Ada Guru Sebar Aktiviti Murid Di Media Sosial Guna Tiket Kongsi Informasi
Guru berperanan penting sebagai pemangkin kepada perkembangan insan yang holistik, sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Tanggungjawab guru amat besar bagi memastikan pencapaian pendidikan mampu bersaing pada peringkat global
Perkembangan pendidikan menuntut guru menguasai teknologi, seiring dengan pendidikan abad ke-21.
Perkara ini menggalakkan guru untuk. menggunakan peranti bagi menjamin kualiti pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang bersifat lebih kreatif dan kompeten
Penggunaan peranti seperti telefon pintar ketika PdPc sebenarnya tidak dibenarkan, melainkan bertujuan sebagai alat bantu mengajar. Namun, ada segelintir guru yang membawa telefon pintar ke bilik darjah atas urusan peribadi, bukannya untuk mengoptimumkan penggunaan teknologi berkenaan dalam PdPc
Tindakan itu dianggap bertentangan dengan amalan PdPc yang dilaksanakan oleh guru. Malah, ia melanggar etika profesionalisme perguruan yang perlu dipatuhi. Bukan itu sahaja, bermain telefon pintar untuk membalas nesej daripada rakan ketika PdPc pun sudah menjadi kesalahan bagi seorang guru. Apatah lagi sehingga menyebarkan gambar atau video murid ke dalam media sosial
Tidak dinafikan, kewujudan media sosial mendorong individu untuk berkongsi informasi. Bagaimanapun, ia bukan lesen kepada guru untuk memapar- kan segala aktiviti forinal di sekolah,
Kesalahan besar
Sayangnya, kebelakangan ini ada segelintir guru yang menganggap hal di sekolah boleh dikongsi, malah ia sudah menjadi seakan-akan kelaziman pula. Malah ia dipaparkan untuk tatapan umum di pelbagai aplikasi media sosial, baik dalam kalangan guru yang sudah lama berkhidmat, pelatih atau pengganti
Sebagai seorang pendidik, sememangnya menjadi kesalahan besar apabila menyebarkan hal membabitkan kerahsiaan murid ke dalam media sosial tanpa kebenaran. Guru perlu sentiasa menghormati murid dan tidak menjadikan mereka sebagai kandungan dalam media sosial untuk kepentingan diri sendiri
Setakat ini, sudah banyak video yang tular mengenai hal sebegini. Malah, isu ini kerap kali disuarakan, tetapi masih tidak menemui jalan penyelesaian disebabkan sikap guru yang memen- tingkan diri sendiri dan mengejar populariti. Ada antara guru bersikap acuh tak acuh, walaupun menerusi rakaman sebegitu mereka sebenarnya boleh dikenakan tindakan
Namun, kita tidak boleh pukul rata atau menuding jari kepada guru. Ramai antara mereka yang sangat mementingkan nilai profesionalisme sejak mula berbakti dalam bidang pendidikan
Justeru, tindakan guru membuat hantaran berbentuk gambar dan video murid sewenang- wenangnya ke dalam media sosial adalah tin- dakan yang dilarang. Budaya itu perlu dielakkan bagi membolehkan guru lebih fokus terhadap tugas hakikinya, iaitu mendidik, mengasuh dan mengajar murid
Sumber: Berita Harian
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.cikgushare.com/2023/06/ada-guru-kongsi-aktiviti-murid-di-media.html