Follow Up Post Iol Surgery
Dua hari lepas surgery tu kena datang klinik semula untuk follow up. Masa perjalanan ke klinik tu saya rasa macam ada benda asing dalam mata. Tak selesa. Rasa dia macam sakit sikit sebab bergesel mungkin. Padahal kita dah pakai cermin mata dah nak lindungi mata.
Mata pun dah berair menahan. Aduhaiii...
Rupanya bila doktor check guna mesin khas, katanya ada luka. Lepas tu nampak ada bulu mata termasuk dalam mata. Lahhh patutlah rasa tak selesa. Doktor buang bulu mata dengan tweezer. Ahh..terkeluar pula suara mengadu sakit tu. Sorry sorry kata doktor.
Bila dah buang tu barulah rasa lega. Aaa risau. Berat betul penjagaan mata lepas surgery ni. Padahal kita dah pakai cermin mata hitam untuk lindungi mata. Lain pula yang jadi.
Doktor letak ubat titis dan juga antibiotik. Terus ditutupnya mata dengan kapas dan pelekat. Lepas 6 jam baru boleh buka. Baik doktor!
Lama eh tak pakai baju kurung. Dari terperam dalam almari, baiklah kita pakai. Dengan mata tutup sebelah dah macam bajak laut
Esoknya mata saya dah okay. Alhamdulillah...Penglihatan pun dah makin jelas. kena letak antibiotik sepanjang 7 hari setiap malam sebelum tidur. Dua hari jugalah staff call untuk bertanyakan tentang mata saya. Ikutkan kalau tak okay kena datang. Bila dah okay, cancelled lah janji temu kita.
Pandangan jarak jauh dah nampak dengan dengan jelas. Cuma jarak dekat tu nampak kabur sikit. Jarak dekat tu ambil masa sikit. Jadinya sebelah mata dah boleh tengok jarak jauh, sebelah mata kiri boleh tengok dekat dengan jelas. Tak seimbang tapi so far boleh adapt lagi dan tak memeningkan
Kiranya saya dah separuh jalan bebas cermin mata. Teruja boleh tengok jauh tanpa cermin mata selepas dapat mata baru. Seterusnya janji temu sebelum surgery kedua mata sebelah kiri pula.
Jumlah kos : RM200 lebih (Follow up check dan ubatan)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2025/11/follow-up-post-iol-surgery.html