Fenomena Rr Mono Scarves Tudung Eksklusif Jadi Pilihan


 
FENOMENA RR MONO SCARVES  TUDUNG EKSKLUSIF RR JADI PILIHAN SAMBUTAN ULANG TAHUN PERTAMA RR MONO SCARVES
RIZMAN RUZAINI (RR) SASAR JUALAN RM10 JUTA SEBULAN





Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan untuk turut sama menghadiri Majlis meraikan ulangtahun pertama RR Mono Scarves yang bertempat di Pop-up Store RR Hijab di hadapan Pavilion, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Gamat dan meriah majlis dengan kehadiran artis -artis ternama seperti Izara Aishah, Amyra Rosli, Kilafairy, Hawa Rizwana dan suri hati Rizman, Nurida Suraya. Malahan penyanyi kesayangan Malaysia iaitu Aina Abdul juga turut membuat Persembahan Nyanyian secara ‘Live’.







Nama Rizman Ruzaini (RR) semestinya tidak asing lagi dalam industri fesyen tanahair setelah 17 tahun mengorak langkah dalam bidang rekaan fesyen. Memulakan empayar perniagaan ini melalui bakat yang dimiliki, kini dua sahabat baik, Rizman dan Ruzaini bukan sahaja bangga untuk bergelar seorang pereka fesyen tetapi juga usahawan berjaya.



Selepas hampir dua dekad jenama ini juga menjadi antara kebanggaan ramai apabila karya dua anak tempatan ini mula menembusi pasaran antarabangsa bukan sahaja dalam industri kreatif tetapi juga produk kecantikan. Jika di awal kemunculan jenama ini lebih dekat dengan rekaan untuk selebriti dan busana pengantin yang eksklusif, kini RR tidak hanya tertumpu kepada rekaan untuk golongan tertentu sahaja. Mahu memastikan RR menjadi pilihan ramai, antara fokus utama jenama ini juga untuk memasarkan rekaan fesyen ready-to-wear kepada semua golongan di Malaysia. Dari Permaisuri ke selebriti ternama hinggalah ke guru sekolah, semua kini dapat bergaya di dalam busana RR.







Selain pakaian, antara hasil rekaan RR yang turut mendapat perhatian adalah koleksi tudung eksklusif yang menjadi kegilaan penggemar jenama RR kini. Mengekalkan ketelitian dalam setiap corak yang diperkenalkan, kemunculan siri koleksi Mono Scarves ternyata menjadi antara yang cukup dekat dengan peminat jenama ini. Diperkenalkan sejak setahun lalu, Mono Scarves kekal menjadi pilihan ramai wanita di luar sana yang selesa dengan suntikan gaya elegan dan sofistikated. Melihat sambutan yang diterima Mono Scarves ini sebagai sesuatu yang di luar jangkaan, bagi Rizman dan Ruzaini, menjadi impian mereka untuk meraikan sokongan peminat koleksi ini dengan cara tersendiri.



AM sempat bergambar bersama Nurida Suraya dan Izara Aishah

Bersempena meraikan ulang tahun pertama RR Mono Scarves, tujuh selebriti dilantik menjadi ‘muse’ bagi koleksi tudung ini. Ternyata antara strategi di sebalik pembabitan Ziana zain, Izara Aishah, Aina Abdul, Amyra Rosli, Kilafairy, Hawa Rizwana dan suri hati Rizman, Nurida Suraya adalah sebagai satu lagi cara untuk memastikan koleksi tudung Mono Scarves yang mempunyai 45 jenis warna berbeza ini terus menjadi pilihan.





Menurut Rizman, mereka juga yakin dengan kemampuan selebriti yang dilantik ini untuk menjadi platform pemasaran yang baik buat jenama RR sendiri.

“Sejak dahulu lagi di Rizman Ruzaini kami memang selesa untuk bekerjasama dengan selebriti. Bukan soal hubungan sahaja, namun bagaimana golongan ini juga memberi impak yang baik terhadap jenama RR. Jadi pemilihan seramai tujuh selebriti ini dalam mewakili koleksi tudung RR adalah satu pilihan yang tepat dalam memastikan RR kekal relevan dalam industri fesyen negara. “Soal mengapa tujuh selebriti ini dipilih untuk mewakili koleksi tudung RR, kami melihat setiap daripada mereka mempunyai golongan peminat yang berbeza. Sesuai dengan impian kami untuk memastikan jenama RR diterima setiap golongan, jadi melalui pengenalan selebriti ini mampu merealisasikan harapan kami untuk memastikan RR menjadi antara jenama fesyen yang dekat dengan rakyat Malaysia,” katanya.






Mensasarkan jualan RM 10 Juta setiap bulan, ketika ini RR turut memaksimumkan penggunaan pembelian melalui laman web rasmi mereka di WWW.RIZMANRUZAINI.MY yang dilihat menjadi akses mudah untuk semua pelanggan mereka mendapatkan produk RR. Menyentuh sambutan pertama koleksi RR Mono Scarves, Ruzaini melihat ini adalah usaha pertama mereka bagi menghargai pembeli setia produk RR. Katanya, selain sambutan secara besar-besaran bertempat di Pop-up Store RR Hijab di hadapan Pavilion bersama tujuh selebriti hari ini, antara yang cukup istimewa juga mereka turut menawarkan tudung percuma kepada pelanggan mereka.






“Apa yang berlaku hari ini bukan untuk kami di RR sahaja tetapi mereka yang menjadi sebab mengapa RR terus berada di sini sehingga hari ini. Tanpa sokongan pembeli dan pengguna RR, kami tidak mungkin akan bertahan selama 17 tahun. Jadi sambutan ulang tahun RR Mono Scarves ini adalah permulaan yang baik untuk kami memberi semula kepercayaan mereka dengan acara seperti ini.



“Pada hari ini juga kami turut mengedarkan 300 tudung percuma kepada pembeli terdahulu tudung Mono Scarves, caranya mudah hanya perlu pakai tudung dari koleksi yang sama untuk mendapatkan yang baharu. Selain itu peminat setiap selebriti yang dilantik hari ini juga berpeluang untuk mendapatkan diskaun sehingga 50 peratus untuk pembelian tudung RR Mono Scarves di laman web RR,” katanya.



Sementara itu pada majlis sambutan ini juga turut RR mengumumkan pemenang Face of RR Hijab yang akan turut membawa pulang wang tunai beserta kontrak bersama jenama RR bernilai RM10,000. Sekaligus memberi peluang kepada pemenang pencarian yang julung kali diadakan ini untuk bersama-sama menjadi wajah eksklusif produk RR.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://alongmurni.blogspot.com/2022/07/Fenomena-RR-Mono-Scarves-Tudung-Eksklusif-Jadi-Pilihan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rizman Ruzaini Memperkenalkan 7 Selebriti Sebagai Muse Bagi Koleksi Rr Mono Scarves

Rizman Ruzaini Memperkenalkan 7 Selebriti Sebagai Muse Bagi Koleksi Rr Mono Scarves

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 284 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraSebut sahaja nama Rizman Ruzaini pasti ramai yang kenal dengan pereka fesyen popular tempatan ini Rizman dan Ruzaini adalah antara pereka fesyen tempatan yang sememangnya terkenal dengan rekaan busana yang...
Banyak Pilihan Menu Makanan Korea Di Fez Kitchen Kota Bharu

Banyak Pilihan Menu Makanan Korea Di Fez Kitchen Kota Bharu

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 276 hits
Banyak Pilihan Menu Makanan Korea di Fez Kitchen Kota Bharu Korang perasan tak Di Malaysia terdapat pelbagai restoran dan makanan Korea yang berada di pasaran mungkin kerana permintaan yang tinggi di kalangan masyarakat kita Pengaruh Korea ...
Lebih Banyak Pilihan Emoji Reaksi Mesej Di Whatsapp Selepas Ini

Lebih Banyak Pilihan Emoji Reaksi Mesej Di Whatsapp Selepas Ini

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 227 hits
Pada 2 bulan lepas WhatsApp telah perkenalkan ciri baharu iaitu reaksi mesej di mana ia membolehkan penerima mesej respon terhadap mesej yang diterima mereka dengan hanya menggunakan emoji sahaja Walaubagaimanapun pilihan emoji bagi reaksi ...
Bahagia Itu Pilihan Kita

Bahagia Itu Pilihan Kita

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 247 hits
Kebahagiaan adalah pilihan Kita boleh MENGUBAH MOOD dan EMOSI kita dengan MENGUBAH FOKUS KITA Kita boleh menjadikan hidup kita sentiasa bahagia setiap hari jika kita mahukan Kita semua berhak bahagia Bahagialah dengan cara kita selagi mana ...
Posting Pilihan Selamat Tinggal Bad

Posting Pilihan Selamat Tinggal Bad

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 128 hits
Bad pergimu adalah kehilangan besar buat Polis Diraja Malaysia Jasamu membantu Pasukan memerangi musuh nombor satu negara pastinya tidak akan dilupakan dan kekal dalam lipatan sejarah buat selamanya Anjing jantan spesis Labrado dikenali Bad...
Richiamo Coffee Pilihan Terbaik Untuk Quick Lunch

Richiamo Coffee Pilihan Terbaik Untuk Quick Lunch

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 380 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini Pada 22 Jun 2022 lalu saya dan rakan sekerja bercadang untuk lunch di sebuah cafe berhampiran office kami iaitu Richiamo Coffee cawangan Seremban 2 Lokasi paling tepat berh...
Menjadikan Asus Expertbook B7 Flip Sebagai Laptop Pilihan Untuk Mendukung Pengembangan Bisnis Anda

Menjadikan Asus Expertbook B7 Flip Sebagai Laptop Pilihan Untuk Mendukung Pengembangan Bisnis Anda

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 204 hits
Bang Dwi apa kabarnya nih Maaf baru sempat menghubungi karena lagi sibuk buat ngurusin persiapan pengerjaan beberapa proyek di luar kota Kira kira habis Ashar bisa datang ke kantor Kita lanjutkan pembicaraan yang dulu sempat terputus demiki...
T14j01 Microsoft Security Essential Jadi Pilihan

T14j01 Microsoft Security Essential Jadi Pilihan

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 220 hits
Memilih perisian antivirus percuma bagi Mommy bukannya satu perkara mudah Pagi ini Tedi menolong memasang perisian yang diperlukan ke dalam komputer riba pejabat milik Mommy Selain memasang pelayar internet percuma Google Chrome menaiktaraf...
Ibu Mengandung Elok Amal 14 Surah Pilihan Ini

Ibu Mengandung Elok Amal 14 Surah Pilihan Ini

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 132 hits
Teringat 4 bulan lepas rezeki doa yang terjawab Assalamualikum Pasti ibu ibu yang sedang mengandung tercari cari surah pilihan khas untuk ibu mengandung amal seharian Jikalau tak sempat mengaji tak salah jika kita selalu perdengarkan surah ...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik