Firma Abu Dhabi Dakwa As 1 4 Bilion Wang 1mdb Hilang


Satu lagi pendedahan terbaru dari Wall Street Journal, Malaysia's 1MDB Fund Scandal Spreads to U.A.E. Artikel ada diterjemah oleh TMI - Abu Dhabi dakwa AS$1.4 bilion daripada 1MDB hilang, lapor WSJ.


Sebuah dana pelaburan kerajaan Abu Dhabi mendakwa bayaran AS$1.4 bilion (RM6.02 bilion) daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kepada salah satu anak syarikatnya kini hilang, lapor The Wall Street Journal hari ini.

Ramai yang pening bila masuk bab 1MDB. Buat masa ni untuk mudah cerita, ingat tak gambarajah warna biru yang Arul siarkan bulan Jun baru-baru Ini.

Kemungkinan besar dana yang didakwa hilang itu adalah Deposit Aabar yang dibulatkan.

International Petroleum Investment Co (Ipic), sebuah syarikat pelaburan United Arab Emirates (UAE), menjamin AS$3.5 bilion itu dalam bentuk bon, yang dikeluarkan 1MDB untuk membiayai pembelian loji kuasa pada 2012.

Sebagai balasan, Ipic mempunyai pilihan membeli 49% kepentingan dalam loji kuasa itu serta cagaran bagi bon itu.

Memetik draf laporan Ketua Audit Negara, WSJ mendedahkan dalam artikel atas talian itu, 1MDB membuat bayaran cagaran sebanyak AS$1.4 bilion kepada Aabar Investments PJS, anak syarikat Ipic.

Penyata kewangan yang disatukan Ipic bagaimanapun, tidak menunjukkan sebarang rujukan kepada penerimaan bayaran itu.

Memetik sumber, WSJ berkata baik Ipic ataupun Aabar tidak menerima wang itu dan tidak tahu ke mana ia menghilang.

Amaun ditulis TMI sebagai RM6.02 bilion tapi itu kalau menggunakan kadar tukaran sekarang iaitu 4.3. Kalau didarab 3 (mengikut kadar dulu) ia bersamaan RM4.2 bilion.

IPIC’s consolidated financial statements, however, contain no reference to the receipt of the payment. Two people familiar with the matter said IPIC and Aabar never received the money. It isn’t clear what happened to the funds. 1MDB didn’t respond to requests for comment.
WSJ ada bertanya kepada 1MDB tapi tidak dilayan. Kenapa pihak 1MDB tidak beri sebarang respon atau jawapan kepada pertanyaan yang diajukan? Kalau ada penjelasan, takdelah jadi kecoh.

Betul ke ada bayaran itu dibuat?

Kalau kena songlap, siapa yang harus bertanggungjawab? Adakah ada kaitan dengan kes alHusseiny bekas CEO Aabar dan alQubassi bekas Pengarah Aabar yang dibuang kerja?

Kedua-dua mereka adalah yang bergambar megah semasa majlis menandatangai MOU dengan 1MDB yang disaksikan oleh Najib dulu.

Dakwaan kehilangan AS$1.4 bilion muncul pada saat yang sensitif dari segi politik bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga menteri kewangan dan pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, yang dalam pemerhatian kerana menerima RM2.6 bilion daripada penderma Timur Tengah.

Wang itu dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya menjelang pilihan raya umum ke-13 pada 2013.

1MDB, sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan, juga di bawah penelitian selepas mengumpul RM42 bilion hutang sejak ia mula beroperasi pada 2009, dan juga atas urus niaga meragukan.

Abu Dhabi kini cuba memutuskan hubungan dengan 1MDB, kata WSJ, dan menyusun semula Ipic yang menyediakan dana kepada syarikat pelaburan negara Malaysia itu.

Jurnal perniagaan itu berkata, urusan antara UAE dan Malaysia "menyerlahkan situasi yang jarang berlaku dalam dana negara, yang meningkat dengan ketara dari segi saiznya dan disokong kerajaan yang kaya tetapi sering kurang ketelusan".

Pada 2 Julai, WSJ melaporkan AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan di kalangan beberapa agensi kerajaan, bank dan entiti berkaitan 1MDB dan akhirnya berakhir di akaun peribadi Najib menerusi 5 deposit berasingan.

Najib menafikan menggunakan wang itu untuk kepentingan peribadi tetapi skandal tersebut menyebabkan masalah politik dan ekonomi.

Pendedahan ini membuat kita tertanya-tanya mengenai bayaran yang telah dibayar kepada IPIC untuk menebus kembali Option 49% yang diberikan kepada Aabar/IPIC untuk memiliki saham IPP milik 1MDB.

Sebab perkara ini juga merupakan sebahagian dari perjanjian jaminan yang sama antara Aabar-1MDB.

