bagi kategori Artis Baru Wanita Terbaik, Arni juga pernah membintangi beberapa filem popular iaitu Nafas Cintadan Bara.

Walaupun tidak lagi aktif dalam dunia hiburan, namun penyanyi ini sering berkongsi foto-foto terbarunya di laman sosial Instagram.
Adakah Arni akan membuat ‘comeback’ dalam bidang nyanyian? Sama-sama kita nantikan.


Sementara itu, jom saksikan foto-foto terkininya yang semakin jelita, menawan dan bahagia di samping suami baru serta tiga orang cahaya mata.

“Saya melihatnya sebagai seorang yang beriman dan taat pada ajaran agama. Insya-allah saya yakin dan berdoa agar jodoh ini berkekalan.” ARNI

BUKAN mudah untuk cinta zaman sekolah dinoktahkan ke jenjang pelamin. Banyak pasangan yang memasang angan-angan sehidup-semati kecundang di tengah jalan apabila ‘cinta monyet’ mereka hanya kekal sebagai kenangan di dalam bilik darjah.
Namun, cerita berbeza dilalui penyanyi dan pelakon, Arni Nazira Anuar, 31, apabila cinta zaman remajanya kembali bertaut dengan teman lama, Mohd. Hazrie Wan Mokhtar, 32 (Hazrie).

Berkenalan ketika Arni masih berusia 14 tahun, mereka berdua sememangnya sudah ditakdirkan untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri.
Bagaimanapun, kedua-duanya perlu melepasi dugaan terlebih dahulu. Mereka mengambil jalan yang ‘agak jauh’ sebelum bertemu semula dan memahat bahagia.
Semuanya bermula apabila Arni selepas meninggalkan bangku persekolahan memilih bergiat aktif dalam bidang seni di Kuala Lumpur setelah bakatnya dikesan melalui program pertandingan nyanyian, Asia Bagus.

Kenangan cinta mereka berakhir apabila Arni yang pernah popular dengan lagu Cinta Antara Benua berkahwin dengan pelakon dan penyanyi kumpulan Wings, Awie pada 1998.
Takdir menentukan perjalanan rumah tangga Awie dan Arni yang dikurniakan dua cahaya mata, Puteri Aleeya Antasha, 9, dan Puteri Aleefa Antasha, 7, berakhir dengan tragedi perpisahan pada bulan Oktober 2006.
Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Pertemuan semula yang tidak dijangka ketika membeli-belah di Kuala Terengganu pertengahan tahun lalu, iaitu kira-kira sembilan bulan memegang status janda, menghangatkan semula kisah cinta Arni dan Hazrie.

Akui Arni, pada mulanya dia tidak menyangka hubungannya dengan Hezrie akan terjalin semula apatah lagi selepas dia gagal dalam perkahwinan terdahulu.
Namun, melihat kesungguhan Hazrie yang menghubunginya semula kira-kira seminggu selepas pertemuan itu kembali menyatukan semula cinta yang terputus sebelum ini.
Malah, peribadi lelaki itu yang ditakdirkan tidak bertemu jodoh lain dalam tempoh perpisahan mereka itu menambat hatinya semula biarpun ketika itu dia masih fobia dengan hubungan bernama perkahwinan.
“Takdir yang menentukan semua ini dan saya percaya satu ketika dulu, jodoh antara kami belum sampai.
“Saya menerimanya dengan reda dan percaya ada hikmah di sebalik semua yang pernah berlaku sebelum ini,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Kuala Terengganu kelmarin.
DUA puteri Arni menerima kehadiran Hazrie sebagai ‘bapa baru’ mereka.

