Festival Makanan Kanak Kanak Sihat Ayam Brand Didik Tentang Pilihan Makanan Yang Lebih Sihat


Kota Kinabalu, 30 Oktober 2018 – Malaysia dinamakan sebagai sebuah negara yang mempunyai kadar obesiti paling tinggi dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa di ASEAN dengan 23.7% daripada mereka mengalami masalah obes*

Pemakanan memerlukan keseimbangan. Obesiti sering dikaitkan dengan tabiat makan yang disemai sejak kecil, di mana kanak-kanak yang mempunyai berat berlebihan biasanya akan menjadi obes ketika dewasa.  
Faktor budaya juga menjadi salah satu sebab yang menyumbang kepada peningkatan masalah obesiti di Malaysia. Ini kerana kebanyakan makanan popular di Malaysia adalah seperti snek yang digoreng dan hidangan yang memiliki kandungan lemak tinggi, selain tidak ada banyak kepelbagaian dalam makanan mereka. 


Sebab itulah Ayam Brand™, jenama pilihan rakyat Malaysia selama 126 tahun menganjurkan Festival Makanan Kanak-kanak Sihat (Healthy KIDS Food Festival) untuk menawarkan pilihan makanan yang lebih baik sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial tahunannya. 
Kempen kebajikan pada tahun ini bertujuan memperkasakan kanak-kanak untuk membuat pilihan makanan mereka sendiri menerusi aktiviti-aktiviti yang interaktif. Aktiviti ini dapat membantu mereka mengenal pasti kumpulan makanan yang penting, memahami jumlah makanan dan membuat keputusan bijak tentang makanan berkhasiat dan membentuk tubuh secara positif. 
Ayam Brand™ menyatakan bahawa sumbangan produk kepada rumah-rumah kebajikan yang mengambil bahagian dibuat kerana kebanyakan daripada mereka kurang akses kepada sumber nutrien yang penting untuk pertumbuhan dan kesihatan kanak-kanak.  
Sudah memasuki tahun kesebelas, Kempen Penyayang Komuniti Ayam Brand telah berjaya menjangkau sekitar 20,000 orang dari 482 pertubuhan kebajikan, serta menyediakan mereka dengan 1,404,000 hidangan makanan yang sihat dan mudah!  

Mengulas tentang Festival Makanan Kanak-kanak Sihat, wakil Ayam Brand, Stanley Wang berkata, “Kanak-kanak dapat belajar dengan baik menerusi permainan. Justeru, Ayam Brand telah menganjurkan Festival Makanan Kanak-kanak Sihat dengan pelbagai bentuk permainan yang direka khas buat kanak-kanak agar mereka seronok ketika belajar bagaimana untuk memilih makanan yang betul. Kami harap kanak-kanak yang mengambil bahagian pada hari ini akan mengamalkan apa yang telah mereka pelajari dan berkongsi tips ini dengan rakan-rakan dan menyebarkan mesej mengenai makan secara sihat.”



Antara sesi bengkel yang dijalankan ialah ‘Yay or Nay’ di mana kanak-kanak belajar untuk mengenal pasti serta membezakan di antara pilihan makanan yang sihat dan tidak sihat, selain teka silang kata tentang manfaat Omega 3 dan DHA di bengkel ‘Crossword’. Di bengkel ‘Healthy Plate’ pula, kanak-kanak menentukan kuantiti kumpulan makanan berbeza untuk menghasilkan satu diet yang seimbang, manakala di bengkel ‘DIY’, kanak-kanak akan menghidang Nasi Lemak Tuna mereka berdasarkan apa yang telah pelajari.


