Forum Literasi Undang Undang Syariah Kolaborasi Ikon Wanita Selangor 2022 Bersama Bagus


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Boleh dikatakan setiap hari boleh melihat berita tentang masalah rumah tangga, penganiayaan wanita dan sebagainya. Pelbagai faktor yang menyebabkan terjadinya keganasan dalam rumah tangga berlaku yang akhirnya menyebabkan tekanan mental dan sebagainya berlaku

Mangsa dalam keganasan rumahtangga ini tidak kira sama ada suami atau isteri kadangkala tidak mempunyai kekuatan untuk bersuara melalui saluran yang betul. Sebagai contoh, isteri pastinya tidak berani untuk bersuara kerana bimbang akan masa depan serta kebajikan anak-anaak sekiranya tiada suami di sisi


Bertepatan dengan isu yang semakin membimbangkan ini, satu program Forum Literasi Undang-Undang Syariah telah berlangsung pada 14 Oktober 2022 yang lalu di Bangi, Selangor. 
FORUM LITERASI UNDANG-UNDANG SYARIAH: MENGANIAYA ISTERI MENZALIMI SUAMIForum yang bertajuk Literasi Undang-Undang Syariah: Menganiaya Isteri Menzalimi Suami ini telah diadakan  di Dewan Rafflesia, Bangunan NIOSH Auditorial, Seksyen 15 Bangi, Selangor. 
Untuk makluman, forum ini merupakan anjuran bersama antara Wanita Ikon Selangor dan Persatuan Peguam Syariah Malaysia (PGSM). Selain itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), PGSM Seangor dan National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH) turut bekerjasama dalam menjayakan forum ini. 

Forum ini telah dihadiri oleh Ikon Negeri Selangor iaitu Datin Rita Sosilawati, wakil dari NGO, ahli PGSM, peguam dan pelanggan serta pihak media. Forum ini dikemudikan oleh Tuan Mohd Ridhwan Husin dan disertai oleh tiga orang panel lain iaitu Dato' Dr. Mohd Zaidi bin Hj Md Zain (D.I.M.P) (Dari Sudut Syariah), Dato' Hazizah Binti Kasim (Dari Sudut Undang-Undang) dan Datuk Dr. Norhafizah Musa (Dari Sudut Hukum Syarak)

Melalui forum ini memang banyak info dan persoalan yang diulas secara mendalam melalui ketiga-tiga sudut iairu syariah, undang-undang dan hukum syarak. Perkongsian pengalaman oleh panel juga banyak memberikan informasi buat para tetamu yang datang sekaligus dapat meningkatkan ilmu alam rumah tangga


PROGRAM KLINIK GUAMAN SYARIE
KLINIK GUAMAN SYARIE PERCUMA BERSAMA RAKYAT dianjurkan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). PGSM sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Islam yang menaungi sebahagian besar Peguam Syarie mengambil inisiatif untuk mengadakan Klinik Guaman Syarie yang mana menyediakan Khidmat Nasihat Guaman Syarie secara Percuma di seluruh Malaysia khususnya mengikut Zon Utara, Zon Selatan, Zon Pantai Timur dan Zon Selatan. Klinik ini dinamakan sebagai "Klinik Guaman Syarie (KGS-PGSM)

PGSM mempunyai sukarelawan-sukarelawan dari kalangan Peguam Syarie, yang bersedia memberikan khidmat nasihat guaman Syarie secara PERCUMA kepada masyarakat Islam yang mempunyai masalah rumahtangga akan memfailkan kes atau yang telah mempunyai kes di Mahkamah Syariah

OBJEKTIF PROGRAM ini adalah untuk menjadi PUSAT utama kepada masyarakat Islam yang berurusan di Mahkamah Syariah mendapatkan nasihat tentang perundangan Syariah secara tepat dan betul. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk MENGELAKKAN pihak-pihak ang terlibat dalam kes di Mahkamah Syariah dari mendapatkan nasihat dariapda orang-orang atau pihak-pihak yang salah seperti 'ulat-ulat' Mahkamah