Beberapa jam sebelum diijabkabulkan, Arni memberitahu Kosmo! dia sudah mengenali hati budi bakal suaminya dan tidak mengambil masa untuk menerima lamaran kontraktor itu.
“Perasaan sayang kepadanya masih ada dalam jiwa saya walaupun lama kami berpisah.
“Saya melihatnya sebagai seorang yang beriman dan taat pada ajaran agama. Insya-Allah saya yakin dan berdoa agar jodoh ini berkekalan,” jelasnya dalam nada ceria.
Katanya, sikap suaminya itu yang mengambil berat berjaya mencairkan hati dan berharap lelaki itu bakal membawa perubahan dalam hidupnya.
Menurut Arni, kedua-dua puterinya yang dibawa bertemu Hazrie juga menyenangi hubungan itu lantas menguatkan lagi keputusannya untuk berkahwin sekali lagi.
“Mereka mungkin dah faham dengan keadaan ini sebab sudah terbiasa dengan perkahwinan kedua ayah mereka (Awie). Jadi mereka tidak rasa pelik dengan keadaan ini,” kata bintang filem Nafas Cinta itu.
Jelasnya, biarpun selepas bergelar isteri, anak-anak tetap menjadi aset terpenting dalam hidup. Arni juga tidak berhasrat untuk sekali lagi membuat tuntutan terhadap hak penjagaan anak demi kerana tidak mahu mengeruhkan semula hubungan dengan bekas suami seandainya dia muncul dengan tuntutan terhadap dua puteri itu.
“Mungkin selepas ini saya akan mempunyai tanggungjawab sebagai isteri, tetapi saya akan cuba meluangkan masa untuk bersama dengan anak-anak. Mereka tetap menjadi keutamaan saya sebagai ibu,” katanya yang akan bersama dengan Hazrie tinggal di Kuala Lumpur dan Kuala Terengganu selepas bernikah.
Cabaran memiliki Arni
Sementara itu, bagi Hazrie, tempoh ‘terpisah’ dengan Arni satu ketika dahulu dilalui dengan hati yang tenang. Dia akur dengan ketentuan Tuhan Yang Maha Esa yang telah menangguhkan jodoh mereka.
BERTAUT dua hati. Arni dan Hazrie mengikat janji untuk hidup bersama selama hayat dikandung badan.

Ketika Arni meniti populariti sebagai artis di pentas hiburan, dia pula meneruskan langkah sebagai lelaki biasa yang berazam membina kehidupan lebih baik selepas cintanya gagal di tengah jalan.
Ditanya adakah dia berasa terpukul akibat cinta zaman sekolah terputus di tengah jalan, Hazrie menyifatkannya cabaran yang perlu dilaluinya.
“Apabila Arni berkahwin, kami buat hal masing-masing. Kami langsung tak berhubung. Saya cuma mengikuti perkembangannya melalui surat khabar dan televisyen,” kata anak kedua daripada lapan adik-beradik ini.
Namun, tidak tepat untuk menganggap Hazrie terus menanti walaupun ketika itu Arni sudah disambar oleh ‘hero’ filem tersohor itu.
Dia juga pada waktu itu tidak pernah mengharap untuk meraih cinta hatinya itu kembali ke pangkuan satu hari nanti.
“Saya macam lelaki lain yang pernah ada niat untuk berkahwin dengan orang lain. Tapi tak jadi sebab tak ada jodoh. Mungkin sebab saya agak memilih dan susah nak terima orang yang tak sesuai dengan jiwa, jadi saya terus membujang sehinggalah saya bertemu dengan Arni semula,” katanya.
Faktor keserasian jugalah yang menyatukan mereka berdua. Sebagai rakan lama, cinta dan persahabatan mengikat erat dua insan ini, apatah lagi mereka pernah berkongsi masa lampau yang sama.
“Perancangan Tuhan mengatasi segala-galanya. Tapi bukan mudah untuk semuanya kembali bertaut. Kami ambil masa, berkenalan semua dan bila sudah yakin, barulah ambil keputusan hidup bersama,” jujur akui Hazrie.
Ada harga yang perlu dibayar apabila memilih artis sebagai jodoh dan dia sedar perkahwinan dengan Arni sedikit sebanyak menjadi tumpuan. Namun, Hazrie tidak rasa terbeban dengan hal itu kerana dia mengenali Arni sebagai rakan lama dan bukannya artis.
Mungkin kerana satu ketika dahulu dunia hiburan pernah memisahkan mereka, Hazrie lebih senang Arni menjadi suri rumah tangga sepenuh masa berbanding meneruskan karier di pentas glamor selepas ijab kabul mereka.

“Saya faham hobinya suka menyanyi. Saya tak paksa dia berhenti, tapi lebih baik memberi tumpuan sepenuh masa kepada keluarga,” pintanya.
Menyedari minat mendalam isterinya Hazrie memberi keizinan jika Arni melibatkan diri sekiranya ia bercorak keagamaan dan dakwah menyeru ke arah kebaikan.

Arni dan Hazrie memulakan hidup sebagai pasangan suami isteri selepas bernikah di Masjid Abidin, Kuala Terengganu selepas solat Jumaat petang semalam.

