Foto Foto Terakhir Tokoh Dunia Sebelum Mereka Meninggal Dunia
Momen-momen terakhir para tokoh ini telah dikumpulkan oleh Oddee.com
Steve Jobs
Menjelang kematiannya, pengasas Apple, Steve Jobs kelihatan begitu rapuh dan sangat kurus. Beliau bahkan perlu bantuan dari pembantunya untuk hanya sekadar berjalan ke kereta. Gambar ini diambil saat Jobs sedang berada di rumahnya di California on 26 Ogos 2011
Mahatma Gandhi
Tokoh kemanusiaan dan keamanan dari India, Mahatma Gandhi sedang dalam perjalanannya untuk berdoa bersama ketika Nathuram Godse, lelaki yang menjadi pembunuh Gandhi menghadangnya dalam perjalanan. Pembunuh tersebut menembak tiga peluru dari pistol Beretta 9 mm ke dada Gandhi. Pertemuan tersebut dirakam kamera.
Momen tragis yang menjadi akhir hidup Gandhi ini dimasukkan dalam filem itu sebagai adegan pembuka. Dalam filem tersebut Gandhi dilakonkan oleh Ben Kingsley
John Lennon
Foto terakhir John Lennon ini terlihat juga sang pembunuh Lennon, Mark David Chapman. Lelaki yang menembak Lennon dan mengakhiri ahli utama The Beatles tersebut meminta tanda-tangan. Hanya selang beberapa jam akhirnya Lennon ditembak dan tewas.
Dan lagi cuba perhatikan bahawa foto ini didominasi warna hitam
Freddy Mercury
Foto terakhir dari vokalis band legenda Queen, Freddy Mercury siapa yang menyangka bahawa diambil bukan ketika di atas pentas. Freddy terlihat rapi di taman depan rumah. Foto ini nampak cerah meski sebenarnya Freddy kelihatan pucat.
Ini diambil tepat di tahun 1991 sebelum Freddy meninggal kerana komplikasi pneumonia dan juga AIDS
Steve Irwin
Steve Irwin secara ironis meninggal kerana sengat ikan pari saat ia sedang meneliti haiwan air tersebut di tahun 2006. Irwin biasanya jagoh dalam hal berinteraksi dengan binatang, kerana memang itulah pekerjaannya. Ia berkeliling Australia untuk meneliti dan mengkhabarkan kepada dunia tentang keunikan para binatang tersebut.
Foto ini diambil bersama ahli biologi marin Chris Jones di atas botnya dua hari sebelum dia meninggal
Albert Einstein
Albert Einstein adalah seorang saintis. Oleh kerana itu tak hairan foto-fotonya tak terlalu ketara. Termasuk fotonya yang satu ini, dia sedang berdiri di depan rumah Princetonnya, Mac 1955.
Foto ini lantas menjadi foto bernilai tinggi kerana ini adalah foto terakhir sang ilmuwan besar sebelum ia diserang penyakit aortic aneurysm yang meragut nyawanya
Marylin Monroe
Foto ini diambil pada saat Marylin Monroe bersama Frank Sinatra dan pemain piano jazz Buddy Greco. Mereka menghabiskan hujung minggu bersama dalam kesempatan tersebut. Monroe jelas menikmati saat-saat akhir minggu tersebut, lihat senyum yang ditunjukkan melalui foto ini.
Sayang beberapa waktu kemudian, tepatnya pada 5 Ogos 1962, pelakon seksi yang menjadi fenomena dunia ini ditemui mati di sebuah bilik hotel akibat overdos ubat terlarang
Jim Morrison
Dalam foto terakhirnya, ahli utama The Door, Jim Morrison kelihatan menghabiskan masa bersama dengan kekasihnya Pamel Courson. Mereka berdua diajak rakan mereka ke sebuah desa kecil di Saint-Leud'Esserent.
Dari banyak foto yang diambil pada saat-saat percutian tersebut, foto ini dipercayai sebagai foto terakhirnya. Lima hari dari foto ini diambil, Jim ditemui mati
James Dean
James Dean diminati ramai remaja di eranya kerana dia menjadi pelakon muda yang boleh mencipta trend dan juga banyak pengaruh lain. Ia tetap menjaga gayanya dengan menaiki kereta-kereta sport di zamannya.
Salah satu kereta yang pernah dibelinya adalah Porsche perak yang dinaikinya ke stesen minyak ini. Pose bersama kereta ini dipercayai sebagai foto terakhirnya kerana beberapa hari kemudian ia maut dalam sebuah kemalangan. Kereta Prosche ini hanya dimilikinya selama 9 hari saja
Jimi Hendrix
Teman wanita Jimi Hendrix sengaja mengambil gambar beliau dengan gitar elektrik kesayangannya, Black Betty. Seperti yang kita tahu, Jimi adalah salah seorang pemain gitar legenda yang pernah dikenali dunia. Teman wanita Jimi Hendrix tak menyangka bahawa foto yang diambilnya tersebut bakal menjadi kenang-kenangan paling berharga lantaran Jimi meninggal beberapa hari selepas gambar ini diambil.
Sumber: kapanlagi.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://danau-berita-blog.blogspot.com/2020/02/foto-foto-terakhir-tokoh-dunia-sebelum.html