Fifa Sahkan Dokumen Kelayakan Tujuh Pemain Warisan Malaysia Palsu Ini Sebabnya


FIFA Sahkan Dokumen Kelayakan Tujuh Pemain Warisan Malaysia Palsu, Ini Sebabnya
Jawatankuasa Rayuan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan bahawa dokumen yang dikemukakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi menyokong kelayakan tujuh pemain warisan Harimau Malaya adalah palsu.
Menerusi kenyataan bertulis yang dikeluarkan hari ini, jawatankuasa itu mengatakan bahawa FAM dan para pemain telah melanggar Artikel 22 FDC dengan menggunakan dokumen palsu dalam prosiding FIFA.
“Dari segi merit, Keputusan Rayuan menegaskan semula prinsip liabiliti ketat di bawah Artikel 22 FDC, yang memperuntukkan bahawa bukan sahaja perbuatan memalsukan dokumen, malah penggunaan dokumen palsu tanpa mengira niat atau pengetahuan tetap merupakan satu kesalahan.
“Keputusan Rayuan bergantung secara meluas pada Laporan Siasatan, yang membandingkan sijil kelahiran yang diubah suai dan dihantar oleh FAM dengan rekod rasmi asal yang diperoleh dari Sepanyol, Argentina, Brazil dan Belanda.
“Perbezaannya sangat ketara, dokumen palsu tersebut secara sistematik mengubah tempat lahir datuk dan nenek kepada lokasi di Malaysia, sekali gus mereka-reka hubungan genealogikal yang penting untuk kelayakan di bawah Peraturan-Peraturan Mengenai Pelaksanaan Statut (RGAS)
“Keputusan Rayuan menegaskan bahawa pemalsuan ini bukan berlaku secara kebetulan, tetapi merupakan satu mekanisme yang disengajakan untuk memintas peraturan kelayakan,” katanya.
Kredit: FIFA Kredit: FIFA Dalam kenyataan sama, jawatankuasa itu juga menolak hujahan FAM yang menyatakan bahawa kesalahan dokumentasi tersebut hanyalah sekadar isu teknikal dan tidak memberi kesan sebenar.
BACA JUGA: FIFA Arah Sekreteriat Siasat Operasi Dalaman FAM, Kenalpasti Dalang Pemalsuan Dokumen Pemain Warisan “Jawatankuasa menegaskan bahawa dokumen palsu itu menjadi faktor utama yang membolehkan para pemain layak diturunkan dalam saingan kelayakan rasmi Piala Asia AFC, malah dua daripada mereka turut menyumbang gol penentu dalam perlawanan tersebut.
“Situasi ini menunjukkan bahawa pemalsuan berkenaan telah memberi kesan langsung terhadap keputusan di padang, sekali gus menjadikan kesalahan itu jauh lebih serius.
“Keputusan Rayuan juga menolak alasan bahawa surat-menyurat FIFA sebelum ini, yang dilihat seolah-olah mengesahkan kelayakan pemain boleh dijadikan sandaran untuk melepaskan FAM daripada bertanggungjawab.
“Jawatankuasa menjelaskan bahawa ‘kelulusan’ tersebut sebenarnya bergantung kepada ketulenan dokumen yang dihantar ketika itu dan ia tidak memberi pengecualian jika kemudian terbukti dokumen tersebut palsu,” katanya.
Dalam pada tu, FIFA juga berkata tindakan FAM yang hanya bergantung kepada maklumat daripada pihak berkuasa tempatan tanpa membuat semakan sendiri terhadap rekod asal tidak memenuhi tahap ketelitian yang sepatutnya dalam prosiding FIFA.
Ujarnya, FIFA sendiri berjaya mendapatkan dokumen asal tanpa sebarang kesukaran dan ia jelas menunjukkan bahawa kurangnya semakan serta penelitian daripada pihak FAM.
“Keputusan Rayuan menyifatkan perkara ini sebagai pelanggaran terhadap prinsip asas fair play dan ketelusan, sambil menegaskan bahawa pemalsuan dalam isu kelayakan adalah satu bentuk penipuan yang boleh merosakkan kepercayaan terhadap keadilan pertandingan dan menjejaskan asas bola sepak sebagai sukan yang dibina atas kejujuran dan keterbukaan,” katanya.
Sumber: FIFA
The post FIFA Sahkan Dokumen Kelayakan Tujuh Pemain Warisan Malaysia Palsu, Ini Sebabnya appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/18/fifa-sahkan-dokumen-kelayakan-tujuh-pemain-warisan-malaysia-palsu-ini-sebabnya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fifa Dedah Dua Ejen Pemalsuan Dokumen Tujuh Pemain Warisan

Fifa Dedah Dua Ejen Pemalsuan Dokumen Tujuh Pemain Warisan

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 162 hits
Syazwan Msarmohdsyazwan hmetro com myKuala Lumpur Persekutuan Bolasepak Antarabangsa akhirnya membuka satu lagi lembaran penting dalam skandal pemain warisan Malaysia apabila mendedahkan nama dua ejen yang dikaitkan secara langsung dengan p...
Fifa Arah Sekreteriat Siasat Operasi Dalaman Fam Kenalpasti Dalang Pemalsuan Dokumen Pemain Warisan

