Fikir Cara Turun Harga Minyak Bukan Naik Kata Pakar Ekonomi




Kerajaan sewajarnya memikirkan mekanisme terbaik untuk memastikan rakyat menikmati harga minyak yang lebih rendah.
Pakar ekonomi, Amir Hussin Baharuddin berkata, pengumuman kerajaan untuk mengapungkan harga minyak dengan meningkatkan harga 1 sen setiap minggu bukanlah cara terbaik.
“Pada saya harga sekarang RM2.08 seliter pun sudah tinggi, nak diapungkan dan naikkan lagi 1 sen setiap minggu hingga mencapai harga pasaran. Harga pasaran itu turun naik, tapi harga (minyak) kita yang tak turun-turun.
“Isu harga minyak ini mengelirukan rakyat. Kerajaan sepatutnya fikirkan cara nak turunkan harga, bukan naikkan harga. Harga memang boleh naik bila-bila masa saja,” katanya kepada FMT ketika dihubungi.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Chong Chieng Jen ketika sesi jawab lisan di Dewan Rakyat kelmarin mengumumkan bahawa kerajaan akan mengapungkan harga RON95 dengan kenaikan 1 sen setiap minggu sehingga mencapai harga pasaran bermula Januari depan.
Kata Chong, mekanisme itu diambil bagi meringankan kos hidup rakyat selain mengelak harga barangan naik secara mendadak.
Dalam pada itu, Amir berkata, kerajaan juga perlu meneliti harga diesel agar kos pengangkutan tidak meningkat sekali gus menjadi alasan tambang dan harga barang meningkat.
“Apabila setiap bulan memang akan naik harga minyak, peniaga mesti naikkan harga barang. Tak cukup mahal lagikah harga barang di Malaysia ini?
“Jaga harga diesel juga supaya harga pengangkutan awam murah dan kos pengangkutan barang juga tidak mahal. Ini semua bersangkut dengan kos hidup,” katanya.
Sementara penganalisis ekonomi dari Putra Business School (PBS), Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, langkah yang diambil kerajaan itu dapat mengelakkan kenaikan harga barangan secara mendadak.
“Saya setuju dengan langkah kerajaan untuk tidak mengapungkan harga minyak RON95 serta merta mengikut harga pasaran, tetapi menaikkan 1 sen setiap minggu.
“Kita tidak mahu peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan atas alasan harga minyak naik.
“Kenaikan yang sedikit demi sedikit ini membantu mengurangkan beban kos sara hidup golongan memerlukan, selain membantu pengguna lebih berhemah merancang perbelanjaan petrol mereka,” katanya.
Melihat kestabilan harga minyak pasaran dunia sekarang, beliau berkata, kerajaan mungkin tidak perlu menaikkan 1 sen setiap minggu sekiranya harga minyak dunia menunjukkan penurunan.
“Harga minyak pasaran dunia sekarang agak stabil walaupun ada sedikit peningkatan. Saya harap kalau tahun depan harga minyak turun, tak semestinya perlu naikkan harga 1 sen setiap minggu.
“Jika harga minyak dunia turun, harga kekal dan apabila betul-betul naik barulah naik 1 sen jadi ada ruang untuk pengguna…tidak semestinya berdepan kenaikan harga minyak setiap minggu,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Menteri KPDNHEP Saifuddin Nasutiion Ismail berkata semalam, cadangan apungan harga minyak secara berperingkat seperti diumumkan di Dewan Rakyat oleh timbalan beliau belum dimuktamadkan sepenuhnya.
“Semalam timbalan saya menjawab soalan tambahan (di Dewan Rakyat) oleh itu beliau menyebut mengenai cadangan itu dan esok (hari ini) saya akan memberi maklum balas ini dari semasa ke semasa.
“Apabila dipersetujui Jemaah Menteri barulah kita akan membuat pengumuman,” katanya kepada media selepas merasmikan majlis pelancaran Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia di Kuala Lumpur.
FMT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/11/29/fikir-cara-turun-harga-minyak-bukan-naik-kata-pakar-ekonomi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih Baik Sistem Apungan Harga Bulanan Kata Pengusaha Stesen Minyak

