Fgv Tuduhan As Tidak Berasas


M Update, 1/10/2020 – FGV Holdings Berhad (FGV) menyangkal dakwaan tindakan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS) menerusi Perintah Pelepasan Tahan (WRO) terhadap minyak sawit dan produk komoditi yang dihasilkan adalah tidak munasabah.
FGV dalam satu kenyataan menjelaskan, pihaknya kecewa dengan keputusan itu memandangkan beberapa langkah sudah diambil sejak tahun 2015 dalam usaha menunjukkan komitmennya untuk menghormati hak asasi manusia dan menegakkan piawaian pekerja.
Jelasnya, banyak usaha sudah dilaksanakan antaranya memperkuat prosedur dan proses dalam pengambilan pekerja asing dengan menubuhkan empat pusat sehenti di negara ini dan negara sumber iaitu di India dan Indonesia.
“Melalui sesi orientasi ini, pekerja asing akan diberi penerangan mengenai pelbagai perkara termasuk syarat pekerjaan mereka, skop dan cara pekerjaan, hak dan tanggungjawab, serta faedah kepada mereka.
“FGV juga menyediakan Garis Panduan dan Prosedurnya untuk Pengambilan Pekerja Asing yang Bertanggungjawab pada tahun 2019 sesuai dengan piawaian antarabangsa dan akan terus memperkuat dokumen itu.
“Di bawah garis panduan itu, FGV sentiasa komited untuk membayar berkaitan dengan pengambilan pekerja asing yang meliputi tambang dan permit bekerja, visa, pemeriksaan perubatan dan insurans, malah FGV turut menyemak semula kontraknya dengan agensi pengambilan pekerja asing untuk memastikan bahawa tidak ada bayaran yang dikenakan ke atas pekerja itu,” jelasnya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
FGV menjelaskan, pihaknya juga tidak terbabit dengan pengambilan pekerja pelarian kerana bermula tahun 2020, hanya pekerja asing dari India dan Indonesia diambil menerusi proses yang sah. Sehingga Ogos lalu, FGV mempunyai 11,286 pekerja Indonesia dan 4,683 pekerja India, malah FGV juga tidak mengambil pekerja kontrak.
“FGV juga tidak mengamalkan penyimpanan pasport pekerjanya dan sudah memasang sejumlah 32,250 kotak keselamatan di seluruh 68 kompleksnya sebagai pilihan bagi pekerja asing untuk menyimpan pasport mereka dengan selamat.
“Di samping itu, FGV juga mempelopori pelaksanaan sistem pembayaran tanpa tunai iaitu dompet elektronik (e-wallet) sejak Februari lalu untuk pekerja ladangnya yang dianggap lebih mudah dan efisien bagi pekerja untuk menguruskan kewangan mereka.
Bukan itu saja, FGV juga melabur sekitar RM350 juta untuk meningkatkan kemudahan perumahan bagi pekerja dengan membina kediaman baru di ladang kami di seluruh negara dan menyediakan faedah perubatan tahunan,” menurut kenyataan itu.
Bukan setakat itu saja, FGV turut menggunakan Kod Tingkah Laku Pembekal (SCOC) yang menggariskan prinsip dan standard yang berkaitan dengan kelestarian; etika dan integriti perniagaan; keselamatan, kesihatan dan persekitaran; dan tenaga kerja yang mesti dipatuhi dan jika gagal, akan disenarai hitamkan.
“Justeru inginkan ditekankan bahawa FGV tidak bertolak ansur dengan sebarang bentuk pelanggaran hak asasi manusia atau kesalahan jenayah dan memberikan perhatian serius terhadap setiap tuduhan keganasan fizikal atau seksual serta intimidasi atau ancaman dan sebagai syarikat yang bertanggungjawab, setiap kes seperti dinyatakan itu akan dilaporkan kepada pihak berwajib,” jelas kenyataan itu. – BH Online
The post FGV: Tuduhan AS Tidak Berasas appeared first on M-Update.


source : M-Update

Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://encikpenyu.blogspot.com/2020/09/fgv-tuduhan-as-tidak-berasas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panjat Menara Bosan Selalu Kena Tuduhan Palsu Dan Dibebel Isteri

