Bakal Lancar Gpt 5 Ceo Chatgpt Akui Takut Ini Sebabnya


Bakal Lancar GPT-5, CEO ChatGPT Akui ‘Takut’ & Ini Sebabnya
Dalam dunia teknologi yang berkembang pesat, kita sering mengagumi pencapaian terbaharu tanpa memikirkan risikonya.
Namun, apabila individu di sebalik pembangunan kecerdasan buatan (AI) sendiri mula menyuarakan kebimbangan, kita wajar memberi perhatian.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) OpenAI, Sam Altman, secara terbuka mengakui bahawa beliau berasa ‘takut’ dengan pelancaran model terbaharu ChatGPT-5 yang dijadualkan pada Ogos 2025.
Model ini dijangka jauh lebih pantas dan hebat berbanding versi sebelumnya, namun kemajuan yang terlalu cepat inilah yang membimbangkannya.
“Terlalu pantas,” – GPT-5 buat Sam Altman rasa tak sedap hati Dalam satu temu bual di podcast This Past Weekend bersama Theo Von, Sam Altman berkongsi perasaan tidak tenangnya selepas menguji GPT-5.
“Ia terasa sangat pantas,” katanya, bukan sahaja dari aspek keupayaan pemprosesan, tetapi juga perkembangan teknologi AI secara keseluruhan.
Beliau bahkan membandingkan detik ini dengan Projek Manhattan, iaitu projek pembangunan bom atom, yang meninggalkan kesan mendalam kepada penciptanya.
Altman bimbang AI seperti GPT-5 mungkin akan cipta satu perubahan besar, di mana manusia belum bersedia untuk memahami atau mengawal kesannya.
Tidak cukup undang-undang & kawalan Altman juga mengakui bahawa perkembangan AI sekarang bergerak terlalu cepat berbanding peraturan dan undang-undang yang sepatutnya mengawalnya.
Katanya, pembangunan GPT-5 seolah-olah seperti “tiada orang dewasa dalam bilik”. Ia umpama satu metafora bagi menggambarkan ketiadaan kawalan atau pemantauan sewajarnya dalam pembangunan AI.
Malah, beberapa jurutera yang terlibat dalam pembangunan GPT-5 juga dilaporkan rasa ‘terganggu’ semasa menguji sistem ini.
Mereka mendakwa model itu menunjukkan tanda-tanda seolah-olah boleh berfikir dan bertindak sendiri, seperti ada minda sendiri.
Apa yang GPT-5 mampu buat? Maklumat penuh tentang GPT-5 masih dirahsiakan, namun laporan awal menunjukkan peningkatan besar berbanding GPT-4. Antaranya termasuk:
Lebih pandai berfikir langkah demi langkah Boleh simpan memori lebih lama Boleh faham dan balas pelbagai jenis input seperti teks, suara dan gambar Lebih lancar dan pantas digunakan Namun, semua kemajuan ini hadir bersama risiko. Altman sendiri pernah berkata bahawa GPT-4 “agak mengecewakan” berbanding GPT-5.
Malah, keupayaan GPT-5 meniru emosi dan logik manusia dikatakan semakin sukar dibezakan daripada fikiran manusia sebenar.
Ini mencetuskan kebimbangan tentang sempadan antara manusia dan mesin.
Langkah ke arah Kecerdasan Buatan Am (AGI)? OpenAI sejak sekian lama menjadikan Artificial General Intelligence (AGI) sebagai matlamat utama, satu bentuk AI yang mampu berfikir dan bertindak seperti manusia dalam pelbagai bidang.
GPT-5 dikatakan semakin hampir mencapai tahap tersebut.
Altman sebelum ini berpendapat AGI tidak akan mencetuskan kekacauan besar dalam masyarakat, tetapi nada beliau kini lebih berhati-hati.
Sekiranya GPT-5 benar-benar mendekatkan kita ke arah AGI, ketiadaan kerangka global untuk mengurus lonjakan besar ini boleh mendatangkan masalah besar, lapor The India Times.
Tekanan dari pelabur & persaingan sengit Di sebalik kemajuan teknologi ini, OpenAI dilaporkan sedang menghadapi tekanan besar daripada para pelabur yang mahu syarikat itu berubah menjadi organisasi yang berorientasikan keuntungan sebelum akhir tahun ini.
Microsoft, yang telah melabur sebanyak USD13.5 bilion dalam OpenAI, kini bersaing hebat dengan syarikat lain seperti Google DeepMind dan Perplexity.ai dalam bidang AI.
Terdapat juga spekulasi bahawa OpenAI mungkin akan mengisytiharkan kejayaan mencapai AGI lebih awal daripada sepatutnya, hanya untuk menamatkan kontrak eksklusif dengan Microsoft.
Jika ini berlaku, ia boleh mengubah keseimbangan kuasa dalam industri AI, lapor The Times of India.
Tambah The Times of India, meski ada pihak berpendapat kenyataan Sam Altman hanyalah sekadar strategi pemasaran, tindakannya menunjukkan beliau benar-benar bimbang.
Namun, ketakutan beliau bukan terhadap “AI jahat”, tetapi lebih kepada kemungkinan manusia hilang kawalan terhadap ciptaan mereka sendiri.
ChatGPT-5 mungkin akan menjadi titik perubahan besar dalam sejarah AI moden. Dengan segala kehebatannya, muncul juga risiko dan persoalan besar yang belum ada jawapan.
BACA: Elak Ucap “Tolong” & “Terima Kasih” Kepada ChatGPT, Ini Sebabnya
BACA: Terlalu Ramai Percaya AI, CEO OpenAI Dedah Perkara Mengejutkan Tentang ChatGPT
Sumber: Times of India
The post Bakal Lancar GPT-5, CEO ChatGPT Akui ‘Takut’ & Ini Sebabnya appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/05/bakal-lancar-gpt-5-ceo-chatgpt-akui-takut-ini-sebabnya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Insta360 Perkenal Antigravity Bakal Lancar Kategori Dron Baharu Ogos Ini

Insta360 Perkenal Antigravity Bakal Lancar Kategori Dron Baharu Ogos Ini

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 147 hits
Insta360 perkenalkan Antigravity jenama dron baharu yang menurut mereka akan memperkenalkan kategori baharu dron 360 darjah yang tidak memerlukan kemahiran tinggi bagi mengawal penerbangan untuk mendapat visual imersif dan mengkagumkan Dron...
80 Tahun Penipuan As Akhirnya Akui Tiada Keperluan Bom Hiroshima Dan Nagasaki

80 Tahun Penipuan As Akhirnya Akui Tiada Keperluan Bom Hiroshima Dan Nagasaki

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 170 hits
Menurut Jeneral Henry Arnold Komander Tentera Udara AS semasa perang bom atom atau tidak Jepun sememangnya sudah hampir tumbang Kenyataan itu disokong Laksamana William Leahy yang menyifatkan penggunaan bom atom sebagai tindakan kejam yang ...
Akui Kebenaran Jangan Sembang Pandai Ada Kuasa Langsung Tak Buat Apa Ap

Akui Kebenaran Jangan Sembang Pandai Ada Kuasa Langsung Tak Buat Apa Ap

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 156 hits
Kan bagus begini perbezaan aliran politik tidak menjadikan kita pelampau politik seperti walaun Aku pun tidak sealiran politik dengan Tun Mahathir tetapi kena akui jasanya membantu Muslim di Bosnia Herzegovina pada dekad 1990an dahulu Tun M...
Suraya Borhan Akui Perit Tinggalkan Suria Fm Fokus Kini Pada Anak Anak

Suraya Borhan Akui Perit Tinggalkan Suria Fm Fokus Kini Pada Anak Anak

papar berkaitan - pada 2/8/2025 - jumlah : 227 hits
Kuala Lumpur Pelakon dan usahawan Suraya Borhan meluahkan rasa sebak apabila terpaksa mengakhiri tugasnya sebagai penyampai radio di Suria FM selepas sembilan tahun berkhidmat Menurut Suraya meskipun sudah dimaklumkan mengenai penamatan kon...
Hiburan Maki Saya Tak Bawa Korang Ke Syurga Pun Erissa Puteri Sedar Berdosa Pakai Seksi Akui Mental Terjejas

Hiburan Maki Saya Tak Bawa Korang Ke Syurga Pun Erissa Puteri Sedar Berdosa Pakai Seksi Akui Mental Terjejas

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 303 hits
Penyanyi dan pelakon tampil memohon maaf secara terbuka selepas dikecam netizen berikutan penampilannya yang dianggap terlalu seksi baru baru ini Dalam satu hantaran di Instagram Story Erissa mengakui kesilapannya dan menyatakan bahawa diri...
Saya Reda Asalkan Anak Anak Bahagia Hafiz Suip Akui Bercerai Fokus Sebagai Ayah

Saya Reda Asalkan Anak Anak Bahagia Hafiz Suip Akui Bercerai Fokus Sebagai Ayah

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 184 hits
Dalam hidup berkeluarga tak semua perkara berjalan seperti yang kita rancang Itulah yang dilalui oleh penyanyi terkenal Hafiz Suip apabila mengesahkan bahawa beliau telah sah bercerai dengan isterinya Nureffy Jasreel Abdullah pada 29 Mei la...
Gemini Amp Chatgpt Raih Pingat Emas Dalam Pertandingan Matematik Dunia Tapi Masih Tewas Kepada Manusia

Gemini Amp Chatgpt Raih Pingat Emas Dalam Pertandingan Matematik Dunia Tapi Masih Tewas Kepada Manusia

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 273 hits
Model AI canggih dari Google dan OpenAI berjaya mencapai markah pingat emas dalam International Mathematical Olympiad 2025 Walaupun begitu prestasi mereka masih belum mampu menandingi lima peserta manusia yang b
Kerabu Kacang Botol Bendi Idea Chatgpt

Kerabu Kacang Botol Bendi Idea Chatgpt

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 312 hits
Kerabu Kacang Botol Bendi Idea Chatgpt Assalamualaikum Hari ini nak kongsi koleksi masakan baru dekat blog ni disebabkan pening nak buat apa dengan kacang botol dan bendi Cik Ash terlebih rajin pergi tanya chatgpt ada tak cara nak masak men...
Gpt 5 Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Gpt 5 Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 127 hits
GPT 5 Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu OpenAI telah memperkenalkan GPT 5 model kecerdasan buatan terbaharu yang dikatakan paling canggih setakat ini Ia menawarkan peningkatan ketara dalam pelbagai bidang seperti penulisan pengaturcaraan matemat...
Ucapan Hari Lahir Ayah Mertua Yang Ke 66

Sembang Pengalaman Di Jalan Kimanis Menuju Ke Kota Kinabalu Sabah

Wedding Of The Year Kisah Cinta Amira Othman Amp Fattah Amin

Cuti Sekolah Bertukar Tragedi Murid Tahun Enam Maut Dibaham Buaya

Sepanyol Ugut Boikot Piala Dunia 2026 Jika Israel Layak

Remember When Muhyiddin Gave Umno Rm10m For Sabah Polls

Dasar Kecuali Bayaran Balik Pinjaman Kekal Kuat Kuasa Jelas Ptptn

Ultimate Gravy Recipe No Beef


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Betul Ke Kat Bawah Sungai Amazon Ada Sungai Lagi

Perak Masjid Ubudiah Kuala Kangsar 2025

Kotak Packaging Custom Rahsia Tarikan Visual Yang Buat Produk Lebih Menjual

Pitch Your Startup To Investors

Nasi Goreng Daging Salai

Tular Video Bella Astillah Bersalam Dengan Ibu Syed Saddiq Netizen Persoal Cara Salam