Lebih Baik Sistem Apungan Harga Bulanan Kata Pengusaha Stesen Minyak

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 332 hits
Pengusaha stesen minyak lebih memilih sistem apungan harga minyak secara bulanan berbanding mingguan bagi memudahkan pengendalian dan mengurangkan risiko kerugian PETALING JAYA Persatuan Pengusaha pengusaha Stesen Minyak Malaysia mengulangi...
Harga Ron97 Naik 13 Sen

Harga Ron97 Naik 13 Sen

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 277 hits
KUALA LUMPUR Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 13 sen seliter daripada RM2 57 seliter kepada RM2 70 seliter bagi tempoh 16 November sehingga 22 November 2019 manakala harga runcit RON95 dan diesel masing masing kekal pada paras RM2 08...
Bps Catat Harga Beras Naik Di November 2019

Bps Catat Harga Beras Naik Di November 2019

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 227 hits
Tidak hanya beras premium dan medium BPS juga mencatat kenaikan harga pada beras kualitas rendah Rata rata harga beras kualitas rendah di penggilingan sebesar Rp9 245 00 per kg atau naik sebesar 0 03 persen
Pertumbuhan Ekonomi Dan Perlindungan Sosial Perlu Selari Kata Pm

Pertumbuhan Ekonomi Dan Perlindungan Sosial Perlu Selari Kata Pm

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 330 hits
Pertumbuhan ekonomi dan perlindungan sosial perlu selari kata PM Dikemas kini 14 minit yang lalu Diterbitkan pada 21 Nov 201
Dari Depan Bangun Ambil Beg Dan Turun Netizen Kagum Cara Penumpang Kanada Turun Flight

Dari Depan Bangun Ambil Beg Dan Turun Netizen Kagum Cara Penumpang Kanada Turun Flight

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 282 hits
Setelah menempuh beberapa jam penerbangan di udara penumpang kapal terbang kebiasaannya sudah pasti ingin turun secepat mungkin daripada pesawat tersebut Namun disebabkan laluan di antara tempat duduk penumpang begitu kecil dan hanya memuat...
Ummah Sedia Kemuka Bukti Harga Barang Turun Selepas Bmf

Ummah Sedia Kemuka Bukti Harga Barang Turun Selepas Bmf

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 331 hits
Oleh Fazleen Safina KPDNHEP serlah sikap denial syndrome tak akui kelemahan sendiriBANGI Gerakan Pembela Ummah menempelak kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna apabila mendakwa kempen Buy Mus...
Ini Cara Minyak Zaitun Jadikan Makanan Korang Sihat Sedap

Ini Cara Minyak Zaitun Jadikan Makanan Korang Sihat Sedap

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 553 hits
Ramai orang tahu minyak zaitun kaya dengan khasiatnya untuk kesihatan Ia mengandungi lemak baik dan antioksidan jika diamalkan dapat membantu dalam mencegah penyakit jantung stroke dan diabetes Disebabkan banyak manfaat kesihatan itu jom ki...
Hina Jalur Gemilang Pakar Sejarah Kata Lebih Baik Buang Saja Status Kewarganegaraan Mereka

Hina Jalur Gemilang Pakar Sejarah Kata Lebih Baik Buang Saja Status Kewarganegaraan Mereka

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 479 hits
Sesiapa sahaja yang tidak menghormati Jalur Gemilang wajar dilucutkan kerakyatan kerana tindakan tersebut boleh dianggap sebagai suatu penghinaan kepada maruah bendera negara Menurut laporan Sinar Harian Profesor Datuk Dr Ramlah Adam yang j...
20 Cara Memanfaatkan Minyak Kelapa Untuk Perawatan Wajah Tubuh Kuku Dan Rambut

20 Cara Memanfaatkan Minyak Kelapa Untuk Perawatan Wajah Tubuh Kuku Dan Rambut

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 285 hits
Minyak kelapa dalam kondisi padat maupun cair ternyata memiliki banyak manfaat untuk kecantikan
Technology For Startup Growth

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Perubahan Iklim Tingkatkan Risiko Ozon Paras Tanah Sebagai Pencemar Udara Sekunder

Tunai Haji Selesa Dengan Pakej Premium Mkm Travel

Bawang Besar

Pekerja Pelanggan Bergaduh Lempar Burger Aiskrim

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Siti Mastura Kemuka Rayuan Lebih Rm830 000 Diserah Ke Peguam