Fattah Amin Cukup Cukuplah Drama Cinta






Tiada apa lagi yang perlu dikejar jejaka ini. Populariti dan kebahagiaan tersimpul kemas dalam genggaman aktor kacak, Fattah Amin, 29. Hakikatnya, catatan hidupnya sebagai seorang ‘hero’ belum lagi tumbang.

Memilih untuk memperlahankan lakonan drama selepas mendirikan rumah tangga juga bukan bermakna populariti pelakon Hero Seorang Cinderella itu semakin tumpul.

Sebaliknya, pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin mahu mencorak perjalanan kerjayanya supaya tidak dilihat sama sahaja atau ‘stereotype’. Dia tidak mahu dilihat hanya mampu melakonkan watak dalam naskhah cinta.

Bukannya bosan, sebaliknya suami kepada aktres jelita, Nur Fazura Sharifuddin, 36, ini mahukan karakter yang lebih menguji diri. Watak lelaki diulit dunia percintaan sudah enam tahun berada dalam genggamannya.

Jika sudah tidak popular, masakan Fattah tetap menjadi pilihan peminat hingga diangkat sebagai Pelakon Filem Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH Edisi Ke-32 (ABPBH 32), baru-baru ini.

Semakin bijak mengatur bicara, Fattah mengakui:

“Saya tidak mahu dikenali sebagai pelakon 'stereotype'. Rasanya, sudah cukup saya tampil dengan drama yang mengusik hati.

“Saya tahu penonton sukakan drama cinta yang membuai jiwa, tetapi sampai bila? Sebagai pelakon, saya mahukan karakter yang lebih menguji lakonan.

“Bukan tiada tawaran, sebaliknya saya lebih selektif. Saya pastinya takkan melepaskan tawaran sekiranya watak dan kisah yang dipaparkan berbeza.

“Saya tidak mahu mengambil watak sama. Mungkin saya hanya menerima tawaran satu drama setahun. Tahun ini, saya hanya muncul dalam drama Cetera Hati Diya siaran TV3. Saya mahu membuktikan saya mampu membawa watak yang berlainan.”

Mula diperkenalkan menerusi drama Memberku Hawa pada 2013, Fattah berkata, dia kini memilih untuk beraksi di layar perak selepas filem KL Special Force, yang ditayangkan Mac tahun lalu, mendapat sambutan hangat.

“Wajah saya mungkin jarang kelihatan di kaca televisyen, tetapi saya lebih memberikan tumpuan dalam dunia perfileman. Alhamdulillah, saya sudah menyelesaikan penggambaran tiga filem, Mat Kilau, Deleted dan Mimaland, tahun ini.

“Sepatutnya, saya turut menjalani penggambaran sebuah filem bergenre aksi terbitan secara usaha sama produksi Malaysia dan Mongolia, hujung tahun ini, tetapi ia ditangguhkan ke awal tahun depan.

“Insya-Allah, saya akan membintangi beberapa filem lagi, pada 2020. Jadi, istilah mengatakan saya sudah tenggelam tidak betul,” katanya.

Fattah berkata, di sebalik kejayaan seorang lelaki, tentu ada wanita istimewa di sisinya. Begitu juga perjalanan kerjaya dan kehidupan peribadinya.

“Dahulu, saya seorang yang sangat pemalu dan pendiam, namun sekarang ada sedikit perubahan. Isteri menjadi inspirasi untuk saya berubah.

“Saya dan Fazura saling melengkapi selepas dua tahun berkahwin. Alhamdulillah, kami baru sahaja meraikan ulang tahun perkahwinan kedua pada 27 November lalu.

“Kami saling mengenali dalam tempoh setahun bercinta dan dua tahun melayari bahtera perkahwinan. Saya kenal baik buruk dan luar dalam isteri. Bagi saya, ia adalah detik yang sangat indah.

“Dalam perjalanan ini, pasangan suami isteri harus bertolak ansur dan faham memahami supaya tidak timbul kepincangan dalam rumah tangga,” katanya.

Fattah berkata, dia tahu ada yang mengatakan detik percintaan dan selepas mendirikan rumah tangga adalah berbeza.

“Saya tidak sangka isteri seorang yang penyayang dan pemurah hati apabila kami duduk serumah. Sebelum berkahwin, saya tahu isteri seorang pemurah, tetapi apabila duduk serumah, sikapnya lebih ketara.

“Fazura suka membantu orang dan semangat menghulurkan pertolongan sangat luar biasa. Dia tidak boleh melihat orang yang disayangi atau kawan rapat dalam kesusahan,” katanya.



Tentunya juga, kata Fattah, tanggungjawabnya sebagai isteri dilakukan dengan baik.

“Walaupun Fazura dianggap sebagai bintang, sikapnya tidak seperti bintang ketika di rumah. Fazura rajin memasak. Saya paling suka sambal udang, sayur kailan ikan masin dan telur goreng hasil air tangannya. Hari-hari masak lauk sama pun saya okay,” katanya.

Kongsi Fattah lagi, sebagai suami, dia tidak pernah mengambil kesempatan.

“Saya turut membantu apa yang patut bagi meringankan bebanan isteri membuat kerja rumah.

“Kami tiada pembantu rumah, jadi kerja rumah dilakukan bersama-sama. Saya dan Fazura tidak suka rumah bersepah,” katanya.

Akui Fattah, bohong jika mereka tidak pernah bermasam muka sepanjang dua tahun hidup bersama.

“Kalau tidak bergaduh ‘manja’, saya takkan kenal pasangan. Saya tidak tahu apa yang dia suka dan sebaliknya.

“Apabila Fazura marah dan merajuk, saya tahu dia tak suka, jadi jangan buat lagi. Fazura tidak suka rumah berselerak dan campak baju merata-rata.

“Fazura juga seorang yang ringkas dan tidak suka bersiap lambat. Dia hanya akan mengambil masa lebih lebih untuk bersiap apabila perlu menghadiri acara tertentu,” katanya.

Soal zuriat, Fattah berkata, dia dan Fazura sudah bersedia menimang cahaya mata. Cuma, belum ada rezeki untuk mereka menyambut kehadiran orang baharu dalam keluarga.

“Saya dan Fazura tidak pernah merancang atau masih dalam tempoh bulan madu. Kami berserah kepada Allah dalam soal rezeki menimang anak.

“Kami sememangnya menantikan kehadiran cahaya mata, pada bila-bila masa. Doakan kami,” katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/12/fattah-amin-cukup-cukuplah-drama-cinta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Drama Arjuna Cinta Keisha

Drama Arjuna Cinta Keisha

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 2008 hits
Drama bersiri Arjuna Cinta Keisha akan mula ditayangkan di TV Okey bermula 29 Disember ini Dibintangi oleh Riena Diana Hazman Al Idrus Tash Yong Emelda Rosemila dan ramai lagi Drama terbitan Bright Network Sdn Bhd diarahkan oleh Mior Hashim...
Bukan Tiada Tawaran Saya Lebih Selektif Fattah Amin Nafi Populariti Jatuh Selepas Kahwin

Bukan Tiada Tawaran Saya Lebih Selektif Fattah Amin Nafi Populariti Jatuh Selepas Kahwin

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 233 hits
Fattah Amin satu nama yang cukup gah dan menjadi kegilaan gadis gadis Daripada seorang aktor yang dikritik 8216 kayu 8217 ketika berlakon popularitinya melonjak naik membintangi beberapa drama serta filem Siapa sahaja yang tidak jatuh cinta...
Drama Tq Captain Lakonan Hisyam Hamid Dan Mawar Rashid

Drama Tq Captain Lakonan Hisyam Hamid Dan Mawar Rashid

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 1429 hits
Drama TQ Captain Slot MegaDrama Astro RiaDrama TQ CAPTAIN sudah mula disiarkan di slot MegaDrama Astro Ria bermula 9 Disember 2019 yang lalu setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam Drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Satukan Rasa la...
Drama Sembilan

Drama Sembilan

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 1035 hits
Saksikan drama bergenre seram thriller berjudul Sembil9n gabungan pelakon Malaysia dan Indonesia Pelakon Malaysia dibintangi oleh Beto Kusyairi Amerul Affendi Azhan Rani Sara Ali dan Luqman Hafidz manakala bintang Indonesia adalah Atiqah Ha...
Drama Lara Syakila

Drama Lara Syakila

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 1086 hits
Drama bersiri Lara Syakila disiarkan di TV2 pada setiap hari Isnin hingga Khamis bermula 9 Disember 2019 jam 8 30 malam JUDUL LARA SYAKILAEPISOD 30 episodTARIKH TAYANGAN 9 Disember 2019WAKTU SIARAN Isnin Khamis 8 30 malamSIARAN TV Slot Sele...
Drama Novel Di Hujung Rating

Drama Novel Di Hujung Rating

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 639 hits
Adaptasi novel Di Hujung Ranting 1 dan 2 Karya Mawar bertemu dengan Adam Kisah cinta mereka bermula Namun Mawar terpaksa menjadi kakak ipar kepada Adam Apakah yang berlaku Jangan cari saya lagi saya ni kakak ipar awak walau buruk macam mana...
Video Sentilan Pedas Celetukan Kocak 3 Menteri Dalam Drama Prestasitanpakorupsi

Video Sentilan Pedas Celetukan Kocak 3 Menteri Dalam Drama Prestasitanpakorupsi

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 238 hits
Presiden Joko Widodo menegaskan bahwa perilaku korupsi sekecil apa pun bentuknya tidak diperbolehkan Hal tersebut disampaikan Presiden dalam sambutannya saat menyaksikan drama bertema antikorupsi di SMKN 57 Jakarta Senin 9 Desember 2019
Sinopsis Drama Sembilan

Sinopsis Drama Sembilan

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 1581 hits
Sinopsis Drama Sembilan SAKSIKAN drama bergenre seram thriller berjudul Sembil9n yang juga merupakan hasil gabungan pelakon Malaysia dan Indonesia bakal bersiaran mulai 6 Disember 2019 Menampilkan pelakon Malaysia seperti Beto Kusyairi Amer...
Komisi Vi Dpr Minta Polemik Garuda Jangan Dibikin Drama Politik

Komisi Vi Dpr Minta Polemik Garuda Jangan Dibikin Drama Politik

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 201 hits
Menurut Mufti jika memang ingin melakukan pembenahan di tubuh BUMN seperti Garuda yang perlu dilakukan adalah menjaga kondusifitas Hal itu mengingat Garuda adalah perusahaan terbuka dan maskapai penerbangan nasional
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat