6 Langkah Bagaimana Untuk Kekal Sihat Selepas Ramadan



Tidak berapa lama lagi, bulan Ramadan akan berlalu dan bulan Syawal pula akan menjengah. Rutin makanan kita pula akan berubah semula. Daripada rutin puasa – tidak makan daripada pagi hingga ke lewat petang, kita akan kembali kepada rutin asal – sarapan, makan tengah hari dan juga makan malam.
Seringkali apabila berlalu sahaja bulan puasa, ramai orang akan terperangkap dalam amalan pemakanan yang tidak sihat. Kita cenderung untuk makan sepuas-puasnya. Moto kita; “Raya kan sebulan!”
Namun bagaimana caranya untuk menguruskan rutin sebegini dan kekal sihat walaupun selepas Ramadan?
#1- Berpuasa Sunat Dua Hari Seminggu
Antara puasa sunat yang dianjurkan oleh Rasulullah ialah puasa sunat dua kali dalam seminggu iaitu pada hari Isnin dan Khamis.
Sementara kita masih lagi mempunyai momentum berpuasa, apa kata sebaik sahaja musim perayaan telah berlalu, kita kekalkan rutin berpuasa dengan mengamalkan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.
Jika anda berpuasa pada hari Isnin, anda mempunyai dua hari untuk makan seperti biasa sebelum tiba hari Khamis, seterusnya kembali ke rutin makan yang biasa selama tiga hari sebelum tiba hari Isnin kembali. Amalan ini akan menyeimbangkan rutin makan anda sepanjang minggu.
#2- Peraturan Makan ‘ 80/20’
Peraturan 80/20 bermaksud anda memilih hidangan yang sihat dalam kadar 80 peratus contohnya makanan tanpa kalori atau bergula manakala 20 peratus lagi diperuntukkan untuk hidangan yang lebih pelbagai.
Menurut pakar pemakanan, teknik ini boleh diguna bagi mengelakkan anda ‘terseksa’ menahan diri daripada makan makanan yang anda suka tetapi kurang sihat. Sebahagian orang pula memilih untuk mengamalkan peraturan pemakanan yang ketat pada hari biasa, dan memilih ‘cheat day‘ pada hujung minggu.
#3- Makan Buah-Buahan Sebagai Snek
Biasanya setelah berlalu hari raya, masih ada lebihan makanan yang akan dibawa pula ke pejabat. Pada waktu rehat atau lapang, kita cenderung untuk makan makanan manis, snek yang tidak sihat seperti kerepek berperisa, donat, kek, ais krim atau coklat.
Apa kata gantikan makanan tersebut dengan buah-buahan yang segar atau yang telah dikeringkan seperti kurma dan kismis. Pilihan ini pastinya lebih sihat kerana kaya dengan serat yang dapat membantu sistem pencernaan.
#4- Satu Pertiga Untuk Makanan
Rasulullah SAW bersabda:
“Anak Adam tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk berbanding perutnya. Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (yakni memberikan kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka (paling maksimum hendaklah) sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman dan sepertiga untuk pernafasan.” (Sahih Sunan al-Tirmizi, no. 2302/2380)
Islam telah mengajarkan bagaimana untuk makan secara seimbang iaitu memperuntukkan satu pertiga untuk makanan, satu pertiga air dan satu pertiga udara.
Dalam ilmu anatomi badan, perut manusia ibarat kantung yang boleh mengembang. Menurut Dr Zubaidi Haji Ahmad, isipadu perut kita ketika dalam keadaan rehat adalah 500ml. Apabila diisi dengan makanan dan minuman, ia boleh mengembang kepada 1500 ml dan isipadu perut yang maksimum boleh mencecah 2000ml.
1500ml kandungan kira-kira bersamaan satu botol air mineral besar. Maka peruntukkanlah hanya satu pertiga daripada bahagian tersebut untuk makanan mengikut sunnah yang telah diajar oleh Rasulullah.
#5- Kesihatan Emosi
Kesihatan emosi juga sebenarnya sangat berkait rapat dengan kesihatan fizikal seorang manusia. Berdasarkan banyak kajian yang telah dilakukan, keadaan badan yang stres dapat mengganggu proses pencernaan dan juga dapat memudahkan seseorang itu dijangkiti penyakit. Manakala ketenangan dapat meningkatkan sistem ketahanan tubuh badan.
Oleh itu bagi memastikan badan kita kekal sihat, aspek dalaman seperti emosi juga perlu diambil kira.
#6- Teruskan Bersedekah
Jika difikirkan sekali imbas, sedekah seperti perbuatan yang melibatkan aktiviti fizikal sahaja. Sumbangkan duit atau sebarang benda, habis cerita. Namun jika diperhatikan dengan lebih mendalam, sedekah juga melibatkan elemen emosi dan psikologi.
Hal ini dibuktikan dengan kajian sosial yang menunjukkan bahawa perbuatan baik seperti memberi sumbangan, sedekah atau aktiviti sukarela akan mendatangkan perasaan puas hati, gembira dan senang. Ia juga akan memberi kesan yang baik kepada perkembangan psikologi seperti meningkatkan rasa yakin diri.
Demikian enam langkah mudah untuk anda mengekalkan gaya hidup sihat walaupun tidak lagi berpuasa setiap hari. Jika diamalkan secara konsisten, ia pasti dapat memberi kesan yang positif kepada diri.
 
