Format Baharu Pt3 Mulai Tahun 2019



Format Baharu Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3). Format Baharu Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) mulai tahun ini memperkenalkan semula soalan objektif bagi semua mata pelajaran membabitkan objektif aneka pilihan (OAP) dan juga objektif pelbagai bentuk (OPB).

Baca Item Contoh PT3 Format Baharu 2019

PT3 yang diperkenalkan pada tahun 2014 membuka lembaran baharu apabila tiada lagi soalan objektif dalam ujian bertulis bagi semua mata pelajaran, sebaliknya menampilkan soalan subjektif 100 peratus.

Bagaimanapun, berdasarkan Surat Siaran Lembaga Peperiksaan yang dikeluarkan hujung tahun lalu, Format Instrumen PT3 yang bakal dilaksanakan mulai tahun ini menunjukkan soalan objektif kembali diuji dalam pentaksiran menengah rendah.

Dari Muka 23 Selain format penyoalan, PT3 turut menampilkan beberapa perubahan yang perlu diberi penekanan oleh setiap calon.

Perubahan yang selaras dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) itu turut merangkumi dua mata pelajaran yang kembali diperkenalkan dalam bentuk ujian bertulis iaitu Sejarah dan Geografi.

Sebelum ini kedua-dua mata pelajaran itu hanya diuji 100 peratus berdasarkan kerja kursus, namun Format Instrumen PT3 yang diedarkan barubaru ini, menunjukkan Sejarah dan Geografi akan turut diuji secara peperiksaan bertulis yang membawa markah 80 peratus, manakala kerja kursus sebanyak 20 peratus.

Satu lagi perubahan ketara ialah mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) yang kini dikenali sebagai Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) akan dinilai menerusi ujian bertulis merangkumi OAP, OPB, subjektif respons terbuka, subjektif respons terhad dan subjektif berstruktur yang membawa markah 70 peratus, manakala kerja kursus berdasarkan amali atau projek sebanyak 30 peratus.

Beri nilai tambah

Pentaksiran kerja kursus wajar diberi tumpuan setiap pelajar kerana bukan sahaja dapat membantu calon untuk memperoleh markah tinggi dalam mata pelajaran berkenaan, tetapi juga mampu memberi nilai tambah kepada pelajar, terutama menguasai kemahiran yang diperkenalkan.

Bagi mata pelajaran teras iaitu Sains dan Matematik, calon PT3 akan diuji 100 peratus berdasarkan ujian bertulis iaitu Bahagian A dengan 20 soalan OAP yang membawa markah 20 peratus, Bahagian B iaitu lima soalan OPB (20 markah) dan Bahagian C membabitkan enam soalan subjektif (60 markah).

Mata pelajaran teras Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pula akan dinilai secara ujian bertulis dan ujian lisan yang membawa kewajaran 100 peratus bagi kedua-dua ujian terbabit.

Penekanan harus diberikan kepada mata pelajaran Bahasa Melayu kerana apabila calon melangkah ke peringkat menengah atas, mata pelajaran berkenaan akan menjadi kertas wajib lulus bagi membolehkan pelajar lulus Sijil Pelajaran Malaysia.

Ujian bahasa lain

Di samping itu, calon boleh mengambil mata pelajaran bahasa lain iaitu Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Punjabi, Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Semai yang masing-masing akan diuji secara bertulis membabitkan lima bahagian berdasarkan soalan OAP, OPB, subjektif respons terhad dan terbuka.

Calon yang mengambil Pendidikan Islam, mata pelajaran itu menampilkan 100 peratus markah merangkumi lima bahagian iaitu 20 soalan OAP, dua soalan subjektif dan objektif bagi bidang alquran dan Hadis/jawi, Akidah (1 soalan subjektif dan objektif), Fikah (1 soalan subjektif dan objektif) dan Sirah, tamadun Islam serta Akhlak Islamiah (1 soalan subjektif dan objektif).

Bagi mata pelajaran Asas Sains Komputer, pelajar akan diuji berdasarkan ujian bertulis yang membawa markah 70 peratus, manakala kerja kursus menerusi amali atau projek memperuntukkan markah 30 peratus.

Mata pelajaran elektif seperti Seni Visual, Seni Tari, Seni Muzik dan Seni Teater akan menguji pelajar berdasarkan tugasan amali iaitu projek membabitkan tugasan individu dan juga secara berkumpulan.

Sumber: Berita Harian - 8 Jan 2019
Oleh Maria Uffa Zulkafeli [email protected]



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.kickstory.net/2019/05/format-baharu-pt3-mulai-tahun-2019.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Item Contoh Pt3 Format Baharu 2019

Item Contoh Pt3 Format Baharu 2019

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 343 hits
Item Contoh PT3 Format Baharu 2019 Format baharu Pentaksiran Tingkatan Tiga mulai tahun ini memperkenalkan semula soalan objektif bagi semua mata pelajaran membabitkan objektif aneka pilihan dan juga objektif pelbagai bentuk Berdasarkan Sur...
Keputusan Stpm Bagi Semester 2 Tahun 2019

Keputusan Stpm Bagi Semester 2 Tahun 2019

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 470 hits
Kepada pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2019 anda kini boleh ketahui keputusan STPM bagi semester 2 sesi 2019 Anda boleh mula semak keputusan melalui beberapa cara Sudah Baca Pihak Majlis Peperiksaan Malaysia telah mengeluarkan pe...
Jadual Baharu Ktm Mulai 16 Julai

Jadual Baharu Ktm Mulai 16 Julai

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 287 hits
Perkhidmatan Komuter Utara terkecuali daripada penjadualan baharuBANGI Mulai 16 Julai depan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu akan beroperasi dengan jadual baharu Unit Komunikasi Korporat Keretapi Tanah Melayu Berhad dalam satu kenyataan h...
Kata Menhub Budi Soal Tiket Pesawat Turun Harga Mulai 11 Juli 2019

Kata Menhub Budi Soal Tiket Pesawat Turun Harga Mulai 11 Juli 2019

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 223 hits
Pemerintah menyatakan pemberlakuan penurunan 50 persen tiket pesawat mulai dilakukan pada Kamis 11 Juli 2019 Adapun 3 hari penjualan tiket murah ini berlaku pada Selasa Kamis dan Sabtu Menteri Perhubungan Budi Karya Sumadi kembali menegaska...
Masuk Bursa Capres 2024 Versi Lsi Anies Bilang Tahun 2019 Aja Belum Kelar

Masuk Bursa Capres 2024 Versi Lsi Anies Bilang Tahun 2019 Aja Belum Kelar

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 222 hits
Dalam suvei LSI selain nama Anies untuk tokoh dari kategori pemimpin daerah yang berpeluan maju sebagai capres ada nama Gubernur Jawa Barat Ridwan Kamil Gubernur Jawa Tengah Ganjar Pranowo Gubernur Jawa Timur Khofifah Indar Parawangsa yang ...
Remaja 17 Tahun Tak Mampu Pergi Sekolah Tetapi Masih Tetap Belajar Dengan Harapan Dapat Ambil Spm 2019

Remaja 17 Tahun Tak Mampu Pergi Sekolah Tetapi Masih Tetap Belajar Dengan Harapan Dapat Ambil Spm 2019

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 1036 hits
The ReporterKisah keluarga ini mula mencuri tumpuan ramai apabila kisah kesusahan hidup mereka dikongsikan oleh Nur Asfaridah Umar Penolong Pegawai Sosio Ekonomi Yayasan Kemajuan Insan Sarawak di Twitter Apa yang menyedihkan melalui perkong...
Pelanggan Netflix Di As Dilaporkan Menurun Pada Suku Tahun Kedua 2019

Pelanggan Netflix Di As Dilaporkan Menurun Pada Suku Tahun Kedua 2019

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 235 hits
Netflix hari ini telah melaporkan pendapatan suku tahun kedua bagi tahun 2019 dan ia menurun sebanyak 10 Tambahan lagi Netflix melaporkan pelanggan baru secara global mempunyi 2 7 juta tidak seperti yang diharapkan sebanyak 5 juta pelanggan...
Asyik Ada Promo Bunga 0 Persen Dan Tenor 7 Tahun Di Daihatsu Giias 2019

Asyik Ada Promo Bunga 0 Persen Dan Tenor 7 Tahun Di Daihatsu Giias 2019

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 223 hits
Daihatsu menyediakan promo menarik selama GIIAS 2019 Selain memamerkan kendaraan World Premiere Concept Car seperti HY Fun Tanto 1st DNGA sebagai Japan CBU Car dan Special Edition Car Ada bunga 0 persen loh
Rang Undang Undang Baharu Kawal Penggunaan Vape Jangka Di Bentang Hujung Tahun Ini Serius Lah

Rang Undang Undang Baharu Kawal Penggunaan Vape Jangka Di Bentang Hujung Tahun Ini Serius Lah

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 216 hits
Rang undang undang baharu berkaitan kawalan pengunaan rokok elektronik atau vape dan sisha dijangka dibentang di Parlimen pada akhir tahun ini atau sesi tahun depan kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye Beliau berkata jawatankuas...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Lelaki Lihat Lembaga Besar Semasa Solat Berjemaah

Tawarkan Lebih Pilihan Pembiayaan Kepada Mahasiswa

Hari Ini 2 Al Hamdulillah Padi Dalam Pasu

Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang

Pemain Newcastle Tonali Dituduh Melanggar Peraturan Pertaruhan Bahasa Inggeris