PUSAT BANTUAN GUAMAN SYARIE (BAGUS)
PENGENALAN BAGUS : BAGUS bermantalamat untuk memastikan umat Islam di Negara ini terutamanya golongan B40 diberi akses kepada keadilan, khususnya di Mahkamah Syariah. BAGUS adalah bagi menjalankan sebahagian khidmat PGSM kepada masyaratkat Islam di negara ini, sesuai dengan kepakaran yang dimiliki oleh ahli-ahli PGSM

BAGUS berteraskan kepada dua perkhidmatan asas :
a) memberikan khidmat nasihat undang-undang (legal advide), secara percuma kepada masyarakat Islam yang ingin mendapatkan nasihat perundangan berhubung proses dan prosedur tuntutan dan menjawab tuntutan mal di Mahkamah SYariah

b) menyediakan khidmat bantuan guaman (advocacy support), secara percuma iaitu mewakili pihak-pihak untuk membuat tuntutan atau menjawab tuntutan (mal) di Mahkamah Syariah, dengan kos yang minimum, yang akan dibiayai oleh pihak kerajaan

KELAYAKAN BANTUAN
Kategori 1 - Golongan B40 yang menikmati gaji dan pendapatn isi rumah keluarga sebanyakj RM4,850 sebulan dan ke bawah (bawah RM58,200 setahun)
Kategori 2 - Golongan M40 yang menikmati gaji dan pendapatan isi rumah antara RM4,851 sebulan sehingga RM10,970 sebulan (antara RM58,212 hingga RM131,640 setahun)

IKON WANITA SELANGOR DATIN RITA SOSILAWATI
Ikon Wanita Selangor 2022 iaitu Datin Rita Sosilawati menjelaskan pada pertemuan bersama media dimana sokongan dari pihak beliau tidaklah terhad pada tempoh tertentu. Beliau juga berbesar hati untuk membantu para wanita yang teraniaya di dalam keganasan rumah tangga untuk bangkit menambah pendapatan serta meneruskan kehidupan. Selain itu, beliau turut akan membantu mereka dari segi nasihat dan tunjuk ajar dalam perniagaan yang ingin mereka ceburi. 

Kepada anda yang teraniaya tidak kira sama ada wanita atau lelaki, sekiranya tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan kemelut rumahtangga, anda bolehlah dapatkan bantuan BAGUS dengan scan pada QR kod dibawah atau klik pada link pendaftaran BAGUS yang disertakan.  

LINK 
SEKIAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2022/10/forum-literasi-undang-undang-syariah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kolaborasi Wanita Ikon Selangor 2022 Bersama Pusat Bantuan Guaman Syarie

Kolaborasi Wanita Ikon Selangor 2022 Bersama Pusat Bantuan Guaman Syarie

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 208 hits
Mempunyai sebuah keluarga yang mencapai Sakinah Mawaddah Wa Rahmah pastinya merupakan impian setiap insan mahupun lelaki atau wanita Akhir akhir ini isu yang berkaitan dengan keganasan yang berlaku dalam rumahtangga keganasan terhadap pasan...
Are You Okay Forum Literasi Undang Undang Syariah Menganiaya Isteri Menzalimi Suami Dan Pusat Bantuan Guaman Syarie

Are You Okay Forum Literasi Undang Undang Syariah Menganiaya Isteri Menzalimi Suami Dan Pusat Bantuan Guaman Syarie

papar berkaitan - pada 16/10/2022 - jumlah : 245 hits
Are You Okay Forum Literasi Undang Undang Syariah Menganiaya Isteri Menzalimi Suami dan Pusat Bantuan Guaman Syarie Assalamualaikum semua Bila sebut pasal hal hal rumahtangga ni rasa macam tak layak lagi sis nak ulas kan Almaklum la sis ni ...
Are You Okay Centre Di Uitm Inisiatif Kolaborasi Wanita Ikon Selangor Datin Rita Sosilawati

