Filem Imam Angkat Gerakan Pembaharuan Islam




 
Oleh: Muhammad Faisal Abdul Aziz





ULASAN: Perubahan itu sendiri tidak dapat ditahan-tahan, seperti kata Haji Mihad, "ia laksana cahaya yang terkurung yang akan mencari jalan merembes keluar melalui rongga atau retak biar seseni sekalipun”.





Itulah bait kata-kata penting Imam Haji Mihad, watak utama karya Sasterawan Negara Almarhum Datuk Abdullah Hussain dalam novel Imam.





Novel Imam adalah satu karya besar menjadi kebanggaan kita yang memenangi Hadiah Novel Nasional 1992-1994 serta tempat pertama Sayembara Sako anjuran Utusan Publication dan Public Bank.





Lebih utama karya ini adalah satu ceritera tentang "cerita kita". Watak-watak dalam novel ini adalah watak yang hidup dan masih hidup pada zaman kita.





Watak baik, jahat dalam hierarki agama





Watak jahat seperti penunggang agama, watak baik - tokoh agamawan yang ikhlas menjernihkan serta memurnikan masyarakat, perpecahan masyarakat dengan anasir kafir mengkafir, solat dua imam, akibat ketaksuban, adalah satu kisah yang ada dalam masyarakat kita.





Hari ini, dalam senario masyarakat teraba-raba mencari pedoman, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama Alkahfi Pictures berganding bahu mengangkat kembali mesej-mesej tersirat dari Karya Sasterawan Negara tersebut.





Manakan tidak, ia sinonim dengan agenda ABIM utamanya yang konsisten membawa agenda pembaharuan - Islah dengan nuansa kosmopolitan iaitu menjurus ke arah kebaikan, keterbukaan, saling memberi manfaat sesama manusia dalam masyarakat.





Justeru, tanggal 2 Mac 2023, karya tersebut akan diadaptasi dalam bentuk Filem Imam yang bakal menembusi panggung di seluruh negara.





Mengapa karya Imam





Mengapa dipilih IMAM dan apa signifikannya dalam masyarakat?





Dalam masyarakat Melayu, IMAM adalah pemimpin agama yang amat dipercayai.





Secara tradisi IMAM ada kedudukan istimewa dalam masyarakat Melayu.





Apa yang kita cuba ketengahkan dalam Filem IMAM / pemimpin adalah pilihan buat masyarakat Melayu untuk memiliki Imam. Watak Imam yang bagaimana yang harus menjadi pemimpin umat?





IMAM yang mencerahkan bangsa atau menggelapkan.





IMAM yang berani atau hanya mengikut arus dengan budaya mengalah.





IMAM yang menghargai keterbukaan atau IMAM yang jumud.





Watak Imam Haji Mihad cuba untuk membawa perubahan ke arah kebaikan, menipiskan kebekuan yang wujud dalam pemikiran masyarakat, berasaskan hujah untuk kita berfikir namun siap berhadapan risiko.





Watak Haji Syamsuri adalah pemimpin agama yang jumud, menolak perubahan tanpa hujah, selesa dengan iklim kebebalan yang menjatuhkan akal umat.





Haji Mihad berperanan mendidik masyarakat untuk mandiri. Dalam kesederhanaannya, beliau tetap tegas memperjuangkan akauntabiliti dan ketelusan membabitkan harta atau wang amanah yang diuruskan atas nama kepentingan umat.





Berbeza dengan Haji Syamsuri, yang selesa mahu rakyat bergantung hidup dengan beliau tanpa memberi ruang untuk mereka berdikari.





Jika diteliti, Filem ini yang diinspirasikan melalui Novel SN Abdullah Hussain "IMAM" ia adalah latar yang pernah berlaku. Bukan hanya latar 1950-an dan 1960-an tetapi sebelum itu lagi.





Mencermati tulisan Arwah Prof Azyumardi Azra, ada disinggung peranan ulama reformis alam Melayu pada kurun ke 17 bila mana mereka yang dikenali sebagai pelajar Jawi di Haramayn, kembali ke tanah air cuba untuk membawa perubahan.





Seperti Shaykh Nūr al-Dīn al-Ranirī (1658), Shaykh ‘Abd al-Ra’ūf al-Sinkilī (1693), Shaykh Muhammad Yūsuf al-Maqassarī (1699), Shaykh Dawūd al-Faṭanī (1847), Shaykh ‘Abd al-hamad al-Falimbanī (1785), dan Shaykh Muhammad Arshad al-Banjarī (1812).





Filem menuntut pemikiran kritis





Di alam Melayu, tokoh-tokoh ini menurut beliau bukan hanya meluruskan pemikiran umat di lokaliti masing-masing dalam beragama khususnya dalam dimensi ketauhidan aqidah.





Mereka juga berjaya membawa perubahan dalam pentadbiran serta keadilan sosial di wilayah masing-masing.