Kanak-kanak amat memerlukan Omega-3, iaitu sejenis asid lemak penting untuk perkembangan otak dan mata yang tidak dihasilkan oleh tubuh manusia. Ibu bapa dan penjaga boleh menambah makanan yang kaya dengan kandungan Omega-3 seperti sardin, mackerel dan tuna dalam diet anak-anak. Bagi kanak-kanak yang tidak sukakan bau ikan, ibu bapa perlu jadi lebih kreatif. Jadi, layari laman web www.ayambrand.com.my untuk mendapatkan pelbagai resepi yang mesra kanak-kanak. 
Kelapa pula telah mencapai status makanan super di peringkat global kerana kandungan lemak sihatnya. Ini satu berita baik buat rakyat Malaysia kerana mereka menggemari makanan berlemak seperti Nasi Lemak. 
Sebahagian daripada Festival Makanan Kanak-kanak Sihat, Ayam Brand™ ada memperkenalkan Nasi Lemak yang lebih sihat, mudah dan cepat untuk disediakan yang menggunakan santan jenama ini. Di samping Light Tuna Cili sebagai sambal yang boleh diambil terus daripada tin bersama telur rebus, timun segar, kacang tanah dan ikan bilis untuk menjadi satu hidangan yang enak dan berkhasiat. Kanak-kanak yang menghadiri bengkel ini juga belajar tentang sukatan yang betul bagi setiap makanan untuk diet yang lebih sihat. 
“Ramai rakyat Malaysia yang membuat pilihan makanan tanpa memikirkan tentang kesan jangka masa panjang terhadap kesihatan mereka. Ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik, memberi pemahaman serta menjadikan pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang  sebagai amalan sejak anak-anak masih kecil. Kami gembira kerana kanak-kanak dapat belajar tentang asas pemakanan sihat dengan cepat pada hari ini. Ibu bapa dan penjaga boleh mencuba beberapa aktiviti yang telah kami lakukan ini kerana ia mudah dan boleh dilakukan di rumah,” kata Stanley Wang

Rumah Amal Kasih Kingfisher, Seri Mengasih, Sabah Cheshire Home dan Pusat Kebajikan Care Haven dari Sabah menerima bekalan makanan harian produk Ayam Brand selama dua bulan merangkumi ikan sardin, mackerel, tuna dan santan kelapa untuk semua kanak-kanak di bawah jagaan mereka

Menurut wakil dari Rumah Amal Kasih Kingfisher, Pn Nooraisah, sumbangan produk Ayam Brand™ yang tidak mempunyai bahan pengawet atau MSG tambahan itu sangat dihargai kerana makanan tersebut sihat, pantas dan mudah disertakan ke dalam diet harian mereka.  
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Ayam Brand™ kerana menjemput Rumah Amal Kasih Kingfisher untuk menyertai acara ini, selain menyumbang produk mereka yang mudah, berkhasiat dan enak. Kanak-kanak sangat seronok pada hari ini dan mereka belajar pelbagai tip nutrisi daripada bengkel-bengkel aktiviti.


“Kami akan menjalankan beberapa bengkel sama di Rumah Amal Kasih Kingfisher tidak lama lagi. Sebabnya, daripada apa yang dapat kami lihat pada hari ini, ia dapat membantu kanak-kanak mengamalkan tabiat makanan sihat sepanjang hidup mereka,” kata Pn Nooraisah

Maklumat lanjut mengenai Ayam Brand™, sila layari laman web www.ayambrand.com.my atau https://www.facebook.com/AyamBrand.Recipes
*http://www.eiu.com/Handlers/WhitepaperHandler.ashx?fi=Tackling-obesity-in-ASEAN.pdf&mode=wp&campaignid=ObesityInASEAN, The Economist Intelligence Unit
-T A M A T-
Mengenai Ayam Brand 
Ayam Brand™ merupakan jenama isi rumah tersohor di Asia Tenggara sejak 126 tahun yang lalu yang terkenal dengan barisan meluas makanan bertin yang berkualiti tinggi; tiada bahan pengawet; tiada MSG serta amat mudah digunakan. Produk-produk Ayam Brand dihasilkan di fasiliti canggih yang  mendapat piawaian tertinggi dunia (HACCP, ISO 9001)  serta disahkan ‘Halal’. Selama empat tahun berturut-turut bermula 2013 hingga 2016, Ayam Brand telah dinobatkan sebagai antara lima jenama makanan terbaik dan paling digemari serta antara 10 jenama FMCG paling diminati oleh rakyat  Malaysia seperti yang tercatat dalam kajian Kantar Worldpanel’s Brand Footprint Study. 
Layari pautan www.ayambrand.com.my atau sertai Facebook Ayam Brand-World of Recipes. 
Untuk pertanyaan media :-
Samuel Tan About Communication Sdn BhdTel: 03.8075.6000  Mobile: 012.635.8443 E-mail: [email protected]
Mark JamesAbout Communication Sdn BhdTel: 03.8075.6000  Mobile: 014.861.0378 E-mail: [email protected]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.miakassim.com/2018/10/festival-makanan-kanak-kanak-sihat-ayam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mendidik Diri Memilih Makanan Lebih Sihat Bersama Festival Makanan Kanak Kanak Sihat Ayam Brand

Mendidik Diri Memilih Makanan Lebih Sihat Bersama Festival Makanan Kanak Kanak Sihat Ayam Brand

