Misi Mencari Dessert Di Milk Barley Nusentral
Assalamualaikum wrt..
Sebelum ni SA beli dessert kat Paris Baguette kan...kali ni kita beli kat tempat lain la....memandangkan meeting petang so kita amik dessert yang manis- manis semanis orang yang beli untuk bagi mood meeting naik...x ramai pun meeting ni..ada 4 orang je..
Milk & Barley ni terletak di Lower Ground Floor sebaris dengan Bread Story...mulanya SA masuk Bread Story..xde apa yang menarik...so masuk la sini plak..banyak betul yang menarik akt sini..siap S boleh makan tester lagi..bagai orang mengantuk di hulur bantal kan...SA rasa la 2-3 tester...melampau nak rasa semua..
Milk & Barley ialah sebuah bakeri di Malaysia yang terkenal dengan stesen susu layan diri dan falsafah "fresh, never overnight". Ia menjual pastri iaitu Tart yang dibakar segar setiap hari bersama susu segar, dan mempunyai beberapa cawangan di seluruh Malaysia, termasuk di NU Sentral, Berjaya Times Square, dan The Curve.

One Bite Big Joy katanya

Pistachio tart

Kunafa Choco tart

Choco Mochi

Lotus Biscoff

Oreo Choc

Golden Cheese

Crispy Egg Tart

Tiramisu Tart

Strawberry Yogurt

Snowball Strawberry Mochi

Snowball Choco Mochi
Adik tu tengah potong tester utk SA
Menarik la kat sini...Cosy je
Ni yang SA beli selepas dapatkan persetujuan dari boss..
Buy 5 free 1..
1 pcs tart RM9.30 kecuali yang Crispy Egg Tart tu RM7.30
Kalau x sebab meeting la kan..xde la SA tau kedai- kedai baru dalam NuSentral tu...banyak je kedai menarik...masa i nampak Watson Pink tapi x dan la nak pi jenguk..time kerja kan..kalau time rehat lain citer...sesekali boleh la layan tart kat Milk & Barley ni...tengok harga tart la kan...biasa SA akan cari Hokkaido Cheese Tart kalau SA nak makan tart...tapi takde plak kat NuSentral ada kat Mid Valley paling dekat ngan SA...sekarang Hokkaido Baked Cheese Tart adalah sebahagian daripada Kumpulan Secret Recipe. Ia bukanlah sebuah usahasama (JV) yang berasingan, sebaliknya ia adalah jenama di bawah payung syarikat yang sama so senang la nak dapat kan HCT...kat setiap outlet Secret Recipe ada...just kena ingat sesekali je boleh makan...x leh selalu....awak tu keturunan yang manis- manis sampai boleh potong kaki so kena la jaga....ye tak
Semoga yang meeting kang happy la dengan apa yang SA beli.
Selamat ber meeting..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2025/11/misi-mencari-dessert-di-milk-barley.html