Berapa sebenarnya JUMLAH yang telah dibayar? Yang tercatat adalah USD2.22 bilion!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 'Tidak Perlu Restu Najib Siasat Skandal 1MDB'Kronologi 1MDB, Skandal Kewangan Terbesar Di Dunia
-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2015/09/firma-abu-dhabi-dakwa-as14-bilion-wang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Abu Syafiq Tabur Fitnah Dakwa Muhyiddin Delegasi Tak Suntik Vaksin Kerjakan Umrah

Abu Syafiq Tabur Fitnah Dakwa Muhyiddin Delegasi Tak Suntik Vaksin Kerjakan Umrah

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 301 hits
Dakwaan Ustaz Abu Syafiq bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin dan delegasi tidak mendapat suntikan vaksin COVID 19 atau vaksin Meningococcal Meningitis ketika mengerjakan ibadah umrah pada bulan Mac 2021 adalah tidak benar Menurut pegawai khas T...
Kpmg Bayar Rm340 92 Juta Penyelesaian 1mdb

Kpmg Bayar Rm340 92 Juta Penyelesaian 1mdb

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 170 hits
Oleh MALAYSIA telah menerima wang penyelesaian berjumlah RM340 92 juta daripada KPMG yang telah disalurkan ke dalam Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset Malaysia Penyelesaian itu susulan daripada pengumuman pada 16 September tahun lalu di ...
Ministry Recovered 1mdb Funds Only Enough To Pay Debt Principal For 2022

Ministry Recovered 1mdb Funds Only Enough To Pay Debt Principal For 2022

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 212 hits
Malaysia has recovered enough funds linked to scandal tainted state fund 1Malaysia Development Berhad to pay off only the principal amount of the debt still owed by the firm this year the 1MDB raised billions of dollars in bonds ostensibly ...
Peningkatan Cloud Bagi Pasangan Mata Wang Gbp Usd Penjualan Baru Dalam Graf

Peningkatan Cloud Bagi Pasangan Mata Wang Gbp Usd Penjualan Baru Dalam Graf

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 223 hits
Pasangan mata wang GBP USD jatuh mendadak dalam beberapa jam terakhir Ia telah didagangkan pada tahap 1 3422 pada masa penulisan di bawah 1 3461 tinggi hari ini dan di atas 1 3414 rendah hari ini Dalam jangka pendek tekanan adalah tinggi ke...
Memastikan Wang Sumbangan Banjir Diagih Kepada Mangsa Bencana

Memastikan Wang Sumbangan Banjir Diagih Kepada Mangsa Bencana

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 264 hits
Walaupun ramai yang teruja untuk membantu namun kebimbangan timbul berhubung ketelusan dalam pengurusan wang derma dan sumbangan kepada mangsa Mangsa banjir Zariah Yeop Shamsuddin bersama suaminya Ramli Ahmad dan saudara mara lain melakukan...
Cef Riz Kahwin Kali Ketiga Tak Sangka Ini Kata2 Chef Wan Saya Berikan Wang Tunai Yg Banyak Utk Majlis Ini

Cef Riz Kahwin Kali Ketiga Tak Sangka Ini Kata2 Chef Wan Saya Berikan Wang Tunai Yg Banyak Utk Majlis Ini

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 246 hits
Anak kepada cef selebriti Datuk Chef Wan Cef Riz telah selamat melangsungkan perkahwinan kali ketiganya bersama pasangan yang dikenali sebagai Nurul Berita gembira itu telah dikongsikan Chef Wan sendiri menerusi hantaran di Instagramnya pad...
Zeti Dedahkan 7 Pegawai Bnm Disoal Isu 1mdb

Zeti Dedahkan 7 Pegawai Bnm Disoal Isu 1mdb

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 180 hits
Tujuh pegawai Bank Negara Malaysia setakat ini disoal polis berhubung kebocoran maklumat berkaitan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad kata Gabenor BNM Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz Katanya mereka memberikan kerjasama sepenuhnya ke...
Witnesses Unavailable So Najib S 1mdb Trial Adjourned To Jan 26

Witnesses Unavailable So Najib S 1mdb Trial Adjourned To Jan 26

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 198 hits
The Kuala Lumpur High Court agreed to the prosecution s request for the trial to be vacated today KUALA LUMPUR The prosecution in Najib Razak s 1MDB trial apologised to the High Court today for being unable to produce new witnesses to testi...
Jho Low Ibu Bapa Masukkan Kehadiran Dalam Saman 1mdb

Jho Low Ibu Bapa Masukkan Kehadiran Dalam Saman 1mdb

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 200 hits
Jho Low ibu bapa masukkan kehadiran dalam saman 1MDB Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low bapa beliau Larry Low Hock Peng dan ibunya Goh Gaik Ewe telah memasukkan kehadiran dalam kes saman USD3 7837 bilion yang difailkan 1...
Pen Nsula House By Studio Fabricio Rodrigues A Serene Lakeside Sanctuary In Piracaia

Adventure Travel To The Amazon Forest A Journey Into The Heart Of Nature

Monitor All Projects To Ensure Timely Completion Pm

Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture

71 Peratus Rakyat Austria Sanggup Boikot Barangan As Tinjauan

Masuk Usia 40 An Ini 6 Perkara Penting Yang Kebanyakan Orang Cari

Buasir Otak Tv Roblox Lawan Alien Dalam Perang Dunia Live

Muhyiddin Shahidan Sah Hadir Majlis Pembukaan Kapsul Masa 2020 Di Menara Kl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lintah Berkepala Manusia By Rakib Jamari Riau

Kek Lapis Penganan Pilah

Misi Mencari Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Tercapai

Hudsons Eumenthol Jujubes Membantu Melegakan Tekak Dan Batuk

Polis Halang Penjawat Awam Di Raub Lima Individu Termasuk Ahli Parlimen Raub Akan Diambil Keterangan

Asean All Star Vs Mu Jadual Pemain Pembelian Tiket Online