Justeru, filem ini bukan semata kisah biasa-biasa tetapi ia menuntut kita terutamanya masyarakat Melayu untuk berfikir sejenak.





Di kala meletakkan Imam sebagai pemimpin utama masyarakat, perlu ada satu anjakan dan naratif baharu agar Imam yang membimbing masyarakat itu adalah Imam yang yang sentiasa di jalan lurus, berasaskan hujah, membawa umat ke arah pencerahan serta berfikiran terbuka.





Sebaliknya pemimpin yang membungkam umat dari berfikir, membawa sentimen menakutkan umat, menjumudkan pemikiran bangsa serta selesa membiarkan umat di arus yang salah harus dihindarkan.





Kerana keyakinan kita perubahan ke arah kebaikan itu adalah sebahagian dari lumrah kehidupan, memerlukan keberanian umat untuk bertindak secara kolektif, perbaharui cara fikir, jalan yang dilalui serta aspirasi masa depan.





________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/03/filem-imam-angkat-gerakan-pembaharuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Filem Mentega Terbang Provokasi Terhadap Islam Ambil Tindakan Tegas Ppim The Merdeka Times 02 03 2023

Isu Filem Mentega Terbang Provokasi Terhadap Islam Ambil Tindakan Tegas Ppim The Merdeka Times 02 03 2023

papar berkaitan - pada 2/3/2023 - jumlah : 175 hits
Filem terbabit tular di media sosial baru baru ini jelas mencabar dan membangkitkan kemarahan umat Islam khususnya di negara ini Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim JohanJAKIM perlu bertindak dan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain un...
Menteri Agama Filem Mentega Terbang Bercanggah Akidah Islam

Menteri Agama Filem Mentega Terbang Bercanggah Akidah Islam

papar berkaitan - pada 2/3/2023 - jumlah : 254 hits
Zeanaaima Mohd YusofSedutan babak dalam Mentega Terbang mengundang amarah di platform media sosial dengan warganet mempersoalkan bagaimana filem itu dibenarkan untuk tontonan umum PETALING JAYA Kandungan filem Mentega Terbang jelas bertenta...
Filem Imam Di Pawagam 2 Mac 2023

Filem Imam Di Pawagam 2 Mac 2023

papar berkaitan - pada 1/3/2023 - jumlah : 362 hits
Imam sebuah filem adaptasi novel Sasterawan Negara Almarhum Abdullah Hussain Novel Imam diterbitkan pada 1995 adalah pemenang pertama Hadiah Sako tahun yang sama Filem Imam dibintangi pelakon pelakon hebat iaitu Dato M Nasir Faizal Hussein ...
Tak Wajar Umat Islam Terlibat Filem Bercanggah Akidah

Tak Wajar Umat Islam Terlibat Filem Bercanggah Akidah

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 139 hits
MalaysiakiniMajlis Ulama Umno memandang serius normalisasi pembikinan dan penerbitan filem filem yang menyentuh sensitiviti agama khususnya akidah dan syariat Islam oleh rakyat Malaysia yang ditayangkan melalui platform internet Malah Setia...
Cari Dan Ambil Tindakan Terhadap Semua Terlibat Filem Pesongkan Akidah Islam Kenyataan Media Ppim 02 03 2023

Cari Dan Ambil Tindakan Terhadap Semua Terlibat Filem Pesongkan Akidah Islam Kenyataan Media Ppim 02 03 2023

papar berkaitan - pada 2/3/2023 - jumlah : 122 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa pihak berkuasa bertindak tegas terhadap penerbit pelakon dan semua yang terlibat dalam pembikinan filem pendek Mentega Terbang Video yang tular di media sosial baru baru ini jelas menc...
Agensi Kerajaan Harus Kerjasama Kawal Drama Filem Persenda Islam Kata Penceramah Bebas

Agensi Kerajaan Harus Kerjasama Kawal Drama Filem Persenda Islam Kata Penceramah Bebas

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 113 hits
Penceramah bebas Asma Harun memuji tindakan pantas Jakim yang mengesahkan filem Mentega Terbang bertentangan dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di negara ini PETALING JAYA Agensi agensi kerajaan harus bekerjasama dalam mengawal dra...
4 Dun Penang Dikosongkan 3 Bulan Jer Lagi Nak Prn Gerakan Bakal Ambil Alih Pulau Pinang

4 Dun Penang Dikosongkan 3 Bulan Jer Lagi Nak Prn Gerakan Bakal Ambil Alih Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 135 hits
Pengerusi Pakatan Nasional Pulau Pinang Dominic Lau mengkritik penyingkiran empat Adun Bersatu dari Dewan Undangan Negeri dan berkata ia adalah satu sejarah hitam di negeri itu Demokrasi sudah mati Ini tidak adil DUN Pulau Pinang meluluskan...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash