Format Baharu Soalan Terhad Punca Murid Lemah Pelajar Matematik Guru


Imej hiasan

KUALA LUMPUR: Format yang berubah sejak tiga tahun lalu selain koleksi soalan yang semakin terhad, dipercayai menjadi antara punca pelajar lemah dalam mata pelajaran Matematik.

Seorang guru Matematik dari Perak ingin dikenali sebagai Za'im, berkata sebelum ini mata pelajaran menggunakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) namun kini beralih kepada Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Katanya, perubahan itu turut menyebabkan format yang digunakan dalam Matematik sebelum ini bertukar dan tidak konsisten seperti sebelum ini.

"Apabila format bertukar, ramai pelajar sukar menjangka jenis soalan lagi berbanding sebelum ini yang lebih konsisten.

"Selain itu, koleksi soalan dalam KSSM juga tidak banyak seperti dalam KBSM yang memberikan lebih banyak pilihan soalan untuk pelajar menjawab," katanya kepada BH.

Hari ini, BH melaporkan pencapaian dalam keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang diumumkan baru-baru ini, mencetuskan kekhuatiran Malaysia mungkin berdepan generasi tidak celik Matematik.

Saintis bidang tenaga dan kelestarian iklim, Dr Amir Faizal Abdul Manan, dilaporkan berkata keputusan SPM 2022 menunjukkan 24 peratus atau seorang daripada empat calon gagal dalam mata pelajaran terbabit, manakala 29 peratus lagi mendapat gred D dan E.

Katanya, ia bermakna hampir separuh daripada pelajar lemah dalam Matematik, sekali gus akan menjejaskan usaha negara untuk melahirkan profesional dalam bidang berkaitan.

Mengulas lanjut Za'im yang turut mengajar Fizik berkata, selain itu kini banyak topik di dalam mata pelajaran itu juga diajar lebih awal iaitu topik dalam Tingkatan Lima, kini diajar di Tingkatan Empat.

"Apabila topik diajar lebih awal, ada pelajar yang sukar paham kerana topik itu agak tinggi bagi mereka," katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, cabaran itu bukan dihadapi oleh pelajar sahaja, malah guru juga berdepan cabaran sama.

Katanya, jika sebelum ini guru menengah rendah hanya perlu menguasai mata pelajaran Matematik Tingkat Satu hingga Tiga sahaja, kini tidak lagi.

"Guru menengah rendah juga perlu menguasai Matematik menengah tinggi iaitu Matematik Tingkat Satu hingga Tingkatan Enam," katanya.

Ditanya sama ada mata pelajaran lain juga berhadapan cabaran yang sama, beliau berkata mata pelajaran seperti Sains juga berlaku perubahan format tetapi tidak ketara seperti Matematik yang lebih mencabar.

"Format untuk Sains tidak berubah banyak. Pelajar masih boleh menguasai dengan baik.

"Jadi penting untuk pelajar ini berjaya menguasai dengan baik dari sekolah rendah lagi kerana apabila berada di sekolah menengah, mereka mampu menguasai KSSM yang agak tinggi arasnya," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/06/format-baharu-soalan-terhad-punca-murid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ekosistem Sekolah Guru Tidak Kreatif Antara Punca Murid Cicir Iguru

Ekosistem Sekolah Guru Tidak Kreatif Antara Punca Murid Cicir Iguru

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 207 hits
Imej hiasanSHAH ALAM Selain kemiskinan antara faktor lain keciciran pelajar dalam pendidikan ialah persekitaran sekolah taraf pendidikan keluarga termasuk kreativiti guru Presiden Ikatan Guru Guru Muslim Malaysia Mohd Azizee Hasan berkata p...
Netizen Persoal Tindakan Guru Geledah Beg Sekolah Makan Vitamin Dibawa Murid

Netizen Persoal Tindakan Guru Geledah Beg Sekolah Makan Vitamin Dibawa Murid

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 215 hits
Tular satu video memaparkan tindakan seorang wanita dipercayai guru di sebuah sekolah swasta menghasilkan konten dirinya sedang memeriksa beg sekolah tanpa murid murid di dalam kelas Video itu dimuat naik akaun amuse gueule di laman Twitter...
Hiburan Akaun Tiktok Guru Viral Kosong Tiada Lagi Video Dengan Pelajar Selepas Dikecam