Are You Okay Centre Di Uitm Inisiatif Kolaborasi Wanita Ikon Selangor Datin Rita Sosilawati

papar berkaitan - pada 14/10/2022 - jumlah : 338 hits
Are You Okay Centre di UiTM Inisiatif Kolaborasi Wanita Ikon Selangor Datin Rita Sosilawati Sebagai bekas pelajar UiTM mummy turut berbangga atas penubuhan Are You Okay Centre yang di inspirasikan oleh Alumni UiTM sendiri iaitu Wanita Ikon ...
Nad Zainal Tercalon Dalam Kategori Pelakon Wanita Terbaik Asian Academy Creative Awards 2022

Nad Zainal Tercalon Dalam Kategori Pelakon Wanita Terbaik Asian Academy Creative Awards 2022

papar berkaitan - pada 3/10/2022 - jumlah : 124 hits
Siapa sangka watak antagonis yang dilakonkan Nad Zainal dalam drama Dendam Seorang Isteri telah membawa tuah kepadanya Nad yang melakonkan watak Kirana dalam drama tersebut telah terpilih sebagai wakil Malaysia dalam kategori Pelakon Wanita...
Resort Taman Eko Rimba Komanwel Jadi Pilihan Fam Trip Tourism Selangor 2022

Resort Taman Eko Rimba Komanwel Jadi Pilihan Fam Trip Tourism Selangor 2022

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 227 hits
Tourism Selangor merupakan Agensi Pelancongan Rasmi Negeri Selangor yang ditubuhkan untuk meningkatkan bilangan pelancong tempatan dan antarabangsa ke Selangor dengan mempertingkat dan membangunkan keindahan negeri yang terkenal serta belum...
The Haven Musical Extravaganza Menampilkan Karya Selangor Symphony Orchestra Pada 27hb 28hb Dan 29hb Oktober 2022

The Haven Musical Extravaganza Menampilkan Karya Selangor Symphony Orchestra Pada 27hb 28hb Dan 29hb Oktober 2022

papar berkaitan - pada 21/10/2022 - jumlah : 200 hits
Pemenang Anugerah All Suite Resort The Haven Resort Ipoh mempersembahkan The Haven Musical Extravaganza hasil kerjasama Selangor Symphony Orchestra dan disokongi oleh Kementerian Pelancongan Kesenian Kebudayaan Persembahan tersebut akan dia...
Aktiviti Forum Kolokium Pencegahan Ekstremisme Radikalisme Ganas Peringkat Kebangsaan Ppim 20 10 2022

Aktiviti Forum Kolokium Pencegahan Ekstremisme Radikalisme Ganas Peringkat Kebangsaan Ppim 20 10 2022

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 157 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi sebagai ahli panel dalam forum Kolokium Pencegahan Ekstremisme Radikalisme Ganas Peringkat Kebangsaan Aku Tersalah Langkah anjuran Jabatan Penjara Malaysia di Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi
Honda Kembali Antarkan Max Verstappen Raih Juara Dunia F1 Musim 2022

Honda Kembali Antarkan Max Verstappen Raih Juara Dunia F1 Musim 2022

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 139 hits
Honda bersama tim Oracle Red Bull Racing kembali mengantarkan pembalap Max Verstappen menjadi juara dunia Formula 1 tahun ini Pembalap asal Belanda tersebut berhasil memastikan gelar juara dunia kali kedua setelah memenangi seri Grand Prix ...
Nicol David Wanita Asia Pertama Digelar Ratu Skuasy Dunia

More Than Genetics How Life Experiences Shape Our Health

E Jamin Judiciary Bar Agree On Proposal To Reinstate Similar E Bail System

Video Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Maut Ditembak

Is Anwar Ever Going To Release Najib

Adakah Batuk Membatalkan Solat Ust Azhar Idrus

Kelebihan Berpuasa Hari Putih

Ppim Sedia Bantu Cari Penyelesaian Harian Metro 17 05 2024



Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia


Govt To Continue Using E Jamin Bail System

Kdn Fc Berputih Mata Di Laman Sendiri

Gulai Udang Nenas

T18c24 Bayi Aina Muntah Susu Beku Macam Keju

Harris Alif Dari Idola Kecil Ke Selebriti Serba Boleh

Kerajaan Pahang Sumbang Rm8 000 Kepada Keluarga Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq