Florentine Cornflake Gaul Bakar Je Tak Renyah Tapi Makannya Susah Nak Berhenti
Biskut florentine yang penuh dengan kekacang antara yang disukai oleh semua peringkat usia. Lepas makan sekeping, tak sedar tengok-tengok dah nak habis sebalang. Ramai yang kata biskut florentine kekacang ni, biskut kayangan kerana harga kekacang yang agak mahal.
Tapi bagi anda yang nak jimat kos, nak nak rasa kesedapan biskut ini boleh cuba dengan Florentine Cornflake. Menggunakan baby cornflake dan badam saja dah cukup puas menikmatinya sambil berborak bersama ahli keluarga atau menonton televisyen.
Kalau tak percaya, anda patut cuba dan hasilnya pasti puas hati. Ini resipi yang dikongsikan Manda Syuhada.
RESIPI PATUT CUBA [Resipi Samperit Lotus Biscoff, Rangup & Rasa Mewah, Wow Padunya!]
Buat yang bertanya resepi. Saya sertakan secara lebih terperinci dan cara membuatnya tersangat mudah. Orang kata tak sempat berpeluh pun di dapur, tau-tau dah siap sebalang biskutnya.
Florentine Cornflake
Bahan-bahan:
2 cawan tepung florentine
4 cawan mini cornflake
1 cawan badam
Cara membuatnya:
Gaulkan bahan letak dalam cup bakar suhu 170’c selama 20minit..
RESIPI MENARIK [Biskut Cornflakes Wangi, Ranggup & Lemak Berkrim! Resipi Legend, Paling Mudah Buat]
Bila dah masak sejukkan dulu baru keluarkan dari cup.
Seeloknya guna cup yang licin bahagian dalam lagi senang untuk keluarkan.
Kredit: Manda Syuhada
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Florentine Cornflake, Gaul & Bakar Je. Tak Renyah Tapi Makannya Susah Nak Berhenti! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/florentine-cornflake-gaul-bakar-je-tak-renyah-tapi-makannya-susah-nak-berhenti/