Sumber: tzkrh.com 
The post 6 Langkah Bagaimana Untuk Kekal Sihat Selepas Ramadan appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/6-langkah-bagaimana-untuk-kekal-sihat-selepas-ramadan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kekal Sihat Dan Dilindungi Sepanjang Bulan Ramadan Dengan Dettol

Kekal Sihat Dan Dilindungi Sepanjang Bulan Ramadan Dengan Dettol

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 408 hits
Amalan kebersihan dapat membantu melindungi keluarga anda daripada 100 jenis kuman yang berbahayaSetiap tahun sepanjang bulan Ramadhan iaitu bulan kesembilan dalam kalender hijriah umah islam seluruh dunia akan menjalani ibadah berpuasa Sel...
3 Ulama Terkenal Saudi Berdepan Hukuman Mati Selepas Ramadan

3 Ulama Terkenal Saudi Berdepan Hukuman Mati Selepas Ramadan

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 301 hits
Tiga ulama terkenal Arab Saudi yang didakwa atas pelbagai tuduhan keganasan akan dijatuhi hukuman mati selepas Ramadan menurut 2 sumber kerajaan dan waris ulama terbabit memetik laporan Middle East Eye Ketiga tiga mereka ialah Sheikh Salman...
Cara Pemakanan Sihat Di Bulan Ramadan

Cara Pemakanan Sihat Di Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 600 hits
Berikut adalah perkongsian dari berkenaan dengan cara pemakanan sewaktu di bulan ramadan Saya yakin buat mereka yang ingin menurunkan berat badan bulan Ramadhan adalah bulan yang ramai orang tunggu tunggu kerana orang rasa waktu inilah pali...
Champs Vitamin C Kanak Kanak Kekal Sihat

Champs Vitamin C Kanak Kanak Kekal Sihat

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 2126 hits
Amalan diet yang seimbang merupakan salah satu cara untuk mengekalkan kesihatan yang baik Namun begitu tahap kesihatan kita masih boleh dipertingkatkan lagi dengan pengambilan suplemen yang berasaskan Vitamin C Bahan yang kebiasaannya ada d...
Kekal Aktif Di Bulan Ramadan Dengan Pati Ikan Haruan Gamat Harwany

Kekal Aktif Di Bulan Ramadan Dengan Pati Ikan Haruan Gamat Harwany

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 1126 hits
Kekal Aktif Di Bulan Ramadan Dengan Pati Ikan Haruan Gamat HarwanyKekal Aktif Di Bulan Ramadan Dengan Pati Ikan Haruan Gamat Harwany Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys Bulan Ramadan ini pastinya kita memerlukan tenaga untuk seharian b...
Museum Al Quran Raksasa Di Palembang Wisata Religi Yang Cocok Dikunjungi Di Bulan Ramadan

Museum Al Quran Raksasa Di Palembang Wisata Religi Yang Cocok Dikunjungi Di Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 457 hits
Bulan Ramadan sudah mau usai Di sisa hari Ramadan ini sebaiknya digunakan untuk fokus beribadah Namun kamu bisa juga lho wisata religi di penghujung Ramadan hingga lebaran nanti Kira kira tujuan wisata religinya ke mana ya Ada ide Hipwee Tr...
Harga Bufet Ramadan Tak Masuk Akal Janganlah Membazir

Harga Bufet Ramadan Tak Masuk Akal Janganlah Membazir

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 389 hits
Harga bufet Ramadan sampai ratusan ringgit untuk satu kepala memang saya rasakan tidak masuk akal dan melampau Saya dah lama perhatikan sejak mula terbabit dalam mempromosikan bufet ramadan anjuran hotel hotel dan restoran Ianya satu bentuk...
Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth

Cara Cuci Kerang

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

A Culinary Journey Through The Heart Of Southeast Asia

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Bos Kongsi Rezeki