Fifa Arah Sekreteriat Siasat Operasi Dalaman Fam Kenalpasti Dalang Pemalsuan Dokumen Pemain Warisan

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 145 hits
FIFA Arah Sekreteriat Siasat Operasi Dalaman FAM Kenalpasti Dalang Pemalsuan Dokumen Pemain Warisan Persekutuan Bola Sepak Dunia hari ini melepaskan alasan bertulis atau Motivated Decision setebal 64 muka surat berhubung siasatan ke atas Pe...
Fifa Beberapa Pemain Warisan Dapat Passport Hari Sama Mohon

Fifa Beberapa Pemain Warisan Dapat Passport Hari Sama Mohon

papar berkaitan - pada 21/11/2025 - jumlah : 140 hits
Malaysiakini nbsp Sebahagian pemain bola sepak warisan yang kini digantung menerima kelulusan permohonan pasport Malaysia pada hari yang sama mereka mengemukakan borang permohonan kata Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa Menurut jawatankuas...
Datuk Saya Dilahirkan Di Venezuela Dan Nenek Saya Di Sepanyol Maksud Saya Malaysia Maaf Pemain Warisan Tersalah Cakap

Datuk Saya Dilahirkan Di Venezuela Dan Nenek Saya Di Sepanyol Maksud Saya Malaysia Maaf Pemain Warisan Tersalah Cakap

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 157 hits
Nama pemain warisan negara Gabriel Felipe Arrocha atau Gabriel Palmero kembali menjadi perhatian apabila laporan siasatan FIFA mendedahkan beliau tersalah cakap ketika ditemu bual berhubung isu pemalsuan dokumen melibatkan tujuh pemain Menu...
Eaic Tubuh Pasukan Khas Siasat Isu Dokumen Pemain Warisan Fam

Eaic Tubuh Pasukan Khas Siasat Isu Dokumen Pemain Warisan Fam

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 180 hits
MOHD RIDZAUDDIN ROSLANFIFA menolak rayuan dikemukakan oleh FAM dan tujuh pemain warisan Harimau Malaya susulan isu pemalsuan dokumen PUTRAJAYA Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan menubuhkan Pasukan Petugas Khas bagi menyiasat isu be...
Dari Malaysia Ke Pentas Dunia Rexona Jadi Penaja Rasmi Fifa 2026

Dari Malaysia Ke Pentas Dunia Rexona Jadi Penaja Rasmi Fifa 2026

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 215 hits
Rexona dengan bangganya mengumumkan peranannya sebagai Penaja Rasmi Deodoran bagi FIFA World Cup 2026 menyatukan pentas bola sepak terbesar dunia dengan semangat mendalam rakyat Malaysia terhadap sukan yang menjadi nadi kepada peminat di se...
Fam Bawa Kes Babit 7 Pemain Warisan Ke Mahkamah Timbang Tara Sukan

Fam Bawa Kes Babit 7 Pemain Warisan Ke Mahkamah Timbang Tara Sukan

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 155 hits
FAM Bawa Kes Babit 7 Pemain Warisan Ke Mahkamah Timbang Tara Sukan Persatuan Bolasepak Malaysia mengesahkan telah menerima alasan penuh daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa berhubung keputusan menolak rayuan berkaitan status kelayaka...
Pemain Warisan Fam Kronologi Kes Kenyataan Rasmi

Pemain Warisan Fam Kronologi Kes Kenyataan Rasmi

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 213 hits
Persatuan Bolasepak Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan peminat bola sepak tanah air selepas keputusan rasmi FIFA mengekalkan hukuman terhadap FAM dan tujuh pemain warisan yang terlibat dalam kes pemalsuan dokumen Rujuk kenyataan rasmi FAM...
Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 231 hits
Berikut adalah senarai 27 pemain yang telah dipilih untuk menyertai skuad Harimau Malaya di bawah bimbingan ketua jurulatih Peter Cklamovski bermula Isnin 10 November 2025 Mereka akan bersiap sedia menghadapi perlawanan Kelayakan Piala Asia...
Jadual Sukan Sea 2025 Team Malaysia

Pu Rahmat Ikhsan Tular Di Aceh Momen Sebak Sukarelawan Malaysia Santuni Mangsa Banjir

Malaysia S Young App Creators Are Ready For The World

Uma Racing Stage 1 Malaysia Coil Plug Air Filter Iridium Spark Plug

Lirik Lagu Aku Bukan Cinta Nyanyian Pasya

Best Vin Lookup Services In 2026

Pagi Urus Mama Petang Settle Laptop

Asal Usul Pemutar Skru


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Skuad Harimau Malaya B 23 Sesi Pemanas Badan Menjelang Perlawanan

China Mencatat Rekod Surplus Perdagangan Usd 1 Trilion Pencapaian Baharu Ekonomi

Johari Ghani Minta Jangan Politikkan Isu Uec Hormati Pilihan Pendidikan Rakyat

Minta Sunting Gambar Konvokesyen Terhibur Lihat Hasil Tukang Edit

Warm Hearted Holiday Home Decorating And Sanitation Strategies

Tunjuk Parang Dalam Panggilan Video Minta Wang Pelajar Tingkatan Tiga Ditahan