Hiburan Akaun Tiktok Guru Viral Kosong Tiada Lagi Video Dengan Pelajar Selepas Dikecam

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 243 hits
Selepas seorang ibu membangkitkan rasa risau melihat seorang guru wanita yang viral di memuat naik video mengeledah beg sekolah murid nampaknya guru tersebut sudah pun memadamkan semua videonya bersama anak anak murid di akaunnya Guru yang ...
Ada Guru Sebar Aktiviti Murid Di Media Sosial Guna Tiket Kongsi Informasi

Ada Guru Sebar Aktiviti Murid Di Media Sosial Guna Tiket Kongsi Informasi

papar berkaitan - pada 28/6/2023 - jumlah : 323 hits
Guru berperanan penting sebagai pemangkin kepada perkembangan insan yang holistik sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan Tanggungjawab guru amat besar bagi memastikan pencapaian pendidikan mampu bersaing pada peringkat global...
Terlibat Penculikan Murid Guru Smp Di Tangsel Ditangkap

Terlibat Penculikan Murid Guru Smp Di Tangsel Ditangkap

papar berkaitan - pada 25/6/2023 - jumlah : 220 hits
Seorang guru Sekolah Menengah Pertama swasta di kawasan Pamulang Tangerang Selatan ditangkap polisi Dia diduga terlibat penculikan muridnya bersama sejumlah pelaku lain
Kpm Pantau Isu Guru Jadikan Murid Content Tiktok

Kpm Pantau Isu Guru Jadikan Murid Content Tiktok

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 444 hits
KUALA LUMPUR Kementerian Pendidikan memantau perkembangan isu seorang guru yang didakwa menggunakan muridnya untuk mencipta kandungan di TikTok Menterinya Fadhlina Sidek menegaskan pihaknya akan mempertimbangkan langkah intervensi atau tind...
Video Selongkar Beg Pelajar Dilapor Ke Menteri Guru Padam Semua Konten Tiktok

Video Selongkar Beg Pelajar Dilapor Ke Menteri Guru Padam Semua Konten Tiktok

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 373 hits
Tindakan seorang guru di sekolah swasta yang menyelongkar isi beg para pelajarnya mengundang padah apabila video video gelagatnya di TikTok telah ditularkan oleh pengguna Twitter Pengguna media sosial dikenali sebagai amuse gueule juga memi...
Bukan Sahaja Kemiskinan Hala Tuju Sektor Pendidikan Punca Keciciran Murid Pensyarah

Bukan Sahaja Kemiskinan Hala Tuju Sektor Pendidikan Punca Keciciran Murid Pensyarah

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 227 hits
SHAH ALAM Kerajaan digesa untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas melibatkan pelbagai kementerian dan agensi bagi mengkaji serta menyelesaikan masalah keciciran pelajar sekolah yang semakin ketara Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian P...
Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru Spesifikasi Format

Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru Spesifikasi Format

papar berkaitan - pada 19/6/2023 - jumlah : 212 hits
Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru atau UPBMG merupakan satu ujian yang baru diperkenalkan pada tahu 2022 dimana ujian ini dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia Ujian ini telah dicadangkan dalam Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Me...
Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Firearms Possession And Regulations In Malaysia Public Safety Must Remain A Priority

Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Setia Alam Shooter Opens Fire On Janitor After Request To Relocate His Belongings

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Developer Avoids Jail Over Rm9 5mil Illicit Payment In Mara Inc S Aussie Property Deal

Sains Pembungkusan Terbiodegradasi Perspektif Dari Rantaian Bekalan Mampan


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Top Marketing Strategies For Buzz

Larian Hari Wilayah Persekutuan 2025

Tapak Niaga Berhawa Dingin Rm13 Sehari Di Expo Raya Galaxy Mall Ampang Anjuran Ppim Ehailing Fm 11 02 2025

10 Gambaran Teknologi Masa Hadapan Oleh Orang Di Era Dulu Kala

Cara Mohon Biasiswa Yang Di Pertuan Agong

Svg Ss25 Runway Fesyen Sebagai Suara Kebebasan