First Time Dapat Cashout Google Adsence
Salam to all readers,
| First Time Dapat Cashout Google Adsence | I'm super shock gila bila dapat email from Google AdSense bila cakap your payment OTW. Wahh..punyalah payah nak cukupkan amount bagi boleh cash out. Mana taknya, 1 hari je baru nak 0.04 je. Orang lain satu hari 10.00usd. Syukur alhamdulillah, lepas ini kena gigih lagilah update entry. Aku punya semangat nak update ini kejap je, lepas tu menghilang dari radar, sekali update 3, 5 entry aku up sekali harung.
After 30/4/2021 aku available sikit, banyak benda nak kongsi dengan hampa semua. Tapi sebabkan kekangan masa, aku hold dulu. Nak menulis pun kena ambil mood, aku paling tak suka hupdate time aku tak ada mood, nanti ayat tak sepatutnya keluar terhambur. Ishh.. Terima kasih semua yang rajin klik iklan dan masih menyokong blog usang aku ini, even aku pun jarang share dekat Facebook mahupun sosial media lain, korang tetap jengah dan up balik cerita-cerita lama-lama aku.
Setelah sekian lama menulis, finally Google bayar kita. Thank you again! Banyak benda aku kena asah lagi, sejak aku join group Biters Group (supportive gila group ini). Cuma aku suka jadi silent readers, mostly mereka suri rumah yang bekerjaya. Event duduk rumah boleh buat duit okay. Skills penulisan mereka lagi hebat.
Nak fokus 100% pun tak boleh sebab aku terikat dengan kerja hakiki, event kadang weekend pun tak ada masa untuk diri sendiri. Pada mereka yang baru berjinak-jinak tulis blog, teruskan sebab cabang Digital Marketing ini tengah demand sekarang. Tak tahu boleh belajar, tak mampu pergi kelas berbayar? Google je, bersepah maklumat ada. Kalau dulu orang suka baca kisah orang, tapi sekarang orang lebih suka baca info, sesuatu yang fakta.
Penulis ini pun kadang-kadang stuck juga idea nak tulis apa. Pada aku, aku lebih cenderung berkongsi perihal perjalanan hidup aku, resepi yang belajar dari mak dan aku praktikkan, kerjaya aku, apa yang aku minat, weekend aku pergi mana. Aku suka share apa aku buat pada orang lain. Again, thank you so much much sebab support blog usang aku.
Thank you for reading!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.missazwarsyuhada.com/2021/04/first-time-dapat-cashout-google-adsence.html