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 377 hits
Assalamualaikum pertama sekali daku nak ucapkan jutaan tahniah kepada pihak Ayam Brand kerana telah berjaya menjayakan sebuah majlis yang bagi aku sangat bagus dan terbaik Terus terang daku sendiri berasa sangat bertuah kerana dapat ikut se...
Boring Keropok Lekor Biasa Tukarkan Isi Ayam Untuk Anak Makanan Sihat Kreatif Lagi Sedap

Boring Keropok Lekor Biasa Tukarkan Isi Ayam Untuk Anak Makanan Sihat Kreatif Lagi Sedap

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 607 hits
Sebut sahaja keropok lekor pasti kita terbayangkan proses membuatnya daripada ikan segar Namun itu sudah terlalu sinonim Apa kata variasikan hidangan untuk anak anak kita dengan keropok lekor daripada ayam pula Wow menarik Macam mana rasany...
5 Jenis Makanan Perlu Dielak Penghidap Tiroid Untuk Lebih Sihat

5 Jenis Makanan Perlu Dielak Penghidap Tiroid Untuk Lebih Sihat

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 1238 hits
Assalamualaikum Jika ada pemakanan yang bagus diambil oleh pesakit hipotiroid dan juga hipertiroid sebagaimana saya jelaskan sebelum ini pastinya ada juga makanan perlu dielak penghidap tiroid agar dapat menjamin kesihatan yang lebih baik B...
Sup Ayam Sihat All In One Cepat Dan Semestinya Berkhasiat

Sup Ayam Sihat All In One Cepat Dan Semestinya Berkhasiat

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 600 hits
Sup ayam sihat All in one cepat dan semestinya berkhasiat Assalamualaikum wbt Al kisahnya hari ni cikla lambat pergi mencari barang basah untuk dibuat juadah tengah hari tadi Dah dekat pukul 12 gitu baru keluar dari rumah gara gara tunggu e...
Lab 11 Full Lift Shampoo Soft Mask Series Jadikan Rambut Lebih Sihat Dan Cantik

Lab 11 Full Lift Shampoo Soft Mask Series Jadikan Rambut Lebih Sihat Dan Cantik

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 1147 hits
LAB 11 Full Lift Shampoo Soft Mask Series Jadikan Rambut Lebih Sihat Beralun Rambut diibaratkan sebagai mahkota tak kira lelaki ataupun perempuan tidak kira berhijab mahupun free hair Teruja apabila diperkenalkan dengan rangkaian penjagaan ...
Rambut Lebih Sihat Menawan Dengan Lab11 S Full Lift Product

Rambut Lebih Sihat Menawan Dengan Lab11 S Full Lift Product

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 465 hits
Rambut Lebih Sihat Menawan Dengan LAB11 s Full Lift Product Assalamualaikum Orang kata rambut tu mahkota wanita Sebab tu rambut yang sihat dan cantik menjadi idaman para wanita Tapi masalah rambut sering saja menjadi penghalang untuk kekal ...
Festival Raja Ampat Bakal Dibuat Lebih Tematik

Festival Raja Ampat Bakal Dibuat Lebih Tematik

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 332 hits
Festival Pesona Bahari Raja Ampat resmi berakhir Minggu malam Penutupan dilakukan di Dermaga Folley Untuk tahun depan rencananya festival akan dibuat lebih tematik
Fenomena Supermoon Menjadi Fakta Hadits Rasulullah Saw Tentang Tanda Kiamat Telah Terjadi

Fenomena Supermoon Menjadi Fakta Hadits Rasulullah Saw Tentang Tanda Kiamat Telah Terjadi

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 705 hits
Fenomena Supermoon Menjadi Fakta Hadits Rasulullah SAW Tentang Tanda Kiamat Telah Terjadi Bukti bahwa hadith Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang telah disabdakannya 1400 tahun yang lalu telah terkuak Sebahagian bergembira terhadap fe...
Hari Hari Nak Makan Jajan Tak Bagi Mengamuk Tip Ini Mama Boleh Cuba Agar Anak Suka Makanan Sihat

Hari Hari Nak Makan Jajan Tak Bagi Mengamuk Tip Ini Mama Boleh Cuba Agar Anak Suka Makanan Sihat

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 646 hits
Anak kecil dan jajan atau snek kurang berkhasiat seolah olah tidak dapat dipisahkan Ibu mana yang tidak bimbang jika si manja gemar makan snek yang belum tentu kandungan nutrisinya Tambahan pula ada fakta yang menyatakan kanak kanak di Mala...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut