Filter Link Now Available At Ig Story For All Account
Salam to all readers,
| Filter LINK Now Available at IG Story for All Account | Good news for all online seller mahupun content creator!
Nak tahu tak? Sekarang tak perlu tunggu 10k Followers pun dah boleh guna sticker link.
Paling penting takyahlah bazir duit beli followers semata nak dapatkan 10k. Aku tunggu lama dah filter ni. Alhamdulillah, pagi tadi update tengahari filter ini dah masuk.
Ramai cakap akaun dorang masih takde lagi sticker ini lepas update IG. Guys, Adam Mosseri head of Instagram cakap dia baru sahaja launch. So ambil masa sikit untuk filter pada semua akaun.
So, mana tak ada lagi tu mohon bersabar. Aku lama juga tunggu filter ini. Follower aku tak 10k pun. Alhamdulillah dah ada sticker link ini. Lepas ini kau nampak aku promote link tu namanya aku tengah lepas gian dah lama nak kongsi okay.
Lepas ini nak share entry blog pun senang! Swipe up tak ada lagi pun takpe, janji sticker link dah boleh buat hati aku bergembira gitu.
Sticker ini amat berguna kalau nak share link info direct ke portal pun boleh. Lets says aku tayang gambar hiking Bukit Sri Bintang. Info lanjut berkaitan gambar boleh baca dekat blog aku. Gituew.. Tekan je link direct ke cerita tersebut bukan main page website aku. Menarik kan?
Even aku follower taklah ramai mana, so di era teknologi serba canggih ini, kita kena up to date gitu. Client pun kenalah faham perbezaan "Blogger", "Influencer" dan "Mikro Influencer". Yang buat tahi segelinter je, tapi disebabkan yang buat tahi ini sikit, yang terpalit semua juga.
Beza ketiga-tiga ini banyak. Persamaannya 1 sahaja. iaitu tiga-tiga ini bukan "SALES PERSON". Kami bukan penjual yang boleh lariskan produk. Kami cuma boleh war-warkan kepada umum sahaja. Sama juga macam blogger, bukan sekali tulis esok dah masuk 1st pageview dekat google. Kekadang ambil masa berbulan juga nak capai 1st pageview google. Try and error.
Mikro Influencer ini yang tak berapa banyak follower. Macam akulah, follower 2,000 ke 50,000. Tapi dia cenderung untuk kongsikan sesuatu pada pengikutnya yang betul-betul suka akan aktivitinya. Seperti travel, foodhunter, beuaty product, tips or anything.
Tambah lagi, ada kelompok kecik yang follow and get the info from kita punya perkongsian dekat sosial media. Kita boleh kongsi, tapi untuk menjamin sales seseorang tu mencanak naik itu bukan tugas kami as blogger.
Okaylah, mana yang masih menanti sticker Link tu harap bersabar menunggu okay.
Thank you for reading my short entry!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.missazwarsyuhada.com/2021/10/filter-link-now-available-at-ig-story.html