Panjat Menara Bosan Selalu Kena Tuduhan Palsu Dan Dibebel Isteri

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 183 hits
New Delhi Apa biasanya yang dilakukan suami apabila bertengkar dengan isteri Di pekan Moradabad Uttar Pradesh India seorang lelaki bertindak luar biasa apabila memanjat ke puncak menara pencawang telekomunikasi di kawasan Pakwara Tindakan i...
Dokter Jawab Tuduhan Asal Diagnosis Buat Apa Men Covid Kan Pasien

Dokter Jawab Tuduhan Asal Diagnosis Buat Apa Men Covid Kan Pasien

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 170 hits
Dokter Spesialis Paru di Rumah Sakit Persahabatan Jakarta Erlina Burhan mengatakan masih ada masyarakat yang tidak memahami bahwa Covid 19 bisa menimbulkan gejala yang berbeda beda sesuai organ tubuh yang diserang Kurangnya pemahaman itu ta...
Ambika Kekal Dibebaskan Dari Tuduhan Membunuh Pembantu Rumah Adelina Lisao

Ambika Kekal Dibebaskan Dari Tuduhan Membunuh Pembantu Rumah Adelina Lisao

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 284 hits
Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Ambika MA Shan yang dituduh membunuh pembantu rumah warga Indonesia Adelina Lisao 26 dua tahun lalu Barisan hakim tiga anggota berkenaan yang dipengerusikan Yaacob Md Sam ber...
Satu Lagi Tuduhan Serangan Seksual Hantui Trump

Satu Lagi Tuduhan Serangan Seksual Hantui Trump

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 273 hits
WASHINGTON Seorang bekas model mendakwa Presiden Amerika Syarikat Donald Trump meraba dan menciumnya secara paksa sekitar 1997 Ini adalah tuduhan seksual terbaru ke atas penyandang jawatan presiden dari parti Republikan itu hanya beberapa m...
Bekas Pembantu Menteri Mengaku Tak Bersalah 6 Tuduhan Rasuah Lebih Rm100 000

Bekas Pembantu Menteri Mengaku Tak Bersalah 6 Tuduhan Rasuah Lebih Rm100 000

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 239 hits
freemalaysiatoday com September 17 2020 11 49 AMMohd Saifullah Mohd Minggu Mohd Hisham hadir di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini untuk menghadapi 6 pertuduhan rasuah SHAH ALAM Bekas setiausaha sulit kanan kepada bekas menteri pelancongan ...
Us Blocks Imports From Fgv Over Forced Labour Allegations

Us Blocks Imports From Fgv Over Forced Labour Allegations

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 419 hits
The United States said on Wednesday it has banned the import of palm oil from Malaysian company FGV Holdings over allegations that it used forced labour in the production process FGV the world s largest crude palm oil producer has long face...
Dakwa Buruh Paksa As Sekat Produk Sawit Keluaran Fgv Malaysia

Dakwa Buruh Paksa As Sekat Produk Sawit Keluaran Fgv Malaysia

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 304 hits
M Update 1 10 2020 Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat bakal mengharamkan minyak sawit dan produk komoditi itu yang dihasilkan FGV Holdings Berhad anak syarikatnya dan sebarang usaha sama dengan syarikat itu di semua p...
Fgv Disappointed Over Us Restrictions After Improving Labour Standards

Fgv Disappointed Over Us Restrictions After Improving Labour Standards

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 166 hits
FGV Holdings Berhad says it has taken measures to protect the rights and welfare of its workers PETALING JAYA FGV Holdings Berhad has reiterated its commitment to the rights and welfare of its workers after US authorities imposed restrictio...
Human Resources Minister To Look Into Claims Of Forced Labour Against Fgv

Human Resources Minister To Look Into Claims Of Forced Labour Against Fgv

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 229 hits
US Customs and Border Protection says it will detain FGV s palm oil and palm oil products effective today KUALA LUMPUR Human Resources Minister M Saravanan said the ministry is looking into allegations of forced labour against FGV Holdings ...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools

Zus Ice Watermelon Latte