Sumber – kosmoonline
The post Foto Terkini Arni Nazira, Bekas Isteri Awie Yang Semakin Jelita appeared first on MFADHLY.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mfadhly.net/2018/12/02/foto-terkini-arni-nazira-bekas-isteri-awie-yang-semakin-jelita/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wajah Terbaru Mazuin Hamzah Yang Dulu Terkenal Kerana Kecantikannya Bekas Isteri Pengiran Sufri

Wajah Terbaru Mazuin Hamzah Yang Dulu Terkenal Kerana Kecantikannya Bekas Isteri Pengiran Sufri

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 1381 hits
Wajah terbaru Mazuin Hamzah yang dulu terkenal kerana kecantikannya bekas Isteri Pengiran Sufri Wajah terbaru Mazuin Hamzah yang dulu terkenal kerana kecantikannya bekas Isteri Pengiran Sufri
10 Foto Anak Gadis Amelina Yang Sangat Jelita Persis Wanita Korea

10 Foto Anak Gadis Amelina Yang Sangat Jelita Persis Wanita Korea

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 1491 hits
Siapa sangka pemenang tempat ke 4 Gegar Vaganza musim ke 5 Amelina atau nama sebenarnya Norazlina binti Amir Sharipuddin mempunyai seorang anak perempuan yang sangat cantik Bukan sahaja cantik bahkan anak sulungnya yang dikenali sebagai Put...
Isteri Maut Dilempar Bom Ikan Oleh Suami Yang Enggan Bercerai

Isteri Maut Dilempar Bom Ikan Oleh Suami Yang Enggan Bercerai

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 363 hits
The ReporterPolis menahan seorang lelaki berusia 40 tahun yang didakwa membunuh isterinya dengan menggunakan bom ikan lapor Mohammad Ibnu 40 ditahan di rumah saudaranya di Kampung Ngempit Pekan Kraton Pasuruan Indonesia semalam Ketua Polis ...
Mula Mengorat Cikgu Sendiri Pada Usia 13 Tahun Selepas 7 Tahun Jadi Suami Isteri

Mula Mengorat Cikgu Sendiri Pada Usia 13 Tahun Selepas 7 Tahun Jadi Suami Isteri

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 649 hits
Viral di internet tentang kisah percintaan seorang murid bersama guru di sekolah selama 7 tahun hingga akhirnya ke jinjang pelamin Siapa sangka bermula dengan terpesona melihat guru sendiri akhirnya menjadi suami Jom baca kisah percintaan p...
Puan Isteri Teringin Makan Karipap

Puan Isteri Teringin Makan Karipap

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 291 hits
Puan Isteri teringin makan karipap sampai sanggup buat sendiri sorang2 di dapur Saya sibuk buat modul tak boleh tolong Tapi tadi singgah dapur kejap tengok progress Ringankan tangan tolong kelim
Isteri Maut Dicekik Suami Kerana Tolak Ajakan Bersama

Isteri Maut Dicekik Suami Kerana Tolak Ajakan Bersama

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 408 hits
Isteri maut dicekik suami kerana tolak ajakan bersama Berang permintaannya untuk mengadakan hubungan intim ditolak lelaki berusia 38 tahun tergamak mencekik isterinya yang berusia 37 tahun sehingga mati Suspek M Januri mengaku berbuat demik...
Peluk Isteri 10 Saat Setiap Pagi Mampu Buat Suami Panjang Umur Lima Tahun

Peluk Isteri 10 Saat Setiap Pagi Mampu Buat Suami Panjang Umur Lima Tahun

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 497 hits
Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun Menarik fakta ini Menurut Pakar Motivasi Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah berkata fakta ini berdasarkan kajian oleh seorang pakar...
Bob Lokman Hilang Nikmat Kerana Sombong Isteri Pula Cabut Lari Namun Syukur Allah Masih Sayang

Bob Lokman Hilang Nikmat Kerana Sombong Isteri Pula Cabut Lari Namun Syukur Allah Masih Sayang

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 875 hits
Bob Lokman Hilang Nikmat Kerana Sombong Isteri Pula Cabut Lari Namun Syukur Allah Masih SayangBob Lokman Hilang Nikmat Kerana Sombong Isteri Pula Cabut Lari Namun Syukur Allah Masih Sayang
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash